Kenapa Aku Tak Tengok Maharaja Lawak?

Reading Time: < 1 minute

Daripada siri Raja Lawak dulu sehinggalah Maharaja Lawak, aku tak pernah tonton siri ni walaupun ada rakan sebilik sibuk menonton tiap-tiap minggu. Apa yang aku faham tentang Raja Lawak ni ialah, ianya adalah sebuah reality talent show yang mengetengahkan bakat-bakat pelawak baru dalam dunia hiburan tanah air manakala Maharaja Lawak ni pula menggunakan konsep yang sama cuma ianya menggabungkan semua pemenang Raja Lawak pada musim lepas. Betul?

Modus operandi yang biasa mereka atau lebih tepat lagi Astro selalu gunakan adalah undi berbayar daripada penonton. Biasanya pengundian macam inilah yang memberikan pendapatan paling kurang pun RM100,000 untuk setiap episod Maharaja Lawak atau Raja Lawak yang disiarkan. Tak susah sebenarnya nak buat duit dengan konsep reality talent show macam ni, asalkan dapat peserta yang berbakat dan disukai ramai, duit akan masuk melimpah-ruah setiap minggu. Itu pandangan aku dari segi bisnes yang mereka lakukan.

Setakat yang aku telah tonton rancangan Raja Lawak ni, aku rasa idea yang digunakan oleh pelawak-pelawak ni semunya lebih kurang sahaja. Idea biasa adalah, orang kampung yang kurang cerdik, orang yang tak tahu bahasa Inggeris, loghat negeri/bahasa Malaysia, oooo soley soley & kita bakor. Kebanyakan idea taklah phenomenal sangat cuma apa yang membuatkan Raja Lawak dan Maharaja Lawak ni kelakar dan menghiburkan adalah gelagat peserta mereka yang kadangkala nampak macam memperbodohkan diri sendiri.

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku dan diharapkan tak mengganggu mood anda semua untuk menonton rancangan ini. Mungkin aku ni jenis yang serius sangat sebab tak layan Maharaja Lawak. Cuma aku memang setuju dengan kebanyakan komen di Twitter tentang hos Maharaja Lawak, AC Mizal yang agak keterlaluan atau out of place. Memang ada saat-saat kejanggalan seolah-olah AC Mizal ni pula yang melebih-lebih.

+ Aku suka strawberi, korang suka beri apa?

 


Posted

in

by

Comments

64 responses to “Kenapa Aku Tak Tengok Maharaja Lawak?”

  1. armiza Avatar
    armiza

    I like… ;)

  2. Azrul Avatar
    Azrul

    idk why, but seriously im not into this kind of joke, macam yang penulis katakan, mereka hanya memperbodohkan diri mereka, lagi satu pasal cita2 yang merepek such as hantu kak limah dan sekutunya, agak2 bila mereka(producer) nak stop produce cerita2 yang macam ni? bukan nak mengutuk tapi hakikat, cerekarama kat tv3 sometimes are much better. we need somethings like Merong Mahawangsa, tak paham why there are still those yang support that kind punya movie.

  3. muhammadfadli Avatar

    kalau setakat tengok tanpa mengundi itu tak mengapa.
    tak perlu la untuk mengundi.
    buat habis duit je.
    bukan kita yang menang pun nanti.
    tengok sekadar hiburkan hati je.
    namun, walaupun tajuk cerita maharaja lawak, bukan semuanya lawak. ada juga yang tak lawak langsung.

  4. farihah Avatar
    farihah

    salu tengok…tapi jozan, nabil, sepah and balas je..yang lain aku tak tgk..apa salahnye support malaysian…sebab kite masih orang melayu..hehe

  5. Puyuh Sesat Avatar
    Puyuh Sesat

    Best2 aq suka tengok…wat ilang stress study

  6. shah Avatar

    ac slalu kene kutuk sal gelang die je..tiap2 minggu kene ..hahhaa

  7. pinky GIRLs Avatar
    pinky GIRLs

    AKU SUKE SGT MAHARAJA LAWAK SEBAB MEMANG MENGHIBURKAN,SEMUA KELUARGA AKU MEMINATI PROGRAM NI TERMASUK SELURUH KELUARGA BESAR AKU,DARI SITU KAMI SEMUA DAPAT B’KUMPUL,XSALAH KITE NK SOKONG BANGSA SENDIRI,XPERLU NK M’ANGUNG2 KANG BUDAYA LUAR..SO KALAU ASTRO UNTUNG APE MASAALAH DGN ORG YG XTERLIBAT.UNDI TANPA PAKSAAN,SO REZEKI MASING2KN…

    1. ariff Avatar
      ariff

      relax sudah. tak payah nak emo sangat.

      1. shah Avatar

        kebanyakkan lawak di selitkan unsur2 lucah… tidak sesuai di tonton seisi keluarga….

    2. nikamirul Avatar
      nikamirul

      perlu ke caps lock? oh poyo. kbai

  8. Dila.13 Avatar

    Saya pun tak tengok juga atas alasan yang sama yg Tuan Ariff berikan. Bagi saya ia seperti mentertawakan diri sendiri dan orang2 yg kita kenal. Cuma saya setuju ia diadakan sebabnya rancangan seperti bagus untuk mencari bakat-bakat baru dalam industri hiburan tanah air dalam genre komedi dan jadikan penonton lebih berstamina tinggi (gelak tak henti2) :)

  9. nizam Avatar
    nizam

    aku pun suka dengan ML ni.. bukan apa, sekadar hiburan…seminggu sekali je pun..tu pun download jer.. hehehe

  10. Peace Avatar
    Peace

    Oit2,jangan kutuk2 deyrang neh..dorang cari rezeki weh…n ape yanf dorang wat nak hiburkan je pun takmintak duit korang pun…sume melayu mesti korang nak compare ngan barat…lol…kite bukan barat…sume
    Muke sawo matang je pun…dorang kire power la tuh,korang kalo dibagi task utk menggelakkan orang ingat senang ke…its not easy la gentleman

  11. Amir Said Avatar

    Aku tengok Jozan, Sepah, Nabil & Balas je. yg lain2 x minat sangat nak tengok.

  12. ml Avatar
    ml

    lg bagus drpd tengok AF bodoh tuhh

  13. alex adriana Avatar

    aku tetap suka ML. buat hiburan je, nak mengundi mmg tak lah

  14. izah Avatar
    izah

    dari dulu smpai skang baik RL @ MRL tak prnah tgok. not intrested…

  15. mijie Avatar

    ramai member yg suka tengok tapi aku sampai sekarang ni pun tak tengok kat astro tu, dkt youtube pernah tgk tp boring

  16. ekspresiruang Avatar

    AC Mizal mmg tak pernah lawak pon. Ada gak lawak2 yg best dan original dalam tu. Budaya kita adalah lawak camni dan masyarakat terima smo tu.

    Kita tak leh nak samakan dengan lawak stand up macam kt barat. Masyarakat kita masih belum ke tahap nak berfikir sendiri lawak sinis macam Ellen DeGenerres ataupun Russell Peters yang berlawak pasal perkauman. Masyarakat Malaysia ni macam raja. Orang hidang, suap dan telan. Tak nak kunyah. Kalau dengar lawak tu, nak dengar straight to the point je. Tak nak berfikir sket pon kalau lawak tu ada hidden message.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul sangat pendapat bro tu. Dah budaya kita menerima lawak yang straight forward macam ni. Itu sebab mustahil nak cari pelawak yang guna konsep stand up comedy kat negara kita.

      Apa-apa pun hiburan macam ni kenalah dikurangkan terutamanya dalam membentuk minda anak muda. Kalau aku ada anak, memang tak kasi tengok program macam ni..

  17. iema Avatar
    iema

    tgk kt utube sudey…
    huhu

  18. Hafism Avatar

    aku tengok johan ngn zizan je bro. yang lain,hampeh.memalukan diri sndiri.

  19. cEro Avatar

    aku pon tak layan raja lawak ka, maharaja lawak pon..
    ntah laa, takde minat nak gelak lawak diorg laa…

  20. SHIMI Avatar

    betul..betul..betul…
    tapi aku nengok gak
    buat2 la gelak walaupun banyak yg menyampah
    hahahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. ni hipokrit habis.

  21. Kodet Avatar
    Kodet

    Suka tengok sebab aku bukan seorang sirius . Kadang – kadang bila kita boring apa salahnya tengok . Tak kacau duit orang pun . Kira ok ada lawak melayu dari lawak orang putih . Kena la hargai juga . Jangan semua nak perlekeh . Diorang memperbodohkan diri sendiri pun tetap diorang dapat duit . Kita yang kata orang bodoh tak dapat apa pun.

  22. Vishnudharan Gopal Avatar

    X PERNAH MINAT NAK TGK PROGRAM NI…

    Latest Post: Individual Income Tax Exemption Tips

  23. Izwan Avatar

    sekadar tengok je,member download..tapi reality tv show skrg melahirkn artis yg dpy populariti segera berbanding bakat.. artis dulu2,start dri bwah,tapi lagu n cerita evergreen..

  24. badehsan Avatar
    badehsan

    layan ja..buat penghilang stress lepas seharian mencari rezeki..

  25. Mohd Isa Avatar

    bab undian sms dah satu, yg terbaru plak. suh langgan pakej mustika plak. memang tamak gila astro ni. hoho

    1. ariff Avatar
      ariff

      astro memang terkenal dengan ketamakan diorang. cuba kalau lambat seminit je bayar bill, dia potong terus lepas tu nak sambung balik kena denda rm20. giler jahat.

  26. enigma Avatar
    enigma

    laen org laen citerase..bg aku ok wat tgk cume untuk hiburkn hati..yg peserta memperbodohkn diri tu pg lantak diorg laa..diorg yg bodoh kot..haha org yg tgk x yah laa nk bodoh skali pg undi..bole pk kot bende2 tu..bg peserta yang kreatif and ade mesej dlm persembahan diorg tu xde hal kot..so penonton2 haruslah jadikan yg baek sebagai pengajaran dan yg buruk sebagai sempadan..kite dikurniakn Allah akal yg cukup sempurna untuk berfikir..peace =)

  27. hanisaleeya Avatar

    beli gelangg.. beli gelangg.. hahaha.. adoi dah terkena kenan Jozan pulak. hehe.. baru tengok satu potongan episod. tapi rasanya tak minat nak tengok semua kut. bukannya ada faedah pun.

  28. Mr.Kerro Avatar
    Mr.Kerro

    xtgk..hahaha… donload je…

  29. kudozu Avatar
    kudozu

    Tanak komen sal Maharaja Lawak tapi setuju dengan Kempen paling kelakar.

  30. Kenji Avatar
    Kenji

    Saya suka tengok maharaja lawak and raja lawak.. sebab sy memang suka ketawakan badut & orang yg suka membodohkan diri sendiri, macam yg Apek slalu buat tu. Stakat ‘lawak’bodoh and ‘lawak’ lucah.. alahai..

    Patutnye program tu namenye Raja/Maharaja Badut, baru sesuai.

    p/s: kalau sy nak berhibur sy nyanyi sorang2 dpn laptop. terhibbur gile..

  31. NailahAzman Avatar

    Tak pernah terasa nak tengok pun.
    Even ramai promosi suruh dok tengok.
    Sebab rasanya lawak semua sama je. Boring!

  32. Delanna Soraya Avatar
    Delanna Soraya

    Jozan said: Fakkrull…as if Fuck…rul. People laugh, yes its stupid.

  33. Ahmad Fikrizaman Avatar

    Tengok kat utube je.. Cari peserta yang best baru tengok.. Yang macam perbodohkan diri tu skip la awal-awal..

  34. Akid azami Avatar

    keh keh.. Aku tengok jugak maharajalawak ni tapi aku tengok si nabil dengan 2 peserta lain je. Betul kata ko, lawak diaorang lebih kurang je sebabkan kepala otak diaorang ni kreatif, barulah ia menarik untuk dilayan :)

  35. Cik Su Life Cycle Avatar

    len plak kes nya ngan cik su tak dapat nk nengok raja lawak ni sebab tak dak astro

  36. hazwan Avatar

    lain orang lain cara pengurusan stress dorang..
    kalau aku memang suka tengok benda-benda yang lawak…
    at least hilang stress kejap…
    bak kate omputih laughter is the best medicine..
    ntah betul ke tak, depend on diri masing-masing

  37. Lord Zara Avatar

    aku tak tengok.
    kawan aku ada tunjuk di sekolah, aku tengok part Jozan je, sebab aku nak tengok apa orang cakap di Twitter. Aku mengaku, aku cuma akan tengok kalau ada benda2 yang dihebah di Twitter macam bagus @ terlampau teruk. Gila memilih kan?

    Ha ha ha.
    Aku manusia yang lagi rela tengok segala macam movies yang aku sedut di sekolah dari duduk menghadap rancangan realiti.

    :)

  38. kasih Avatar

    takde astro kat rumah, so tak kisah pon rancangan2 tu semua..

  39. takky Avatar

    aku pun kurang gemar dgn raja2 lawak nie…
    (penah tgk kwn tonton)
    coz i saw sometime they just fooled them self…
    jarang yg cube melawak utk motivasikan org…
    cuma melawak x tentu pasal….

    btw, x sangka ramai gak yg x suke cite hantu kak limah balik rumah (HKLBR)….
    better korg tengok cite zombi kampung pisang (ZKP) dulu, baru korg paham cite HKLBR…
    sebab stail mamat kalid (pengarah) bukan nak buat cite lawak sebenarnya (dari pandangan aku)…
    tapi dia nak menunjukkan realiti sebenar masyarakat melayu aje…(paling jelas dalam ZKP)
    cuma 2 la, org jarang nmpak ape yg cuba dijelaskan oleh pengarah n 4 HKLBR, msg sebenar yg cuba disampaikan dah ditutup dgn lawak2 yg sebenarnya ade tegur sikap2 org melayu…
    pape pun ini hanya pandangan saya aje….
    ^O^

  40. landax Avatar

    haha~ apa lah salahnya bro~ layan lawak,walaupun kita rasa ‘oh,lwak recycled’ tapi kalau itu yang boleh buat kita terhibur,apa salahnya..lagipun,kalau setakat kita layan kat youtube,tak undi depa,tak de rugi mana pun =)

  41. aarin Avatar

    saya jarang layan raja lawak, tapi maharaja lawak ni tetiba minat nak tengok, mungkin sbb mengumpulkan ramai pelawak2 yang ada kut.. daripada layan cite yang bukan2 baik layan cite lawak jer

  42. atiqah Avatar
    atiqah

    salam ariff…

    sy setuju dgn pendapat awk.dan sy tak pernah dan tak berminat menonton Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak..sbb kadangkala kelihatan lawak mereka di reka seolah2 memperbodohkn diri sendiri.

    dan ini hanya pendapat saya..:)..tq

  43. aizuddin Avatar

    maharaja lawak lagi best dari raja lawak..sebab semua finalis masuk balik..tapi tetap ada peserta yg spoil..tensen aku

  44. bubbles182 Avatar

    kalau Raja Lawak tu buat competition stand up comedian mesti lagi best kan. tapi mmg x ramai kot Malaysian yg bley jadi stand up comedian yg bagus. semua pun asyik nak terjerit2 je. >.<

  45. panglima muda Avatar
    panglima muda

    kita bako aje asro tu

  46. Kujie Avatar

    Kak Jie pun tak tengok, bukan Maharaja Lawak je, Raja Lawak dulu2 pun tak tengok… tak suka nak saja² ketawa…. ketawa yang diset, bukan terjadi secara sponton dlm kehidupan.

  47. Kazen Avatar

    betul bro….same jer asenye…tapi gua tak penah undi haha

  48. Shahrulsite Avatar

    best ape…hehe. Tengok je, tak pernah keluarkan barang sesen pun duit untuk mengundi mereka :)

  49. wawa Avatar

    haipp… tak baik.. betul! aku setuju.. lawak yg biasa.. tapi aku tetap tengok untuk tengok zizan. zizan celrbrity yg pakej. sume die boleh buat. nyanyi, rap, melawak..
    banyak citer lawak mlayu yg xkelaka. cam citer hantu kak limah balik kampung.. aku mmg xboleh digest lgsg.. bosan.. sekian.

  50. nizamsani Avatar

    kempen paling kelakar tu, tak jumpa yang kelakar pun?

    1. ariff Avatar
      ariff

      kelakar sebab vision diorang melampau-lampau sampai nak jadikan malaysia capital for FB. Do the maths.

      1. nizamsani Avatar

        owh.gitu rupanya.

  51. nazra Avatar

    Lagi satu naz nak tambah, Astro bikin duit lagi bila ‘pindahkan’ Maharaja Lawak ke Astro Warna yang mana sesapa nak tengok kena subsribe. Memang mantap dengan hanya siarkan kejap ja kat Astro Prima dan lepas tu takda.

  52. Pojiepooh Abdullah Avatar

    That’s what we called HIBURAN bro..
    Ok what daripada hiburan kelab2 malam, layan porn, lagi teruk kann..
    Tapi actually aku tak layan gak sebab tah! Not my genre.. Tapi aku taklah kutuk².. It’s Malaysian way..

    1. ariff Avatar
      ariff

      nah. ni bukan mengutuk sangat pun. just pandangan dan sedikit penjelasan kenapa.

  53. syahrilhafiz Avatar

    haha, ko tak kenal erti nak hiburkan hati ke bro?
    astro tengah sedut duit tuh, dah la buat dalam warna, kena pulak undi..memang tak ar..:DD

    1. ariff Avatar
      ariff

      memang astro manipulate habis-habisan dengan rancangan macam ni. Good business sense.

      Aku hiburkan diri dengan cerita genre lain. Tapi raja lawak ni memang tak boleh masuk la..

  54. fatinsyahira Avatar

    sokong! saya pun tak penah layan raja lawak and even maharaja lawak. rasa tak dapat faedah. tadak info yang dpt dimanfaatkan melainkan hanya lawak2 clishe.

    lagi satu tak faham sngt apa yg best psl cite hantu kak limah. tengok tak sampai 5minit dah rasa macam waste satu hari dalam hidup. haha. *tp kekadang guna jugak ayat2 dalam cita tue. err. terpengaruh dgn persekitaran. haha*