Pagi tadi aku buat pertama kalinya menghadiri press conference Lotus Racing di Hotel Hilton Kuala Lumpur bersama RidzuanRichie. Terima kasih diucapkan kepada Richie sebab mengajak aku dan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Azrai, Fan & Media Relations Manager kerana sudi menjemput blogger ke press conference ini. Dalam zaman internet, Facebook & Twitter ni aku rasa kalau organisasi atau syarikat besar nak dekati golongan muda panggil ajelah blogger secara direct. Kos dapat dijimatkan dan mesej dapat disampaikan kepada golongan ini. Aku harap lepas ni akan ada lagi jemputan untuk blogger ke majlis seumpama ini.
Nabil Jeffri – Harapan Baru F1 Malaysia
Press conference ini adalah untuk mengumumkan bahawa pihak Lotus Racing akan memberi komitmen dalam membangunkan karier Nabil Jeffri dalam arena sukan bermotor dan F1. Nabil akan diberi peluang untuk memandu jentera baru F1 Lotus di dalam aero test yang akan dilakukan di UK.
Nabil merupakan juara Asia Rotax Motor kategori Junior untuk tahun 2009. Pada tahun ini, dia akan memulakan kariernya dalam kejohanan Formula BMW Pacific. Dengan bakat semulajadi yang dia ada, dia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang sukan bermotor ini di samping mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Pada masa ini, Nabil berada di kedudukan tangga kelima dalam kejohanan Formula BMW Pacific.
Pertama kali aku nampak budak ni, memang nampak matured la. Mungkin sebab dah bergaul dengan ramai orang yang lebih senior daripadanya melalui penglibatannya dalam bidang sukan bermotor ni sedikit sebanyak mematangkan pemikirannya. Aku respek pada ibu bapa dan keluarga dia yang memang banyak memberi sokongan moral dan wang ringgit dan percaya terhadap kebolehan dia walaupun budak tu masih muda (17 tahun). Sebenarnya bukan senang nak melepaskan anak yang masih bersekolah ni dan berkecimpung dalam bidang lain.
Selamat berjaya aku ucapkan kepada Nabil Jeffri dalam penglibatannya dalam bidang sukan bermotor. Semoga dengan pengalaman yang ditimba bersama Lotus Racing dan melalui penglibatan dalam kejohanan-kejohanan yang lain akan menjadikannya seorang pelumba F1 yang disegani suatu hari nanti, sekali gus mengharumkan nama negara.
Ikuti kisah Nabil Jeffri melalui blognya NabilJeffri.com dan ikuti perkembangannya melalui Twitter @NabilJeffri
***
Walaupun aku tak sempat bergambar dengan Dato’ Sri Tony Fernandes gara-gara RidzuanRichie yang malu-malu kucing, nasib baiklah aku sempat bergambar dengan Alex Yoong. ekeke.. Aku boleh confirm yang Alex Yoong agak terkejut time aku panggil dia masa nak keluar dari conference room tu. Dari jauh aku dah panggil, “Alex!” Lepas tu terus aku berdiri sebelah dia, hulur kamera DSLR aku kat Richie dan tanya dia “Would you mind?” Sambil menunjukkan isyarat tangan. “Sure”. Richie snap 2 kali, satu kabur. Tanya dia nak ke tak, dia cakap tak nak. Suka hati ko lah.
Sebenarnya bukan apa, dulu masa sekolah ada orang panggil aku Alex Yoong sebab ada iras sikit-sikit. Jadi itulah yang nak sangat amik gambar ni..
Ada iras ke?
Apa-apa pun aku enjoy press conference tadi. Tetamu media yang datang tadi semuanya serius dan professional belaka, aku ngan Richie je sempoi habis. haha.. Itu yang best jadi blogger ni, relax je.. Aku suka cenderahati yang Lotus kasi, dapat topi putih satu dan lanyard hijau yang memang stylo habis. Nice ah! Aku harap lepas ni boleh dapat baju kemeja yang macam Alex Yoong pakai tu pulak dan topi hijau tu sekali :D
2010/2011 Premium Sponsor
Comments
48 responses to “Lotus Racing & Nabil Jeffri Di KL Hilton”
Dah jumpa satu. Ada lagi enam. Di manakah mereka?
eh silap.. lagi 5 la. Kan dragonball ada 7 biji kesemuanya.
semua same dah ariff.
cuma satu je beza,die ade lesen kreta ko tak de..
kan?
hahaha..gurau2.
ada iras, macam abang & adik
Jom singgah blog,
HazzySuperb
macam adik beradik..memang ada bau2 bacang ke..hehe
sebijik beb… pinjam gambar nie boleh
sila2.. hehe..
Aku memang selalu tengok Alex Yoong ni sebab dia salah seorang jurucakap F1 untuk Star Sports. Dan aku perasan satu benda, dia kalau pakai shirts, mesti akan unbutton butang yg kedua tu. Oh, memang betul ada iras. Tak salah tekaan aku masa first time nampak ko dulu.
nice bro..memang ade iras jugak la sikit²..klu bro naikkan badan sikit kompom xde beza..lol
semoga berjaya la pada sukan permotoran negara ni..
memang iras!=)
ok la tu arif, lepas ni leh jadi duta lotus :)
haha
hoho.. kalau dapat tu memanglah bertuah..
sejibik. kalau pakai baju f1 lotus racing n cap hijau tu…cam kembaq :)
M’sia patut concentrate or invest on sport yg Ade Harapan Naikkan Name Negara.. one of ’em is motorsport lah kut, rather than wasting money with sports such as “soccer” for example…. btw, Nabil tu org Msia ke Singapura..?
Pergh~
Camne boleh dapat join PC ni?
Jeles seh daku~
huhuhu~
Apapun, serious, kamu ada rupa2 gak.
Eh, Ariff minat benda2 begini juga ya?
Minat benda apa? Sekarang ni kalau ada apa2 event, layan je..
Minat benda permotoran begini.
:)
oh minat.. minat.. cuma takde masa nak layan perlumbaan f1 50 lap camtu. Lama sangat
panggil kau abang alex lepas nie boleh ? hekhek ;)
ada iras betul la muka bro nga alex tu
haah la..
ada persamaan..
=)
waa tahniah lah dah jumpe kembar x rasmi, bukan senang nk jmpe..
hmm bila la saye nak bergambar ngan erra fazira neh, coz muke kami ade iras kot..
(hahaha mcm ayat perasan lak)
mende gok, dop same sket pong
ahhaha
alex young lg hensem ah
ada iras2.. hehehe… boleh jadi adik alex yoong.. hehehehe.. ariff young pulak.. keh keh keh..
gambar blur tu tp kenangan la tu. ada ikatan persaudaraan ke ngan alex :D
haha iras2 gak la..wow best ar dpt jmputan p press conference ats title blogger..
kau rendah… muka ada la iras2. kekekeke
seriusss! mmg ada iras. kalau kata adik pun org percaya nih.. hehe
best jugakkan pergi PC seperti ini, dpt pengalaman baru. dpt jumpa org2 terkenal dan dpt gift lagi. bagus3!!!! kak ida suka…
haha.. nice. cuma gambar tu ter blur pulak.. mcm photoshop.
Projek bagus ni ..tahniah lah kot suatu hari boleh jadi macam Paultan.org tu
ingatkan oramg kat hujung kiri dalam gambar first tu ariff. alex yoong rupanya >.<
bro, ko adik alex yoong ker? ekeke
ade gak la skit iras2 tu
seyes muka korg sama. dlu mse kt gath blogger pun dh ckp dlm hati “muke dia ni mcm alex yong la. haha
ha’ah . ada la sikit2 .
ada iras. alex yong abg. kau adik. ahaha.
perghhh sama siot…guwa tak tipu…ariff versi bangsa lain but still one malaysia…ekeke
terbaek ah gambar ni
dr zaman skola lg ak nk ko tgkap gamba camni. mmg serupe
sama ah.. hahaha…
ok, ni fes time tgk muka alex. siyes.
sekali tengok ade iras2 kot. :)
nampak seiras gak :)
memang seiras dua iras tiga iras lah dengan alex yong. !
erm ada iras2 gak ler…tang kening lain skit coz dia kening tajam sgt…
kena tukar domain la camni… jadik ariffyoong.com plak..
ade lah sikit!
betul, pipi die montel lagi. :D
memang ada iras2la bro, :D awat tak pakai topi?
Gi hotel lima bintang, masuk kena pakai proper sket. eheh..
Kalau ikutkan topi ngan tshirt je hari2 aku pakai
wahhh
sebijik!
tapi dia lagu gemok
lagi*