Jom Pergi Menembak

Reading Time: < 1 minute

Ada dah pernah cakap dulu yang aku rindu menembak, sekarang impian dah menjadi kenyataan. Baru jumpa satu pusat latihan menembak di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat latihan menembak untuk orang awam. Walaupun kat situ guna pistol sahaja (tak terlawan dengan rifle M16 yang aku guna dulu) tapi asalkan dapat melepaskan gian menembak pun puas hati dah.

Jadi dengan sekelip mata aku keluarkan kad debit Maybank, log in kat Groupsmore dan beli terus pakej menembak tu. Yang bestnya pasal voucher tu adalah takde expiry date, maksudnya selagi pusat menembak tu beroperasi, selagi tulah voucher aku valid. Tak tau lagi bila aku nak pergi dan dengan siapa, tapi aku dah dapat jimatkan duit untuk dapat pengalaman berharga ni. Menembak guna pistol ni, memang kena rasa kalau korang ni memang seorang yang adventurous, ganas dan sukakan aktiviti yang mencabar. Dapat sekali seumur hidup pun jadilah.

Dah beli. hoho.. tak sabar nak pergi ni.

Gathering blogger tak habis-habis lepak Times Square, main bowling, picnic, Sungai Gabai dan sebagainya. Bosan dah. Lepas ni aku rasa ada trend laser tag sekejap.. Cuba sesuatu yang baru la macam menembak ni. Baru best.

Tahun ni memang berkemungkinan besar aku tak balik kecuali kalau ada orang sanggup nak sponsor tiket balik aku. Takpe. Simpan je dulu voucher tu.. Jadi klik sini untuk membeli voucher tersebut sebelum offer ni habis atau cukup kuota. You won’t regret it.

blog.ariff proudly sponsored by


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Jom Pergi Menembak”

  1. paan Avatar

    Haha. Ada setahun sekali menembak rm10 je. Both M-16 dgn pistol.

    http://muhdkhairulfarhan.blogspot.com/2011/07/op-pp-carnival-of-royal-military.html

  2. poey Avatar
    poey

    bro..tempat latihan tu kat mana..
    kasi alamat…
    mesti best dapat belajaq menembak..

  3. Jejaka Jaket Hitam Avatar

    huhuhuhuhuhhuhuhuuh. lama dah tak menembak…

  4. Fazreen Avatar

    Jangan lupa ajak gi nanti.

  5. daus Avatar

    kecik-kecik dulu aku main menembak pakai pistol manek jer ;(

    heh.. tapi sekarang ni still belum pegang lagi pistol yang betul =/=’

    nak p cuba lah lepas ni

  6. anikimaro Avatar

    aku teringin nak menembak bazooka….

  7. Edoras Avatar
    Edoras

    Ingatkan menembak tu “photography shoot”.. LOL

  8. Wan Perlis Avatar
    Wan Perlis

    menembag guna kemera aku tau la.hehehe

  9. Izwan Avatar

    last aku menembak masa PLKN.. 30 das tak rasa apa pun.. tak puas hati.. dah tu lepas gian ngan Counter Strike je r.. mula2 cuak gak nak lepaskan das pertama..tapi ok je.. asalkan kekuda nak letak m16 tu betul..syok!

  10. Langkah Minda Positif Avatar

    ayah saya adalah bekas anggota 69 komando. selalulah dapat pegang m16 masa zaman2 saya masih muda remaja
    lepas tu dapat pegang pistol serta peluru hidup.

  11. syahrilhafiz Avatar

    pergh, aku sekali je kot pegang m16
    itupun waktu masuk kadet tentera kat sekolah..

    1. Affan Ruslan Avatar

      hang lembut, mana larat pegang. keh2

  12. abangensem Avatar

    Bro, daripada gi nembak, baik kite gi mancing ‘awek’ kat shopping complex.. hahaha. Berapa harga tiket pegi balik Moscow – KL?

  13. blowie Avatar
    blowie

    ahh macam aku tak kenal je ko, tembak awek je keje! ahahhahahaahh ;p

  14. ownz Avatar

    dari dulu nak test menembak nih.. kat jb ada tak.. huhu

  15. alan Avatar
    alan

    bawak aku la..cam bese

  16. ohcikgu Avatar

    hoho..boleh main tembak-tembak la lepas nih..

  17. MuJE Avatar

    serius menarik tapi bila tgk harga terpaksa fikir lapan kali dulu.. :(

  18. Mohamad Fairosza Avatar

    pergh dapat main tembak2.menarik jugak

  19. mrkay Avatar

    aku pon teringin sangat nak belajar menembak. kalau boleh nak try sampai dpt lesen senjata api. tp wife aku tak bg aku nak amik lesen senjata api sbb dia ckp kalau aku ada pistol, tak tau berapa ramai org hilang nyawa akibat panas baran aku. haha.

    nak beli ah voucher ni :D bini aku mesti tak marah sbb insyaAllah takde sapa yg ilang nyawa. hehe

  20. faiz Avatar

    tak prnh rase menembak…teringin gak nak rase feel menembak ni..

  21. iqbalhakimi Avatar

    err..aku tak pernah lagi menembak..sb xjoin kro kadet polis dulu..hehe

  22. samanosuke_04 Avatar

    hehe, beli dari russia ke ? pastue balik baru gi menembak? ke??

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. beli terus je tadi. Offer tu ada 2 hari je tinggal.

  23. Pendekar Avatar

    bro..pergi sungai gabai la best.. haha.. dah 4 kali aku gi sana.. masih lagi ingin pergi.. main luncur2…haha…

    best gila woah~!

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeap. Aku tau best. Tapi sekali sekala buat sesuatu yang baru pun best gak.

      1. Mohamad Fairosza Avatar

        nk manjat puncak tu sangatlah seksa..tp bila dah sampai air terjunnya,syok juga

  24. ekspresiruang Avatar

    mcm best je menembak. klu nk try free2, skg tgh promosi kt libya. hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      hohoho.. jauh sangat tu.

  25. namaakulynn Avatar

    serius tak pernah menembak,and seriuss nak cuba.-_-

    1. ariff Avatar
      ariff

      beli jerrr… tak sampai rm100 sorang. sekali seumur hidup punya experience.

  26. lord zara Avatar

    Oh, ni yang buat hati meronta2 nak pergi try menda alah ni masa cuti sekolah. tapi2, cuti sekolah dah penuh dengan basikal dan paintball. =_=

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh.. kalau nak save beli and simpan voucher tu. One fine day nanti kalau terasa macam nak bunuh orang boleh pergi tempat tu. haha.. Apa-apa pun memang berbaloi offer dia.

      1. lord zara Avatar

        Cadangan yang baik tu. At least kalau nak menembak orang dengan tepat, dah ada lapang sasar sebagai latihan.

        XD

  27. Amir Fikrie Avatar
    Amir Fikrie

    Baru tau pasal website Groupsmore tu. Tak tau pulak Malaysia pun ada website macam tu. Dekat sini aku selalu tengok Groupon.

    1. ariff Avatar
      ariff

      groupon dah beli groupsmore malaysia. Same company.