Semakin Lama Kita Duduk, Semakin Cepat Kita Mati

Reading Time: < 1 minute

Aku baru sedar sejak sebulan dua ni aku banyak menghabiskan masa di depan komputer. Kalau takde class, aku boleh duduk dalam bilik sepanjang hari depan komputer. Dah stop pergi gym sebab takde lagi pertandingan apa-apa dalam masa terdekat ni. Ini sangatlah tidak sihat. Kena start pergi jogging kat hutan belakang hostel ni.

 

Tahukah anda kalau kita duduk melebihi 6 jam sehari meningkatkan risiko untuk mati sebanyak 40%? Duduk lama-lama depan tv adalah lebih buruk daripada makan nasi lemak tiap-tiap hari. Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?

  • Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.
  • Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang ‘spare tire’ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.
  • Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.
  • Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)

 

Kebanyakan di antara kita bekerja di pejabat dan duduk melebihi 6 jam sehari. Bagaimana untuk mengurangkan risiko masalah yang disebutkan atas ni?

  • Selagi boleh, jangan duduk melebihi sejam. Cari alasan untuk berdiri atau berjalan.
  • Lakukan regangan otot kalau anda rasa anda telah duduk terlalu lama.
  • Cari aktiviti yang boleh dilakukan selepas waktu kerja. Kalau balik kerja, makan dan terus duduk tengok tv, memang parah dah tu.

Untuk penjelasan dengan gambar yang lebih menarik, check out infographic ni. Sebar-sebarkan untuk kebaikan kita bersama.

Sumber: Medical Billiing & Coding – Sitting is Killing You


Posted

in

by

Comments

52 responses to “Semakin Lama Kita Duduk, Semakin Cepat Kita Mati”

  1. nasslimdiet2 Avatar

    bahaya betul ni. apa lagi jom senam

  2. ibu hamil Avatar

    renung2 kan lah..

  3. ahmadhaikal Avatar

    hoho..tak boleh la duduk lama-lama lepas ni, nanti cepat mati.

  4. ekspresiruang Avatar

    bukan stakat diabetis ja, tulang belakang pon terjejas kalau selalu duduk je. semenjak bekerja ni, memang dah xpernah work out atau beriadah dah. risau gak la. hmm

  5. erie yohoho Avatar

    OMG! Kena cepat2 bersenam. Hei Ho Hei Ho

  6. Miss Meen Avatar

    Huhuu
    terima kasih k0ngsikan inf0 !!
    Wah…kena ambil peringatan neyh ..

  7. sayacomel Avatar

    jadi, jangan duduk lama-lama..bosan, baring..dah bosan, golek-golek..hehe

  8. Adilla Harun Avatar

    Banyak duduk melepap cepat mati! Oh kena beringat ni. Banyak betulnya entri niee…

  9. cik melur Avatar

    nak kene pos kat bos aku nih! 8 jam keje depan pc dok mentranslate..

  10. eiela Avatar

    bahaya jugak nih. postur duduk tak betul buatkan tulang belakang lari, duduk lama2 cepat mati. menakutkan.

  11. iema Avatar
    iema

    baru tau…

    bahayanya,,,
    aku pun suka layan movie depan laptop kalau xde kej berjam2….

  12. cik sha Avatar

    memandangkan kerja di opis perlu duduk ngadap komputer selama 8 jam dan kadang2 terlebih sebab rajin,saye kadang2 bangun round2 opis yg kecik tu bile bosan sebab takut sakit..memang duduk yg terlalu lama tak bagus untuk kesihatan..bahaya kan skang ni?macam2 penyakit ade..takut betull..T_T

  13. Lord Zara Avatar

    Pergh!
    Kalau kita tukar2 gaya?
    Kejao duduk, kejap baring, kejap duduk atas kerusi, kejap duduk atas lantai semua?

  14. Nazim Nasri Avatar

    saya dah 5 bulan duduk dalam bilik, huhu sebab tunggu nak sambung blajar. online lebih daripada 6 jam. kadang tu sehari suntuk. huhuhu

  15. namaakulynn Avatar

    dulu dah pernah terbaca pasal info ni..
    konon macam dah dapat kesedaran la..
    takmo on9 lama2..
    tapi hampeh,kesedaran yang sekejap je..
    tu yang susah tuuu..

  16. SyazwanSarawak Avatar

    wakeup call!
    pehh, kalau tiap hari duduk lama je, habis lah.

    1. ariff Avatar
      ariff

      moralnya jangan leka main #EAv tiap2 hari. LOL

  17. lina Avatar

    perghh..menyeramkan untuk aku sebab dah habis diploma ni duk rumah gemukkan badan..baring je keje..esok kena round satu rumah ni..huhuhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      round satu rumah, kemas rumah. Kalau tak pun cari la keje. Seronok apa..

  18. Izzat Aziz Avatar
    Izzat Aziz

    ada kali tu aku injured main futsal, so tak leh nak turun main, nak jalan pun malas, jadi banyak habsi masa duk ngadap komputer je.

    Bila kaki dah sembuh, dah tak sakit, baru lah nak start, bila start main balik memang kejap je terus kaki jadi lenguh memang dah tak sihat.. aku ingat tu sebab aku injured ari tu.. tapi sebenar aku tanya orang dia kata sebab aku jarang berjalan.

    Jadi moral dia, sakit ke tidak, pastikan sentiasa gunakan kaki, paling kurang pun berjalan ke masjid.. tak gitu?

  19. ainzulaikha Avatar

    habis tu kalau tukang jahit yang duduk rumah tu macam mana pulak? wuwuuwuwuwuuw menakutkan.. seram.

  20. Aisumi Chan Kawai Avatar

    senang cite.. jangan la asyik ngadap pc aje.. g buat keja kat luar sana.. hehee… kalo nak ngadap pc gak kena bgun duduk la camtu eyh.. duduk lama xboleh.. :P

  21. Syafiq Salim Avatar

    eik…. bersenamlah untuk hidup…

  22. Syafiq Salim Avatar

    Eik… bersenamlah untuk hidup… :)

  23. iza Avatar

    Assalam..
    Betul ke ni?
    Aduhh…tak boleh la nk berdiri lama2, sakit tumit kaki. Rasanya cukup kot berdiri dan berjln semasa tgh masak…

  24. wazy Avatar
    wazy

    thanks bro
    baru tahu jugak pasal info ni
    lepas ni tak boleh duduk selalu
    sambil-sambil buat senaman ringan

  25. wanie Avatar

    aduh, seram plak. sambil online sambil berdiri je la.. haha

  26. tips-kurus Avatar

    kena duduk 135 drjh? o..i’m dying inside..

  27. alex adriana Avatar

    bergeraklah, bangun duduk bangun duduk.

    dulu kat kelas selalu buat. heheh

  28. tinasofea Avatar

    omg..sy dhla byk wt keja dgn komputer..adess

  29. dari kelate ke copenhagen Avatar

    kalu duduk cara yg betul dan ada kerusi yh ergonomik ok kot

  30. silencer Avatar
    silencer

    kah kah kah

    c**** punya teori. saya skang dah duduk kat kerusi selama 2 jam. umur saya 24 tahun, berat 100 kg tinggi 184 cm.disebabkan umur berkadar songsang dengan jumlah waktu duduk atas kerusi, boleh sape2 tolong estimate bila saya akan mampus supaya saya boleh enjoy tengok maria ozawa selama mungkin? LMAO

  31. puanbee Avatar

    adei memang spare tyre kembang sejak akhir2 nih asyik hadap lappy jer kalau ada masa terluang huhuh

  32. piah becok Avatar

    huh… risau. tapi, jarang duduk. sebab kerja ku banyak berjalan. fuhhh lega. kena busybody pasal entri ni nihh.. ramai tak tau ni.. tq tq

  33. mcjust Avatar

    Sekarang ni la baru aku tau secara agak detail sikit apa sebabnya kurang bergerak ni tak elok. Selalu dengar org cakap je. Ok jom berjalan!

  34. fndrocka Avatar

    Kalau duduk melebihi 6 jam meningkatkan risiko utk mati sbyk 40%?peh..aku bukan kata duduk lebih 6 jam dah…tpi dah dekat 18 tahun tak berdiri sebab aku guna wheelchair.agak2 nya..berapa peratus risiko aku untuk mati?hahaha.

    Sbenarnya senaman ni masa duduk pun boleh buat.solat pun menyihatkan bdn.seks pun sama ye dak.

  35. munna Avatar

    memang selalu dah terasa kejang2 urat belakang ni.ngadap laptop lama sgt. kat ofis buat kerja, kat umah pun ngadap juga blog walking…camano? kena berdiri eh? hehe

  36. mas Avatar

    kena buat senaman ringan setiap 3 jam, then sambung balik keja..

  37. naimulfirdaus Avatar

    btw, nice info n thanks for sharing.

    ingatkan duduk lama boleh jimat tenaga..

  38. tarmizishukri Avatar

    pasni nak beli treadmill yang boleh letak laptop. takpun jadikan meja mesin jahit yang lama tu sebagai meja korang..hehe..

  39. Megat Azfar Avatar

    bah..macam tu pulok. aku ngadap laptop secara berbaring. macam mana kalau camni? 20% cepat mati la. HAHA

    1. naimulfirdaus Avatar

      saya plak kadang duduk kadang baring.
      macam mana ni?

      1. Megat Azfar Avatar

        erk? rasanya lagi bertambah kot. jadi 60% baring (20%) + duduk (40%)

        HAHAHA !

  40. slay Avatar
    slay

    setahu aku duduk pun dapat membakar kalori. baring / tidur pun sama jugak, tapi kalori yg dibakar tu tak banyak la.

    kerja kat ofis okay lagi, boleh lagi bergerak ke sana sini kalau mahu, tapi kalau yg kerja sebagai driver macam mana?

    BTW, tajuk entri kau macam hipotesis eksperimen sains sekolah rendah dulu. :B

  41. Kancilbiru Avatar

    betul bro..penah masuk radio dan newspaper beberapa bulan lepas pasal isu ni..tapi tak ramai yang ambik kisah.

  42. Mr.Bintang Avatar

    errr.. aku pun dah tahap kritikal gamaknya kot.. duduk je keje.. da lama gak x exercise.. adesss…

  43. syahrilhafiz Avatar

    alamak kena elak ni
    kang jadi geek
    thanks bro :)

  44. paeh Avatar

    patutlaaaa kaki aku kejap ok kejap taaaak… wuwuwuwuuuu. thx arip!

  45. NiniHartini Avatar

    abis..org yg mmg keje nye duduk je cmne tu? kerani, setiausaha. errr dan saya mmg suke duduk dpn pc. aigooo bahaya sungguh.

  46. IM Estro Oasis Avatar
    IM Estro Oasis

    tengok bola berdiri,
    jerit, tepuk tangan ramai-ramai

    1. naimulfirdaus Avatar

      penat jugak kalau nak tengok bola berdiri..