Maxis, DiGi atau Celcom Broadband?

Dah sebulan kat Malaysia dan aku dah try perkhidmatan mobile/wireless broadband daripada ketiga-tiga buat syarikat telekomunikasi Malaysia ni. Ni review aku.

Maxis Broadband

Setakat yang aku guna, Maxis lah yang paling laju – kat Lumut hari tu. Balik Subang Jaya walaupun pakej broadband seminggu tu ada 2 hari lagi tinggal dan banyak lagi trafik (ada 1GB lebih lagi kalau tak silap) LANGSUNG tak boleh guna. So trafik terbazir begitu sahaja, rugi duit kat situ dan aku malas call nak complain. Bazir kredit dan masa menunggu customer care angkat phone. Kalau buka page Maxis kat Facebook masa tu, terlalu banyak komplen, cacian dan makian daripada pengguna yang tak berpuas hati.

Ramai yang aku dengar dah beralih daripada Maxis Broadband ke perkhidmatan lain. Mungkin kat KL ni teruk. Yang peliknya, bila switch ke line Hotlink, internet 3G dia laju sangat, sekelip mata kredit aku habis – sebab aku guna Samsung Galaxy S memang phone tu sentiasa connected kalau tak disable internet. Broadband internet langsung tak boleh guna, tapi line 3G laju.

Dari segi kos, aku rasa Maxis punya harga yang paling mahal sekarang.

digi award2 Banner

DiGi Broadband

DiGi ni antara yang terlaju kat area Subang Jaya. Sebelum ni kalau Celcom sku buat hal aku terus guna broadband DiGi cuma yang bermasalahnya signal dia tak berapa kuat. Kalau Celcom, aku duduk kat dalam bilik still boleh dapat line 3G, tapi kalau DiGi, haram. Awek call pun memang tak clear langsung dan selalu putus.

DiGi broadband ni kalau nak laju sama ada aku duduk luar rumah main internet atau pun duduk kat bilik atas. Kos RM5 sehari, trafik tak tau berapa banyak. 5 GB kot. Mahal dan dalam sedar tak sedar, banyak gak aku dah top up DiGi prepaid aku. Minggu lepas aku baru beli simcard DiGi internet, itupun sebab ada competition kasi Netbook. Boleh la kot guna as back up. RM2 sehari kalau tak silap, tapi trafik 3 GB sebulan.

Untuk pengetahuan semua, masa presentation untuk gathering Geng Blogger hari tu, aku guna DiGi broadband. Oklah kan. Hujung-hujung Putrajaya, kena lalu kawasan kubur Putrajaya dulu baru sampai tempat tu tapi still ada DiGi internet. Kat Lumut pun ada Edge ngan GPRS, memadai untuk aku jadi Mayor dalam Foursquare kat beberapa lokasi Lumut. ekeke..

Celcom Broadband

Masa entri ni ditulis, aku gunakan Celcom Broadband tapi setelah berpuluh kali fail upload gambar, aku terpaksa guna DiGi broadband untuk siapkan entri ni. Celcom Broadband ni ada, tapi tak memuaskan. Itu yang menyakitkan hati, ada tapi kadang-kadang boleh guna dan kadang-kadang tak. Memang potong stim.

Dari segi kos, aku rasa Celcom Broadband adalah yang paling murah. Hari tu planning nak amik yang laju sikit lagi, RM98 sebulan tapi bila tengok ada provider yang boleh kasi speed yang lebih laju dengan volume trafik yang lebih banyak, aku rasa elok je aku guna yang lain.

Macam aku cakap sebelum ni, line Celcom memang kuat. Kat mana-mana dalam rumah aku pun boleh dapat 3G, tapi bila connect dan aku nak buat kerja, memang berjam-jam amik masa. Dalam dunia internet dan blogging ni, time is money.

***

Jadi itulah review aku setakat ni. Lepas ni aku akan guna P1. Katanya kat USJ ni dah ok, kita tengok macam mana. Entri ini akan diteweet kepada akaun twitter syarikat-syarikat telekomunikasi ni. Tengoklah kalau diorang berani nak retweet balik review pengguna. Bukan senang nak dapat review serentak macam ni.

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


68 thoughts on “Maxis, DiGi atau Celcom Broadband?

  1. Kalau aku pengguna broadband pun mesti aku mengamuk sakan kalau line tak laju.

    tapi semenjak aku keje line telco ni, aku phm perasaan maxis, digi, u mobile, p1. actually everyday, mereka ni berhempas pulas mengupgrade kan system dorang. klau ada pertambahan populasi penduduk, mereka akan mula propose tambah system baru. boleh dikatakan setiap hari ada new site yang dorang propose utk letak antenna. setiap permasalahan yang timbul, automatik je engineer akan pegi check dan mencari punca. dan salah satu permasalahannya ialah vandalisme. haihh… itu menyebabkan kerugian..

    dengan itu, aku pun mls nak guna broadband. aku guna streamyx jer.. seb baik aku tak buat project tm. leh marah2 org tm. skrg ni pulak line macam taik.. ishhh..

    p/s: kepada pengguna, harap bersabar… ehehehe

    • wah. tak pernah tau pulak vandalisme ni satu punca kepada permasalahan internet broadband di Malaysia. Bukan ke tiang-tiang internet ni semuanya tinggi2, tak tercapai oleh perosak-perosak ni? Selain tu apa lagi yang boleh di vandalismekan?

      • vandalisme tu utk term org dlm line telecommunication,
        maknanya org2 yg mencuri kabel dan yg seangkatannya.
        sarah ada kawan kerjanya sentiasa kena standby,
        jika ada kes2 vandalisme macam ni,
        mmg merugikan…

        pilih yg terbaik… :)

  2. dulu pakai broadband celcom postpaid, pastu line teruk sangat…last2 tukar digi prepaid…line ok sangat2…blk kg pon dapat online….

  3. aku penah try maxis n celcom broadband.

    bab laju tu, err, macam lebih kurang je kowt. ape2pun, streamix paling puas ati. cuma tak seswai lak ngan ko sebab ko kat m’sia dah tak lama. hikhik

  4. aku dah lame pakai maxis broadband package unlimited yang dah takde skg…lucky me…memang sayang nak terminate…so aku go on..love maxis very much…huhu

    • wah. memang untung kalau ada plan tu, cuma tengok area la. Area aku memang teruk kot broadband maxis ni. Kawan aku yang guna pun dah discontinue. Plan sama.

  5. pergh~
    bleh guna review ni suruh adik aku baca~
    cousin aku baru angkut celcom broadband.
    aku pesan dengan dia, kalau lembap, campak dalam sungai~
    hahaha~

  6. uihh!!!
    gue dah cuba maxis dgn celcom…
    dua2 kurang memuaskan…

    agak2 ada x, yg lebih berbaloi??

  7. aku pengguna tegar maxis bb.
    amik yg 3GB sebulan tu. cepat je habis.
    connection dia pun superb kat area Melaka ni. tapi agak mahal lah.
    3GB = RM68 with free modem.

    btw, customer care line maxis ok kot. aku dah byk kali call dorang pasal byk masalah dgn maxis Prepaid bb ni. laju je dorang angkat. and kdg2 kalau tak setel, dorang 4ward masalah aku ni kat bahagian technician. lepas dua hari dah setel. :DD

    Digi plak mmg tak ada coverage kat sini. so reject.

    celcom? aku tak pasti cam ne speed dia. ok kot. 5GB sebulan kan? murah plak tu.
    so no comment on that.

    disebabkan aku pengguna maxis bb, marilahhh kita menggunakan maxis bb.kah3.

    • yup. Maxis agak mahal berbanding yang lain. But at some places memang bagus. So tahan jelah wallet tu. ekeke..

      DiGi turbo network memang limited. Tapi tak tau pulak kat bandar melaka still takde. Slow pulak digi ni.

      Before this tinggal kat melaka pun guna gak celcom. Rasanya ada je. OK kot..

  8. orait, Celcom BB aku guna sekarang memandangkan aku kolej dekat Batu Pahat.
    Pada pendapat aku, kat batu pahat ni line celcom BB paling oke daripada Maxis.

    Sebab apa, aku guna hp untuk surf facebook guna Maxis BB dengan Celcom BB, ternyata Celcom BB paling laju. Maxis menyakitkan hati aku..

    Manakala Digi BB aku pernah guna masa dekat Kota Bharu, dungun. Setakat ni walaupun digi BB xdapat 3G, tapi masih laju dan OK..

    kalau ikut rating yg aku rasa….

    Digi 1, Celcom 2 dan Maxis 3.

  9. tak sangka plak service ”berukband” seteruk tu kat malaysia ni..
    tapi maxis memang bnyk problem
    aku pernah guna servis maxis untuk satu tahun,masa tu aku tinggal kat ara damansara,pj
    bila hujan lebat sket je,line terus jadi slow..macam siput

    aku suggest guna P1,sebab baru2 ni ada sebuah syarikat dr korea yg invest dalam P1..
    aku rasa servis P1 akan jadi lebih baik dari masa ke semasa berikutan pelaburan dr syarikat korea tersebut yg berjumlah 100million us dollar;)

  10. i vote for celcom. dah dekat dua tahun pakai celcom :) jarang buat hal. hehe. pergi mana-mana mesti ada coverage.

  11. umah aku susah nak dapat line broadband ni.. adik aku bawak balik celcom broadband ari tu langsung tak boleh guna..
    . tu yg masih setia ngan streamyx yg berkelip-kelip.. nak kata kampung tak gak.. 3 km je dari bandar Jasin.. Ntahlah..
    camne nak maju org kampung cam aku ni ek..

    • tapi streamyx tu oklah kan. Wired broadband biasanya lagi stabil.
      Tapi kalau boleh pasang jaring, sangat recommended.

  12. Aku dah try celcom, maxis n P1… Digi aku lom try lg..
    pendapat aku, celcom la yang terbaik, walaupun kadang2 slow… tapi service boleh dapat di mane2 je… walaupun kadang2 dapat edge tpi still bleh pakai…

    macam maxis plak, aku rase ok gak, tp dieorg kene kuatkan coverage dieorg la kalau nak lwn celcom…

    P1 plak paling suck la… aku benci gila… mula2 je laju, bile dh bulan2 pakai, nak connect pun sikit punye susah…

    tapi bagi aku Streamyx gak la yg terbaik…hahhahaha

  13. serius… dni paling suka celcom sebab banyak line… kat mana2 pun leh online. kalau maxis, laju tapi kena duk kat ruang tamu. tah kenapa… area kolej dni, paling laju celcom. berdesuppp.. jarang nak jadi 3G. asik HSDPA. kat rumah, EDGE selalu je tapi besenya awal bulan. tengah2 bulan memang laju kaw kaw… akhir bulan kena tengok kalo overlimit slow sket… digi, lom penah try tapi kawan dni cakap okay cuma kena duk luar rumah sket tak leh dalam bilik. tahla… ada lebih ada kurang. tapi kalo wimax area rumah dni memang hancusss.. huhu

  14. aku dah guna ketiga2 bb..paling sempoi maxis la walaupun mahal..baru2 ni ada kuar news.. plg laju jaring, tm, maxis dan p1..apa cer p1 kalah dgn maxis..celcom of course la paling last.

  15. biasenye digi, celcom n maxis ni ikut line mane yg tinggi kat area tu kan?…
    tapi wat mase skang ni atie rase maxis la terbaik walaupun mahal. setia pkai dh 2 thun ngn maxis broadband nie :D

    • ya ker…cam ne ngan u mobile ye????rase nak cube gak…..org kate laju juge…klu gne 68/bln….unlimited..blh speed 2.6mbps….laju tu….bgi comen plzzzzzz….

  16. Setakat ni aku still guna yang Maxis punya. Sejak pindah kat area Cheras ni memang laju gak kalau nak akses internet tapi hari tu masa hujan turun memang macam slow skit speed dia.

    Berbanding masa aku stay kat Pantai Dalam dulu, Maxis braodband punya speed macam haram. Lembap macam siput babi.

    Yang Digi atau Celcom belum try lagi..