Kita Merancang Allah yang Menentukan

Sekarang dah hujung bulan Februari. Maksudnya apa?

  • 4 bulan lagi sebelum cuti musim panas. Empat bulan kat sini kejap je, lebih-lebih lagi bila dah start busy denga kerja projek.
  • Beberapa minggu lagi sebelum basketball tournament. Tahun ni.. harapannya dapat kejayaan yang lebih baik la.
  • Kena start planning apa nak buat masa cuti summer nanti.

Aku sebenarnya nak cakap pasal planning aku. Perlu ke? Entahlah. Rasanya macam tak, tapi benda ni sekarang yang buat aku slow down sket nak update blog. Banyak benda nak fikir. Padahal empat bulan lagi pun. Macam dah nak kahwin pulak fikir banyak-banyak awal-awal macam ni. Jadi aku amik keputusan nak kongsi dengan korang dilema aku sekarang ni. Mana tau kalau korang dapat kasi pendapat yang bagus-bagus ke.

Aku sebenarnya malas nak balik Malaysia cuti summer ni. Dari dulu lagi aku malas balik sebab: yelah sebab pertama duit habis la. Wahaha~ Kalau tak balik ribu riban la dapat save dalam akaun aku. Siapa nak kasi duit banyak macam tu? But that’s not the point here. Sebenarnya aku tak nak balik sebab nak cari internship/industrial training kat luar. Aku fed up la hidup dengan tak cukup hala tuju macam ni. Tak semangat betul. Kalau aku dah attend industrial training kurang-kurang aku tahu la mana nak pergi lepas aku grad. Kurang-kurang dah ada experience.

Kat sini bukannya takde benda-benda tu semua. Kawan-kawan kelas aku yang sebelum ni ada je pergi kilang sume, attend praktikal tapi sebab aku ni foreigner, memang tak boleh lepas la clearance. Sebelum ni, masa aku start belajar kat sini aku buat pengkhususan dalam bidang persenjataan untuk kapal terbang. Jadi kalau masuk lab, memang adalah segala jenis roket, peluru dan machine gun yang diorang pasang kat jet-jet pejuang nih. Dan dengan yakinnya aku cakap takde student Malaysia kat tempat lain amik course ni. Jadi kalau nak buat praktikal, kenalah pergi kilang-kilang dia sume yang memerlukan military clearance. Foreinger memang tak dapat la sebab askar kita takde buat apa-apa perjanjian ngan universiti aku. Jadi untuk memudahkan urusan, masa tahun 3 aku kena tukar pengkhususan. Tak buat senjata, tapi buat segala jenis benda elektronik untuk senjata tu. Lebih kurang macam tu lah ceritanya~

Jadi aku nak la sangat internship ni. Aku tak kisah sangat tak balik ni. Tak mati pun~ Walaupun berkemungkinan besar aku dapat raya kat Malaysia tahun ni (kena ponteng 2 minggu pertama bulan September) aku macam tak kisah. Kareer aku lagi penting. Raya tak raya aku macam tak heran sangat. Lagipun dah 4 tahun aku tak beraya. So apa kisah kan? Ha.. sedih tak hidup aku. Siapa kata duduk oversea ni seronok? Aku tak faham betul.

Tapi aku rasa nak dapat internship ni semua memang susah. Sepanjang 4 tahun ni dah 3 kali aku try apply dan tiga-tiga kali la jugak kena reject. Sakit woo kena reject ni. Kalau setakat kena reject ngan awek takde hal lagi, awek tak kasi aku duit (ada awek duit habis lagi adalah) tapi kalau company besar reject memang terasa beb sebab company besar = duit besar. Haha~ Simple tak pemikiran aku? Isu sayang awek kita sentuh hari lain ye, hari ni cakap pasal isu sayang duit dan kareer dulu.

Dah habis tu hidup sekarang based on duit je, jadi life changing decisions macam ni kenalah based on duit gak. Kalau tak susah hidup nanti. Aku tak nak hidup susah! Jadi itulah aku ajar korang ni, selagi masih muda macam ni, selagi boleh buat keputusan tanpa melibatkan orang lain sangat, buatlah keputusan untuk dapat duit banyak (asalkan halal la kan) Ini takdelah termasuk blogging. Blogging ni duit main-main je. Kalau ada, ada. Kalau takda, takpe. Kita kejar benda yang lagi besar dalam hidup.

Mungkin ada yang nak start kutuk aku or nasihat aku sebab pemikiran aku macam ni tapi terus terang aku cakap, memang tak boleh ubah da.

Tapi entahlah. Rasanya macam kena reject je lagi. Serik dan takut nak apply. Karang kena reject, lagi sekali aku down giler-giler. Ades~ But then that’s life.

Tambahan sket, tolong jangan cadangkan kat aku untuk mencari kerja kat sini. Mustahil dan tak selamat untuk foreigners kerja kat sini. Kalau ada pun yang kerja (macam orang Cina & Vietnam), diorang semua kerja dengan orang diorang sendiri. Ada pasar China ngan Vietnam kat Moscow ni. Orang Malaysia takde pun business kat sini.

You will never die a virgin because life will fuck you good and proper

Jadi apa kata korang?

Sekian.

19 Comments