Mudajaya 12%

Ingat tak entry pasal mega sale dalam pasaran saham minggu lepas? Entri ini adalah kesinambungan untuk kaunter saham yang saya tunjukkan tempoh hari.

Apa yang saya buat bila kaunter dah untung?

Dalam Bursa Malaysia ni, trading target yang saya letakkan mestilah melebihi apa yang diberikan oleh ASB dalam setahun. ASB berikan dividen dalam 8-9% setahun kan? Jadi target minimum keuntungan saya ialah 9-10% untuk setiap kaunter.

Dalam hal Mudajaya yang saya tunjukkan minggu lepas, pada hari Isnin pasaran dibuka, kaunter tu jatuh lagi ke paras RM2.50 (paras terendah yang sama pernah dicapai pada bulan sebelumnya) dan terus naik sehingga ke paras tertinggi minggu ini iaitu RM2.80. Target kita telah tercapai pada paras RM2.80 dengan 12% keuntungan. Not bad dalam seminggu lebih dapat semula pulangan 12%.

Personally, untuk jangka masa yang lebih panjang, Mudajaya boleh mencecah RM3.00 seperti sebelum ini. Masih banyak lagi kontrak untuk projek MRT yang belum diagihkan jadi takde masalah sebenarnya untuk capai tahap RM3.00.

Apa yang saya lakukan biasanya adalah menjual separuh daripada pegangan dalam Mudajaya buat masa ini dengan harapan separuh lagi tadi akan naik dan memberikan saya keuntungan yang lebih banyak. Duit tadi boleh dilaburkan ke dalam kaunter lain yang masih dalam fasa mega sale.

 

Comments

  1. says

    investment analysis has been one of the toughest subject for me. too bad, huh? but i believe if you have got the guts, why not right? pay me a visit at my blog k, ariff

    • Ariff says

      Sekarang ni projek utama diorang adalah berkaitan MRT. Projek lain adalah seperti pembinaan stesen janakuasa dan lain-lain projek pembinaan