Majlis Pernikahan Ariff Shah & Nur Zalikha #ariffika

Majlis berlangsung pada 22 Disember 2013 bertempat di rumah pengantin perempuan di Sungai Penchala.

ariff-nikah-1

Ketibaan rombongan lelaki dengan tujuh dulang hantaran.

ariff-nikah-2

Jemputan mengambil tempat di hadapan pelamin yang dihias indah.

ariff-nikah-3

Pengantin mengambil tempat. Daripada riak muka pengantin lelaki jelas terpancar wajahnya yang tenang di hari yang paling bersejarah dalam hidupnya. Pengantin perempuan nampak cantik dan ayu di hari bahagianya.

ariff-nikah-4

Sempat lagi tersenyum di hadapan kamera sebelum akad dan nikah berlangsung. Dengan izin Allah semuanya berjalan lancar.

ariff-nikah-5

Usai pengantin menerima nikah, solat sunat nikah dan sujud syukur dilaksanakan tanda kesyukuran yang tidak terhingga dan sebagai pembuka kepada lembaran hidup yang baru.

ariff-nikah-6

Pengantin lelaki meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isteri dan doa dipanjatkan, “Allahumma inni as’aluka khairaha, wa a’udhu bika min sharriha,”. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikannya, Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya. Pengantin lelaki lalu memakaikan rantai ke tangan isterinya dan mengucup dahinya sebagai upacara membatalkan air sembahyang.

ariff-nikah-8

Alhamdulillah. Pertemuan secara tak sengaja pada 16 Mac 2012 telah membawa hingga ke saat ini. Who’d imagine that person who sit beside you on some award night would become your lifetime partner?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

20 Comments