Kerana Mungkin Anda Tersilap Jalan

Protes sebab tak dapat makan. Tuan dia asyik sibuk dengan blog je..

Dulu masa aku mula-mula blog, aku tak kisah pun siapa famous atau tidak. Pada aku kalau seseorang blogger tu famous, aku cari faktor yang menjadikan dia famous. Adakah penulisannya, isi kandungan blognya ataupun paras rupanya. Sebenarnya penulisan blog ni taklah sekompleks mana pun, kalau pandai menulis dan mencuri hati pembaca melalui penulisan, tak mustahil anda boleh jadi popular ataupun sekurang-kurangnya dapat pendapatan tetap di bank setiap bulan.

Penulisan blog tak semestinya kena panjang 500-1000 patah perkataan. Pendek pun dah memadai sebenarnya. Asalkan apa yang kita ceritakan tu ada point dan tujuannya dan mungkin sedikit menghiburkan dah cukup untuk menambat hati pembaca. Biasanya nada santai dan tidak seriuslah yang paling mudah dibaca oleh orang ramai.

Aku pelik kenapa banyak blogger sekarang ni mempertikaikan populariti blogger lain. Tahun lepas rasanya takdelah sangat benda populariti ni jadi isu, mungkin sejak blogger mula mendapat perhatian media itulah yang membuatkan isu ni semakin menjadi-jadi. Cuba tanya diri sendiri balik, kenapa kita nak buat blog? Jawapan yang sepatutnya adalah kerana ingin berkongsi cerita/apa-apa sahaja yang berkaitan dan kalau jawapan anda berlainan maka berkemungkinan besar anda tergolong dalam golongan yang ‘bermasalah’ ini.

Dulu isu blogger otai sombong, sekarang isu blogger popular sombong. Tahun depan isu apa pula wahai pencinta isu?

digi award2 Banner

Populariti tak datang dalam sekelip mata atau satu malam. Pada kebanyakan masa, populariti datang daripada bakat, usaha dan paras rupa. Ada masanya dengan strategi pemasaran yang betul anda boleh menaikkan populariti blog anda. Pendek kata, ilmu tu penting dalam menulis blog. Kalau tulis blog kosong, sekadar catitan harian peribadi, itu bukan blog tapi adalah sebuah journal. Aku mula menulis blog 9 tahun lepas dan selama 7 tahun tu, blog-blog aku memang tak ada point langsung dan akhirnya dipadam begitu sahaja sebab kesemuanya adalah lebih kepada journal peribadi dan bukan blog.

Apa-apa pun relax je. Blogger ni bukannya artis, mereka ada kehidupan normal sendiri, ada tanggungjawab lain. Tak perlulah diangkat dijulang dan diagung-agungkan mereka kerana mereka hanyalah manusia biasa. Kebanyakan blogger yang popular ni pun bukannya full time blogger dan yang full time blogger inilah yang paling sempoi sebab mereka boleh hidup dengan blog mereka tanpa perlu populariti yang berlebihan.

Ada orang pandai tulis blog. Ada yang mungkin merapu sahaja dalam blog mereka dan ada yang buat blog sebab nak kutuk maki caci orang sambil buat dosa. Apa pun sebab blog tu, bila ianya tidak lagi memberikan manfaat pada orang lain memang blog tersebut akan mati. Semua orang boleh mempunyai blog mereka sendiri tapi bukan semua orang boleh menjadi penulis blog.

Bacaan lain:

  1. Tips Membina Network Untuk Blogger Newbie
  2. Blogger Popular Tak Pandang Newbie, Betul Tak?
  3. Isu Yang Tak Pernah Basi

p.s. Jangan abaikan kucing anda yang kebuluran.


55 thoughts on “Kerana Mungkin Anda Tersilap Jalan

  1. orang hanya nampak “kejayaan” seseorang blogger tu je.. contohnya Arif Shah dah menulis blog 9 dan pahit jerih yang dihadapi tapi orang tak nampak.

    Biasalah orang tak nampak bila kita tak popular…

  2. memang senang nak jadi susah..tapi bukan senang nak jadi senang… apapun sentiasa berusaha dan sentiasa peka dan terima apa sahaja pendapat baik dan yang buruk jadikan tauladan… yang baik jadikan panduan… jgn mudah tersentak bila di tegur… sekadar pendapat

  3. jika kita rajin menulis dan ikhlas dengan apa yang kita buat, benda yang kita harapkan akan datang sendiri. kejayaan tidak dicapai sekelip mata dan ia perlukan usaha yang berterusan

  4. Nicely put into words.. Dalam banyak kes, isu ‘blogger popular vs blogger newbie’ ini juga yang sering saya dengar di kalangan komuniti blogger tanah air. Dan dah sekian kali saya ulang, “blogging biar ikhlas untuk diri sendiri, bukan ikut kengkawan”. Kalau blogging dengan niat nak berkongsi cerita, tips dan pengalaman hidup, mereka takkan melenting kalau BE tak lekat dan sebagainya. huhu..

  5. part jangan abaikan kucing anda. haha

    jurnal yang merupakan catatan harian semata-mata mungkin tak sesuai disamakan sebagai blog.
    aku pun pernah buat, dan dah delete.

  6. aku publish entri baru ni dulu baru komen walaupun baca lama dah hihi. ada kena mngena x? :)

  7. “Semua orang boleh mempunyai blog mereka sendiri tapi bukan semua orang boleh menjadi penulis blog”

    tertarik dengan bait ayat ni bro. Dalam maksudnya. Renung dan faham-faham lah yer.