Malam Merdeka, malam 31 Ogos tiap-tiap tahun ni biasanya jadi malam para remaja muda mudi dapat kebebasan lebih sikit berbanding malam-malam lain. Kalau malam hujung minggu yang biasa budak-budak ni balik pukul 3-4 pagi, malam merdeka pulak mereka balik pukul 6 pagi, lagi best tak balik langsung malam tu. Jadi kutu rayau melilau entah ke mana. Aku tak terkecuali dalam hal ni.
Tapi aku takdelah liar mana pun, setakat melepak bersama kawan, keluar makan sambil ronda-ronda sana sini je. Takdelah nak buat kerja tak senonoh macam hisap dadah, buat aktiviti seks bebas, pergi pub & disco tu semua. Ibu bapa, sila pastikan anak-anak anda tak terlibat dalam aktiviti yang tak senonoh macam ni, yelah ada ibu bapa yang open. Kasi kebebasan mutlak pada anak-anak. Silap haribulan, dah dapat cucu.
Malam tadi sebenarnya macam-macam plan timbul. Dah plan awal-awal nak buat something malam merdeka, tapi sampai malam tadi masih lagi buntu nak buat apa. Dari planning nak pergi Melaka sampailah planning nak naik Pulau Pinang. Last-last pergi lepak kat Putrajaya je. At least something la kan.. Daripada duduk kat mamak mengisi perut tu je..
Malam dimulakan dengan upacara penyerahan iPhone 3G yang dilakukan dengan penuh adat istiadat kepada pemilik baru, Een. Semoga iPhone tu akan dapat berjasa pada pemilik barunya seperti ia telah banyak berjasa kepada aku.
Di sebalik kamera besar, ada orang besar. Macam biasa, Syah jadi driver dan photographer. Thanks a lot bro! Cuba teka rambut macam hantu yang interframe tu rambut siapa? :D
Lepak IT @ Putrajaya. haha.. Nasib baik aku bawak MacBook Pro malam tadi. Adelah jugak benda nak main. Ada ke diorang suruh aku cerita pasal SEO, PageRank ngan Alexa kat tengah-tengah padang depan Istana Kehakiman Putrajaya =________=’ Tak kena pada tempat betullah diorang ni.
Sebenarnya masa kat Putrajaya tu, lepak kejap kat jambatan. Tapi disebabkan ada polis terlebih rajin menghalau orang melepak, maka berhimpunlah kami di dataran depan Istana Kehakiman ni. Takde guna pun sebenarnya, lepas polis berambus, orang berduyun-duyun melepak balik kat jambatan tu. Buat penat je.
Lepas tu naik melepak kat mamak di Taman Melawati. Sahurrr.. Tunggu Blowie tukar kereta dan mulalah kanvoi naik ke Genting Highlands. Pertama kali rasanya aku naik ke Genting Highlands dengan kereta. Sebelum ni pergi naik cable car je kot. Tu pun masa kecil dulu.
Menyambut pagi ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-53 di Genting Highlands. Udara segar, pemandangan cantik, sinar mentari menerangi segenap alam yang indah ini.. Yeah. Aku berjaya memerdekan minda aku dari segala kecelaruan dunia pada pagi tadi buat sementara waktu. Kiranya berbaloilah jugak aku keluar menyambut malam Merdeka ke-53 ni kan. Jangan tanya posing gila tu idea siapa, tak lain dan tak bukan idea si Eny la. Motif? Aku tak tau!
Sampai kat Genting, lagi sekali buntu tak tau nak buat apa-apa. Yelah, masa banyak lagi. Kalau nak turun balik macam rugi. Bukan selalu datang situ kan.. Last-last bersetuju nak naik cable car pergi balik sebab tak jadi masuk park naik roller coaster. Oklah tu. Cable car pun seronok apa, dah la panjang. Naik ramai-ramai dengan orang separa gila yang tak cukup tido ni memang mengujakan. Sepanjang-panjang 40 minit turun naik tu, gondola kitorang memang riuh-rendah.
Memang best la naik cable car nih. Kenapa takde cable car sepanjang banjaran Titiwangsa eh? Tak pun dari Genting tu turun KL ke.. hoho.. agak-agak berapa jam la perjalanan atas gondola tu kalau diorang buat cable car dari Genting sampai KL. Gila!
Ini gondola bendera Malaysia. haha.. tak la.. ini gondola untuk technician kot.. Tapi aku nak naik yang nih.. baru mencabar! Kenapa Fear Factor tak kasi challenge naik gondola ni sampai atas? Baru betul-betul menguji keberanian peserta.
Thanks to Syah, Een, Paeh, Ayong, Man, Eny dan Blowie sebab bersengkang mata melepak sampai hari ni. Aku pun tak cukup tidur lagi nih. Baru dapat ganti tidur kurang daripada 3 jam. Adeh.
2010/2011 Premium Sponsor
Pingback: Bila Hanz dan Ariff Shah Kena Titik | Fazreen
Best lah merdeka kat atas gunung tu hehehehe.. knp siang jer bunga api tak ada ker..
bestnya sambut merdeka..hehe..anyway, genting mmg best!hehe
Best la merdeka layan cable car..
aaw best nye aaww!
ohey cable car kat langkawi lebih buat aku gayat. hohoho!
Langkawi punya kejap je..
Pingback: Hancurnya Bangsaku Di Ambang Kemerdekaan | Bro Framestone
Perghh…. sementara masih muda… jalan jerla kemana-mana..
sok dh berdua… duk umah yek..hik3….
Kalu naik gondola yg lopong tu… sumpah pas tu tak naik lagi genting….takut la..
dah la lopong…huhuhuhu
wow, pi genting tak ajak! haha…merdeka at genting..what a creative way to celebrate……with friends some more..really cooL..cian driver..ariff duk blakang layan mac mmg laa kurang penat..haha…
cheers bro..
arip g x ajak owhhh
huhu
erk. xcakap awal2 nak ikut
gondola sepanjang titiwangsa?!! Sumpah aku orang first yang naik..menikmati alam sekitar~ haih~ aku jugak yang tak lepas-lepas naik genting setelah 10tahun lebih tak pegi.. (agak-agak berubah tak cuaca kalau nak banding dulu dgn sekarang ea)
nikmatilah kesegaran bumi Malaysia before depart to neraka sejuk(ko yg cakap) tu ea.. =D
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ariff.
Rasanya xlewat lagi… ekekek
ler…. sampai genting budak2 nie. aku best ja layan lepak umah.. rally Kamen Rider Black episode 1-20.. x habis lg. bila nak sambung sampai 52 tatau la.
jgn kata aku xdak semangat kemerdekaan. tp aku sebenarnya xdak duit nak kuar melepak. aku lepak kat umah sajala.
Salam Anwar Osman,
siapa kata kena melepak di luar baru ada semangat kemerdekaan dalam diri? Bersyukur dengan nikmat kuniaan Ilahi, menghargai pengorbanan pejuang2 kemerdekaan, membantu mengekalkan keamanan dan keharmonian yang ada di Malaysia nih baru betul.
Takyah keluar tengok bunga api kat KLCC pun untuk hayati kemerdekaan ;)
You summed it all up in a great way. Thumbs UP.
Selamba ek gi genting pergi balik.. tak sanggup le aku nak bawa kenderaan naik bukit tu..
Sekali sekala punya event, takde hal sangat kot