Innity Ads Earning

Reading Time: 2 minutes

Walaupun aku jarang dan tak gemar buat entri tunjuk duit macam ni (bukannya banyak pun duit aku) tapi disebabkan dunia blogging kat Malaysia ni evolve around ads company, entri pasal earning daripada ads company kenalah ada satu dua macam tu kasi cukup syarat. Tujuan entri ni adalah educational semata-mata, mungkin boleh dijadikan panduan untuk orang lain memilih ads company yang sesuai dengan diorang dan bukan untuk berlagak atau nak cakap ads company ni lebih baik daripada ads company lagi satu. Harap maklum.

brought to you by

Selama aku guna Innity ni, pendapatan boleh kata macam main saham la, ada time banyak, ada time sikit, mungkin langsung takde. Banyak tu bila ada dua tiga Innity performance campaign Cost Per Meter (CPM) jalan. Kalau korang boleh naikkan pageviews kat blog korang time tu, Insya Allah boleh masuk lebih earning. Kalau sikit tu, bila langsung takde CPM campaign berjalan. Time tu memang sakit sikitlah, bukan apa yang sakit, cuma sakit hati tengok.

Pasal pembayaran.. baru sekali aku cash out sebab selama ni aku hold payment kat account aku. Macam tak sedap la nak cash out setiap kali bila dah cukup kuota dia, takde thrill macam tu sebab bila ada duit dalam account tu, kita jadi rajin sikit nak update blog elok-elok, kasi earning naik. Ada motivasi. Sama macam menabung, kalau duit dalam akaun ciput, orang malas nak simpan duit. Tapi kalau contohnya korang amik loan ASB 10-20 ribu, tiap-tiap kali ada duit lebih bersemangat je nak simpan dalam akaun ASB tu. Lagi satu bila dah hold payment ni, boleh demand Innity suruh bayar bila korang memerlukan duit. Cakap dah lama hold payment, diorang kasi priority kat korang ah.

Itu jelah kot pasal Innity ni. Apa yang aku tunjukkan bawah ni adalah potential earning pada hari yang baik dan trafik yang banyak untuk blog.ariff.

kalau nak tips lain dpat duit, leh add ym ni : na_vira89@yahoo.com Baca lagi pasal trafik dan pageviews blog.ariff:


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Innity Ads Earning”

  1. Blogger Avatar

    Tolong ajar macam mana nak reg Innity? Tips Dapatkan traffic tinggi

  2. AmenoWorld Avatar

    Salam, bro ariff.. boleh ajarkan tak apa itu alternatif ads yang ada kat innity tue? blur lah pasal tue.. thanks.. and lagi satu perasan tak now ada satu ebook pasal innity.. khairul fahmi ke apa namanya buat ebook tue dia dapat rm8k sebulan dengan innity.. possible ke? acer review cikit.. nak harapkan ameno review? hehehh.. ameno acer tahu balon je.. hehehe..

  3. Toni Avatar

    skrang payah btul nak apply innity ni..rasa rugi pulak x apply awal2 dulu..

  4. Toni Avatar

    skrang payah btul nak apply innty ni…rasa rugi sgt x apply awal2 dulu…haihhaih…

  5. Edoras Avatar

    Adakah kita akan menghadapi masaalah kalau kita campurkan Innity dan Google Adsense dalam satu Blog yang sama?

    1. ariff Avatar
      ariff

      xde masalah.

  6. asyrafi 94 kelantan Avatar

    aku nak tanye ckit camne nak letak ads kat sidebar? aku dah buat cam ko ajar aritu letak lam edit html selepas tapi ads cuma muncul kat bottom blog aku.. camne ye nak letak kat sidebar,header takpun lam entri kite tuh,,bleh ajar ckit?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Cuba ko tarik widget html tu letak kat atas widget arkib. Maka ads tu nanti keluar la kat situ

  7. nabel Avatar

    uishh ! innity ikut hari ariff ? dah kalau aku guna nuffnang, dia tak kesah apa pun kan ? kalau macam nuffnang, kan dia ada status glitterati, so kalau aku guna iklan lain, jatuh la status glitterati. Glitterati tu macam special sikit lah. konfem kau pun tahu .
    hebat lahh earning kau sehari, macam kerja part time plak.

  8. Yellavia Avatar

    Aku punya pendapatan purata harian innity lebih kurang tu juga. Paling tinggi > RM40. Yang aku tak pahamnya website aku Alexa rank lebih 300K tapi website ni 63K. Macam mana pendapatan website aku lebih kurang sama je.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Alexa ni tengok SEO gak. kalau SEO bagus, ranking lagi bagus.

      Tengok campaign running untuk channel ko, mahal ke tak bayaran dia. Benda ni semua subjektif, so takde kisah sangat. Kalau nak banding yellavia.com dengan ariffshah.com memang takde kaitan langsung. Genre lain2. So pendapatan punya lain level dia.

      1. Yellavia Avatar

        Visitor aku dlm 2k je sehari. Ikut pengalaman aku kalau rank 63k sepatutnya visitor dalam 15k sehari. Patutnya dapat beratus2 RM sehari tu. Mungkin u punya primary ad tu bukan innity lot. Mesti dapat banyak drp Admax.

        Alexa ada kaitan dgn SEO ke? Setahu aku kalau ramai yg install Alexa toolbar tengok u punya website, naik la ranking.

  9. eyriqazz Avatar

    Saya tetap setia dengan Nuffnang..Alhamdulillah semakin menampakkan hasil….Advertorial offer diberipun lumayan…hik3..apapun, tepuk dada, tanya selera kan? Myself, Nuffnang adalah yang terbaik for me….

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Kalau dah dapat advertorial Nuffnang memang masyuk. Rezeki bro tu..

  10. cronixsoul Avatar

    innity ni dengan nuffnang mana lg OK?
    takut status glitterati ilang plak.. huhu nk cash out tggu 2 bulan lak kang

  11. kenwooi Avatar

    interesting.. i’ve been with nuffnang all the time..
    never tried other ad network before =P

  12. millo Avatar

    rm 35 sehari…wow bestnye

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau tiap-tiap hari macam tu memang best..

  13. Nescafe ais Avatar
    Nescafe ais

    Terbaik bro. Banyak gak earning tu. Sangat berbaloi-baloi letas ads innity ni..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kadang-kadang je macam tu. Kalau tiap-tiap hari memang kaya la aku..

  14. Fitrihadi.com Avatar

    RM35 tu untuk seminggu ke sehari? sorry tak pernah daftar dengan innity.. tatau sangat ar graf dia camna..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ehem.. Innity kira earning ikut hari.

  15. aizuddin Avatar

    aku tak pernah dapat cpm lagi..nuffnang aku pun macam dah hidup

  16. Meow Avatar

    huhu…innity memang terbaik…bulan ni pun dah cukup happy sgt…sbb dah boleh beli nokia baru dah…tapi sayang la nak keluarkan duit sebanyak tu…

    bukan apa, takut dibelanjakan ke jalan yang tak berfeadah…huhu

    nant nak tulis gak pasal innity ni…huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      wa.. banyak dapat tu..

  17. intankuterpilih Avatar

    nuffnang pon maseh merangkak, ni kan pulak la innit…lagila tak layak..huhuhu…

  18. nOj Avatar

    rm35 tu sehari ke? wahhh byk tu wei

  19. syah Avatar

    xphm konsep innity lg..

  20. hakimfaridzul Avatar

    awesome!

    masih bersama Nuffnang lagi!
    hak3

  21. mijie Avatar

    aku belum layak lagi untuk apply innity..tunggu setahun lagi kot

    1. Anwar Osman Avatar
      Anwar Osman

      malangnya.. aku jugak x layak.
      so aku pakai adsense dan mangga ads.
      mangga ads 1000imp = 5sen. :P

  22. ezany Avatar

    skang ni innity macam liat sket bayar payment la.. asek bertangguh jer.. tp apakan daya.. earning mmg lumayan berbanding nuffnang..

  23. Kujie Avatar

    baca satu blog dia cakap negatif ttg Innity sebab blogger yang guna Innity sekarang diam tak bercerita bab ini lagi sehingga ada yang beranggapan blogger yang gunakan Innity tidak mendapat earning. Terus terang earnings Innity masih dalam keadaan selesa.

    sebenarnya – dalam TOC Innity memang tidak dibenarkan blogger menulis beberapa bab mengenai Innity sebab itulah Innity nampak misteri dan menarik..

    Banyak yang tidak boleh ditulis untuk public, jadi kena register dan alami sendiri baru faham.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yang confidential tu details pasal kempen yang berjalan dan berapa harga CPC, CPM dan CPE yang diorang bayar. Itu je. Rahsia sebab tak nak company lain kasi persaingan la.

      Satu benda, Innity ni takde kasi advertorial job. Itu je. Kalau ada advertorial, sedap gak. hehe..

      1. ezany Avatar

        dulu ade member aku siap kena tepon lagi lepas reveal earning innity kat blog dia.. kalau ikutkan mmg tak boleh.. just for ur information jer.. tak percaya pun takpe.. :)

        1. ariff Avatar
          ariff

          Perrgghh.. Ko biar betul? ish.. Aku dah cuak dah ni..

  24. jack Avatar

    eh bro. nak tny skit. klo apply tu UV ngan pages mmg kne 6000 n 30000 ke baru innity approve? ke bole letak suke2 je?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Diorang akan tapis blog2 yang apply. Nak letak suka2 pun boleh je, tapi dapat ke tak memang tak tau lagi.

  25. mj Avatar

    apesal cambest je innity ni.
    hoho.. noob gile bab2 ads ni.
    Biar lah dier. =.=”

  26. Blabberina Avatar

    so far focus pada nuff dulu.sbb baru je 1st time pun nak request cashout from nuff-yakni pagi ni

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. Congratz!!

  27. mohdisa Avatar

    aku gemar pakai innity ni. menarik, duit pun cepat naik ikut impression. tp bila tak naik, aku pindah ke nuffnang sebentar. :) nnt ingat nak berpindah balik ke innity.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hoho.. aku fikir camtu gak dulu, tapi NN sampai sekarang tak kasi buffered earnings, so macam leceh je tukar2. Letak dua dua terus habis cerita

      1. hanisaleeya Avatar

        haha.. tunggu trafik stabil dulu baru fikir buat duit pakai blog. sementara ni pakai akal dan tulang empat kerat dulu.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Yup. Bila trafik dah ok, baru boleh fikir macam mana nak buat duit dengan blog. Macam tu baru boleh jadi.

  28. kaizen Avatar

    eh? engagement? hehehe… bertunang ke tuh? baru 1st time nampak terms engagement dalam ads2 nih… hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau ada nampak ads Giant yang sekarang ni, itu kira engagement.
      Yang engagements ni biasa ads yang terbukak, dia interaktif sket.

    2. ery farieha Avatar

      pe lagi, kasik pakai innity la kaizen.
      trafik ko kan mantap
      mesti kaya
      pastu blanja aku
      aahahaha