Saya tengok ramai yang sebaya dengan saya dah mempunyai anak, tak kurang juga yang bakal beranak. Jadi sempena Aidilfitri ni, saya tuliskan sedikit tips kewangan buat bakal ibu bapa ini.
Kepada yang dah ada anak, musim raya ni adalah musim rezeki yang murah untuk anak-anak kecil ni. Bila lagi budak-budak ni nak dapat cash money daripada orang lain kalau tak musim raya macam ni kan..
Sebagai ibu bapa yang celik kewangan, didiklah anak-anak menyimpan dari kecil. Adalah menjadi kesilapan kalau duit raya yang diterima oleh anak-anak ni tidak dikawal dan dihabiskan pada perbelanjaan yang tidak perlu seperti pembelian barang-barang permainan. Alangkah bagusnya kalau duit raya setiap tahun ni disimpan dalam akaun unit trust setiap tahun.
Katakan anda buka akaun unit trust untuk anak anda dengan modal permulaan sebanyak RM1,000 pada usianya 18 tahun. Kemudian tak perlu tambah duit sendiri dah dalam akaun tu, masukkan sahaja duit raya yang diterima setiap tahun ke dalam akaun. Agak-agaknya berapa jumlahnya selepas 18 tahun, ketika anak nak masuk universiti?
Saya anggap setahun dapat RM100 duit raya dan dimasukkan ke dalam akaun unit trust (boleh pilih berdasarkan senarai akaun unit trust patuh syariah) dengan kadar pulangan adalah 13% setahun (tak tinggi sangat, tak rendah sangat). Lupakan ASB dan Tabung Haji sebab untuk anak-anak, gunakan instrumen pelaburan yang mempunyai risiko tinggi untuk potensi keuntungan yang tinggi. High risk, high reward. Ini hasilnya yang bakal anda dapat:
Tak ke bagus tu kalau anak ada RM15,000 untuk perbelanjaan masuk universiti? Tu baru simpan duit raya RM100 setahun dan modal permulaan RM1,000, tak perlu banyak pun.
Tapi kalau duit raya habis kat telunjuk anak nak beli permainan itu ini, alamatnya nanti bila anak nak masuk universiti terpaksalah bergantung sepenuhnya pada pinjaman PTPTN yang cekik darah tu.
Kalau anda tanya anak-anak bangsa Cina, mereka yang berumur awal 20-an ni biasanya dah ada simpanan puluhan ribu ringgit cash dalam akaun. Saya percaya, itu adalah simpanan ang pow mereka setiap tahun tanpa diusik sejak daripada kecil.
Jadi mulakanlah daripada sekarang.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua rakan dan pembaca setia saya.
Comments
10 responses to “Idea Pelaburan Sempena Aidilfitri”
alangkah seronoknya kalau ayah saya dulu buat macam ni gak..hehe
tq bro atas idea ni..
cun betul apps tu bro, boleh share tak apa nama dia eh? nak guna juga kalau boleh :)
Google jer compounding interest calculator. Confirm jumpa
Kesemua anak saya dah ada akaun SSPN. Boleh bro bagi cadangan Unit Trust mana yang sesuai untuk anak-anak yang bersekolah?
Dalam senarai unit trust patuh syariah tu saya dah pilih top 5 berdasarkan senarai daripada Morning Star. Pilih je salah satu.
Atau boleh pilih senarai daripada The Edge Lipper Fund list.
Atau boleh masukkan ke dalam Kenanga Syariah Growth Fund. Yang ni pun not bad performancenya. Untuk Public Mutual, pilih fund no. 1 mereka (tak ingat apa namanya).
SSPN good tapi untuk simpanan anak, takde masalah masukkan ke dalam fund yang high risk sebab potensi rewardnya tinggi. Apa-apa pun, yang dalam SSPN tu biarkan, untuk fund baru boleh start kat unit trust pulak.
Terima kasih bro atas penjelasan
Pelaburan jangka masa panjang memang salah satu jalan yg terbaek utk kegunaan masa depan… perancangan awal boleh mengelakkan berhutang di masa depan..
Setiap anak sudah dibuka akaun SSPN untuk simpanan duit pengajian. Ditambah anak Selangor dapat bantuan TAWAS.
idea yang menarik..menyimpan dalam unit trust yang patuh syariah..ada macam2 unit trust diluar sana..pandai2 la pilih yg terbaik