Moscow Metro Kena Bom

Pagi tadi ada dua station Metro kena bom. Katanya ada pengebom berani mati yang buat. Seram weh~ Ada kawan aku budak medik sangkut kat area tu. Bayangkan la pagi punya morning rush, lepas tu ada pengeboman macam ni. Memang havoc la kat sini. Dengar cerita ada 30+ yang mati. Harap-harap takdelah orang Malaysia Dilaporkan 2 pelajar Malaysia tercedera di tempat kejadian dan sedang dirawat di hospital.

Atas tu peta sation Metro kat Moscow ni. Yang dua petak merah adalah di mana kejadian letupan tu berlaku. Baru malam tadi aku lalu station Lubyanka tu.. ish. Yang anak panah ungu (Shchukinskaya) tu tempat aku turun kalau nak gi uni. Atas sket ada Planernaya, tu area hostel aku.

Bila dah berlaku kejadian macam ni, habis la satu battalion tentera dia deploy dalam Moscow ni. Lepas tu foreigners akan mula dibenci, macam biasa. Tak cukup dengan kebencian yang sedia ada, bertambah-tambah lagi la lepas ni. Ya, orang Russia ni memang prejudis terhadap orang asing.
Kat Malaysia sampaikan orang luar berani nak rompak rumah sana sini, sebab kita bagi muka sangat kat orang asing yang masuk ke negara kita. Polis pun rasanya tak kisah sangat kalau orang-orang asing ni ada passport/visa ke tak. Tak pernah dalam hidup aku nampak polis kat Malaysia pergi check visa/passport orang asing ni. Yang dia sibuk, kejar mat rempit dan.. entah.. Cuba cerita sikit apa kerja kau orang tiap-tiap hari. Kat sini kalau naik metro malam-malam, akan ada paling kurang 3 orang polis jaga station tu dan ya, memang diorang ronda-ronda sekeliling station tu dan tak duduk dalam ofis.

Saksi: Semua start semasa saya naik train di stesen Biblioteka Lenina. Ada pengumuman perjalanan ditunda bla bla bla
(aku tak dapat tangkap apa mamat tu cakap, vocab masih limited :P). Lepas tu sampai stesen Kropotkinskaya, stop selama 10 minit dan continue jalan. Sebelum sampai stesen Park Kulturi stop lagi 5 minit. Sampai station Park Kulturi, turun dan jalan keluar dari station. Train tadi bergerak. Tiba-tiba dua wagon terakhir meletup. Saya terasa gegaran kuat.
Reporter: Masa tu train dah berhenti ke belum?
Saksi: Masa tu train dah berhenti. Dah tak nampak apa-apa sebab debu dan terdengar orang ramai menjerit ketakutan.


45 thoughts on “Moscow Metro Kena Bom

    • Memang pun. Budak perempuan yang pakai tudung la kena jaga-jaga sebab keluar berita pengebom tu 2 orang perempuan yang pakai tudung..
      Entah la. Memang nak memburukkan Islam dan menyusahkan hidup orang Malaysia kat sini

  1. Pingback: Moscow bom dan pelajar Malaysia

  2. Semoga semua pelajar Malaysia yang berada di Russia selamat. Cuma kalau kita tgk dari satu aspek lain, ada perkara yang lebih menggerunkan.

    Apabila kejadian letupan di Moscow berlaku, AP dan sekutu-sekutu di barat tanpa berselindung mengatakan bahawa kemungkinan besar pengeboman ini dilakukan oleh pejuang kemerdekaan Chechen dan propaganda mereka yang terbaru adalah “Wanita diperkotak-katikkan oleh pejuang chechen untuk menjadi pengebom berani mati.”

    Mungkin di Malaysia kita tak rasa benda ni. Tapi dengan satu kejadian ni sahaja, seluruh dua barat kembali dengan sentimen bahawa “Pengganas itu adalah Muslim”.

    Saya tidak pasti konsekuensi sebenar akibat daripada pengeboman ini, akan tetapi ada kebarangkalian yang Rusia tidak akan berdiam diri dan menghentam Chechen habis-habisan.

    Kita tidak tahu siapa sebenarnya dua pengebom berani mati tu, tapi angin propaganda telah melanda barat.

    Moga Allah pelihara semua umat Islam dari fitnah Kuffar.
    .-= Cerita terbaru Anwar Yassin.. Kita Kembali Kepada Asas Affiliate =-.

    • Ada2. Megi ada lagi. Banyak!
      Aku baru tulis entri baru siap ada ko punya link, tak publish lagi. Sekali ko datang sini pulak. haha~ Macam tau2 je

    • Hm. Takdelah sampai tak pasal2 kena gari. Kalau buat salah tu kena la. Sekarang ni ada pergerakan nak minta MARA tempatkan sorang pegawai jaga budak-budak under scholarship MARA kat Moskow ni. Harap dapat lah~

      • tadi pukul 9-10 pm tak silap, pegawai MARA kat jerman tu contact. dia tanya pasal student kat sini. rasa-rasanya baru nak sibuk-sibuk buat report. tu lah, awal-awal tak nak letak pegawai kat sini, biarkan sangat student terkontang-kanting. tiba-tiba je kena jadi orang tengah dengan dia tadi. haish.
        -.-
        .-= Cerita terbaru feeza.. I Wanna Be a Project Alpha TV Star =-.

    • Konflik tu takdelah sangat. Tak tau. Macam tiba-tiba je. Dengar cerita pengebom berani mati tu wanita.

    • metro a.k.a subway train macam putra lrt la. Cuma kat bandar besar macam ni, lagi panjang dan lagi banyak passenger boleh naik.

    • Chev Elaine
      Er Chi Kent

      budak medic memang lalu lalang station tu nak pergi hospital

  3. Polis kat Malaysia? huh. tido jek. tkdenye diorg nak kisah sgt pasal foreigner ni. yg diorg tau bab tahan org,menyaman,tu je yg diorg suke. Kita ni rkyt biase asik dok nk byr saman jek. menyampah aku. Eh,ter-emosi plak. hehe

    • Itulah. Aku rasa macam tu gak. Sibuk nak buli rakyat. Orang asing buat hal, relax je.

  4. huhu…
    bahaya betol T.T
    .-= Cerita terbaru MrRollies.. Facebook Alternatif Membangkitkan Isu Perkauman Dan Penghinaan? =-.

  5. kawan aku cakap ada 2 orang malaysia..
    10. Чев Элайн, граждан. Малайзии, 23 года
    11. Ер Чи Кент, граждан. Малайзии, 23 года

    skang kat hospital imeni botkina…
    harap-harap diorang selamat…
    .-= Cerita terbaru aboi.. Aku dah Gila Bayang ! =-.

    • Alhamdulillah, dah keluar hospital dah.
      tapi tadi baru keluar berita dari dekanat kteorang pulak, esok kelas macam biasa. sebab Moscow is safe. macam wtf la jugak bila dengar, sedangkan dorang tahu yang kiteorang punya hostel bersepah-sepah, dengan orang tinggal luar lagi. ni baru 3senior 6th year spartiv yang kena. kiteorang yang memang mainly bergerak dengan metro, yang perempuan ni, apa entah nasib esok.

      dekanat M1 memang kadang-kadang tak fikir pasal student. baru haritu 2 orang boys kena pukul dekat-dekat dengan hostel. ni pasal benda ni lagi, sampai hati gila dorang buat kteorg macam ni.
      .-= Cerita terbaru feeza.. I Wanna Be a Project Alpha TV Star =-.

      • Wow. Ada orang kena pukul for real? Bahaya gak.
        Jap. Metro line merah sekarang tutup kan? Macam mana pulak nak pergi kelas?
        Takkan tiap-tiap hari nak bantai naik teksi gak.

        Pasal dekanat tu.. entahla. Susah nak cakap. Macam tempat aku, fakulti aku kalau tak datang apa-apa tu pandai2 hidup la. Tak setel exam, sampai time memang kena buang.