Pertama sekali, aku mengaku aku belum lagi mendaftar menjadi pengundi. Oleh itu, bersempena Hari Malaysia hari ni, aku berjanji akan mendaftarkan diri sebagai pengundi apabila aku pulang ke tanah air awal tahun hadapan.
Aku juga ingin mengajak semua pembaca blog.ariff supaya pergi mendaftarkan diri sebagai pengundi jika anda semua dah layak untuk mengundi.
Kepada blogger lain, jom lakukan sesuatu. Buat apa-apa sahaja entri yang bertemakan mengundi atau mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Contohnya “Saya Pengundi Berdaftar” atau “Saya Akan Mengundi Pada Pilihanraya Akan Datang” atau apa-apa sahaja mengikut citarasa dan idea korang.
Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil atau apa sahaja bahasa termasuklah bahasa rempit. Bebas kerana anda adalah blogger yang kreatif.
Objektifnya mudah je: Tingkatkan kesedaran pembaca blog kita tentang tanggungjawab dan hak kita kepada negara supaya mereka turut mengundi.
Trafik banyak atau tidak, ada pembaca atau tak, blog baru, blog lama, blogger otai, tak otai, senior mahupun junior. Semua digalakkan untuk turut serta.
Kempen kesedaran macam ni perlukan semaksima mungkin untuk individu menyertainya. Do this for the Malaysia, regardless who you are. Sekurang-kurangnya kita dah lakukan sesuatu pada negara.
Nak kasi kredit ke tak terhadap idea aku, tak kisah. Itu bukan matlamat aku. Walaupun ada yang ย membenci aku, harap dapat join sekali sebab kita adalah rakyat Malaysia dan Malaysia perlukan kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab.
Penyokong parti yang memerintah mahupun penyokong parti yang bukan memerintah di peringkat kerajaan persekutuan, join je. Daftar sebagai pengundi dan undi ikut mana yang anda rasa patut diundi.
Selamat Hari Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan berterusan.


Comments
46 responses to “Kempen Galakan Mengundi Oleh Blogger”
salam…
hukum membaiat pemimpin itu adalah wajib bagi setiap umat Islam…
sokong sangat, dengan mengundi, baru kita boleh mengubah arus politik negara kepada corak yang kita mahukan.
kalau dah cukup umur tu, mendaftarlah n mengundi.
jom mengundi
undi lah jangan malas
oh ada kempem mengundi disini..insyallah akan muncul artikle saya nanti
Akupun belum berdaftar lagi. Kata esok nak mendaftar, tapi esok tetap esok dan esok,esok dan esok la..
P/s : baru aku perasan, button like,plusone,dan tweet hilang kalau surf guna ipad..
Tak sabar nak mengundi ni. Bila tarikh pilihanraya pun tak tau
saya mengaku yang saya pun belum daftar jugak..opps xpa daftar taun depan hehe
Tak cukup umo lagi.. hehe
saya dah mengundi….selmata hari malaysia
dah daftar! x sabat nk mmbuang undi… hahaaa
PRU 14 baru nak pergi mengundi.. :3
jadi, marilah mengundi ramai-ramai.. :)
Undi adalah tanggungjawab kita samada kita sokong pemerintah atau pembangkang…..kalau kau sokong mana2 pihak pun…salah satu car ialah mengundi…
Dah pernah mengundi dulu. Cukup umur 21tahun, 2 hari terus kena paksa ngan Ayah gua pergi daftar sebagai pemilih. Memang patriotik betul Ayah gua. Katanya satu undi pun boleh membawa perubahan yang besar..
http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2011/09/hari-raya-vs-pilihan-raya-di-denmark.html
Tidak sabar untuk membuang undi dan mendengar retorik politik untuk meraih undi.
hehe.. biasalah tu. macam sarkas nanti.
omur dh cukup kna dftar, xpyh nk tggu.. :D
jangan biar hak kita diambil oleh orang lain…
da dftr thn lps ag…perghh…hebak x??hahaha
baiklah, Isnin nanti aku daftar. *baru nak sedar
yeayy xcukup umur lg..hehe
haha…suka dia :p
will do =)… jom!
Sya cukup umur je terus daftar.
menarik..dah daftar mengundi dah..dah valid dah pun..
PRU lepas nih bleh la mengundi.
daftar !
Ariff, at least 3 bulan after register baru boleh mengundi….so, bajet2 la masa kalu dianggarkan bulan 11 ni PRU-13….
Tak boleh menngudi lagi lah
adakah akan dikenakan tindakan kalau kita tak daftar?
harap smo tak kira yg biru ke, biru air laut ke, hijau ke, roket ke, tanduk lembu ke, daftar lah sbg pengundi. sbb xguna sokong lebih2 tapi nama xde sbg pengundi.
saya cukup 21thn dulu dah daftar.. hehe.. jangan tunggu lama2.. tunaikan tangungjawab terhadap negaran..
Dah daftar masa kat Universiti.
ada ke patut aku buat gini…
memang tak menahan dah ni…
sorry dude…
http://www.pendekarberkuda.org/2011/09/jom-mengundi-kempen-galakan-mengundi.html
x dftar lg..
aku akan mengundi secara pos hehe :)
daftar je bro skang..untung klu PRU tahun depan leh jer sertai..huhu…tp kalau awal rugi ler pasal undi Pos..:P
awal tahun hadapan baru nak balik?takot tak sempat nak mengundi PRU13..hehe
kalau tak sempat nak buat camane kan.. kena tunggu next pru.
check tgk. ntah2 ada ‘orang’ tlg daftarkan. huhu. ISA dh mansuh kan?
Tak payah tungguh balik, kat kedutaan pun boleh mendaftar.
Student oversea pun boleh mengundi tapi undi pos la.
Tapi kalau undi pos make sure hangpa mengundi, kalau tak mungkin ada orang lain tolong pangkah bagi pihak hangpa…
tak pernah tau pun sebab kedutaan kat sini tak pernah bagitau pasal tu.
itu still k.i.v utk oversea student mengundi. daftar je yg bole. postal vote hanya utk rakyat msia yg bukan berstatus ‘pelajar’
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 29 April lalu telah melantik semua pegawai Kementerian Luar yang bertugas di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sebagai penolong pendaftar pemilih.
>>http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/spr-lantik-pegawai-wisma-putra-penolong-pendaftar-pemilih/
Layak sebagai pengundi Pos:
3. Seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing.
>>http://www.spr.gov.my/index_files/faq/soalan_lazim.asp