5 Langkah Menguruskan Duit Bonus Tahunan Dengan Baik

mengurus-bonus

Sebenarnya ramai di antara kita melakukan kesilapan menguruskan duit bonus. Most of the time, duit bonus dihabiskan pada percutian, shopping dan ada yang upgrade lifestyle (read: kereta) walaupun sebenarnya yang diupgrade adalah hutang dengan bank.

So bagaimana nak menguruskan duit bonus tahunan kita ni?

1. Jangan plan nak gunakan bonus untuk perbelanjaan. Ramai yang awal-awal tahun lagi dah target nak beli apa dengan duit bonus yang mereka dapat. Bila mindset dah macam ni, confirm tak sampai berapa hari bonus lesap.

The best is kita lupakan aje bonus tu. Kalau ada, ada. Kalau tak, takpe. Sebabnya kalau kita dah plan nak belanja bonus, sekali rasa tak sabar pulak nak beli something, terus swipe kad kredit. End up, bonus takde. Anda akan tersepit dengan hutang pembelian barang tadi.

2. Langkah terbaik adalah memasukkan bonus ni ke dalam akaun unit trust (kan dah share tips unit trust dulu). Kalau bonus besar, invest dalam property. Senang cerita, bonus ni fungsi dia satu je, untuk investment.

In the future kita tak tahu one fine day perlu duit banyak untuk sesuatu yang penting, maka duit terkumpul dalam akaun pelaburan yang akan digunakan. Basic rule untuk duit simpanan kecemasan adalah 6x perbelanjaan bulanan.

Yang ambil takaful, bagus. At least perbelanjaan kecemasan untuk perubatan takaful dah cover.

3. Anggap bonus sebagai bonus. Kalau hidup kita ni awal-awal dah plan nak guna duit bonus untuk sesuatu selain pelaburan, nak beli baju raya, nak beli handbag, maksudnya kita sedang hidup di luar kemampuan.

Guna bonus nak clearkan kad kredit, mesti ramai buat macam ni kan? Ini pun salah satu petanda yang kita hidup di luar kemampuan. Kena kurangkan perbelanjaan atau cari income yang lebih banyak.. dan potong kad kredit.

Bila kad kredit dah maxed out dan kita tak mampu bayar full balance bulan-bulan, dah terang lagi bersuluh kita tak mampu nak kekalkan lifestyle tersebut. Hentikanlah.

4. Bercuti? No. Itu bukan alasan untuk membelanjakan bonus. Yes, kita faham yang anda dah bekerja keras nak dapatkan bonus, tapi hakikat ini tak mengubah apa-apa.

Nak bercuti pun sebenarnya tak perlu kacau duit bonus. Plan your holiday dari awal (beli tiket murah awal-awal), save gaji setiap bulan.

5. Beramal. Ada parents, kasi parents. Ingatlah, setiap yang kita bagi dengan ikhlas ke jalan Allah tak akan berkurangan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

18 Comments