Lagu Raya Dulu Dulu Jugak Yang Best

Aku berpendapat lagu-lagu raya yang baru tahun ni memang banyak yang tak best la. Serius aku cakap, lagu-lagu baru ni banyak yang tak menusuk kalbu, tak macam lagu-lagu dulu yang bila kita dengar tu memang rasa syahdu habis. Diorang nyanyi dan tulis lagu yang betul-betul makse sense dan sedap didengar. Lagu raya baru sekarang ni, aku dengar memang tak rasa langsung feel dia. Failed.

Salah satu sebabnya aku rasa ialah artis-artis sekarang ni buat lagu sebab nak buat duit je. Segala-galanya pasal duit. Release satu dua single bertemakan raya, compile dengan lagu lain dalam album sebelum ni, dah boleh buat satu album baru. Tak pun compilekan dengan artis-artis lain punya single raya. Tak pun dia nyanyi balik lagu raya penyanyi-penyanyi dulu dan buat album compilation. Semuanya sebab nak buat album atau single baru dan jual. Semuanya sebab duit.

Tak taulah. Itu pendapat aku je tapi aku rasa memang ramai yang berkongsi pendapat yang sama. Kalau tak kenapa tiap-tiap tahun, lagu raya yang lama-lama ni jugak yang popular berkumandang di mana-mana sahaja. Lepas tu barulah terselit lagu-lagu baru artis muda kita ni. hm…

Suka lagu Satu Hari Di Hari Raya by M. Nasir & Dari Jauh Ku Pohon Maaf by Sudirman. Korang pulak camne?

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

48 Comments