Sampai rumah, cari kucing dulu. Gemok dah Moshi ni.. Bangun pagi tadi hilang dah dia, macam biasa pegi merayau. Semalam hujan lebat, duduk dalam rumah tido je.
Dulu saya ada menang hadiah daripada Airbus. Inilah hadiahnya. Model kapal terbang sebenar Airbus A350XWB berskala 1/400. woott!! AirAsia ada menempah kapal terbang ni (sebanyak 10 buat pada masa ini) tapi hanya akan sampai ke Malaysia menjelang 2017. Sekarang, Airbus A350XWB pada peringkat akhir ujian.
Juga biografi Steve Jobs oleh Walter Isaacson yang dibeli dari Ebay. Tak taulah bila boleh start dan habiskan pembacaan buku ni. Lepas ni nak cari A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir. Banyak yang boleh dipelajari daripada tokoh-tokoh ini.
Dan juga tshirt yang dikumpulkan sejak setahun setengah. Ada yang dibeli, ada yang dapat free. Tak payah shopping baju.
Masih tak terlambat untuk saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya hingga ke tempat pertama Upcoming Blogger of the Year award. Keputusan telah diumumkan dan saya telah memenangi award tersebut. Walau bagaimanapun, malam penyampaian anugerah tersebut telah ditangguhkan (tarikh baru masih belum diumumkan).
Tahniah juga kepada encik sponsor kerana menang Best of the Best Blog of the Year!
Comments
27 responses to “Homecoming Gift”
Tahniah di atas kemenangan “Upcoming Blogger of the Year award”
aku dah agak. kalau ko masuk kategori tu..ko leh menang punya. Haha..
tahniah atas kemenangan tersebut.
bertambah lagi la award dlm resume bro lps ni.
bley buat modal utk apply kerja tu sub government yg anjur. hehe
omg besarnya kucing :O
Kucing tuh macam mana? kau bawak balik ke brother?
takdelah. tinggalkan kat sana.
comelnya Moshi. dulu ada kucing colour macam tu tapi dah mati kena patuk ular. arwah dah. btw, welcome home. tshirt tu taknak buat GA ke?? :p…cop yang paling kanan, the white shirt. haha
tshirt tu size xs. tadi try… alamak! fit habis. nampak six pack. rasanya perempuan sesuai lah sebab badan kecik. akan dipertimbangkan untuk giveaway. hehe
gedebab sungguh itu Moshi. Tu memang cukup makan tidur tu :D
Tahniah for the award !!!!!
Balik Malaysia je ariff langkah kaki kanan ye? hihi Dah rezeki awaklah tu :)
Kucing tu comel sangat. model kapal terbang pun best! buku steve jobs tu teringin nak beli tp entah. kureng la bab biografi ni. hehe. :))
Hohoho dah sampai dah Msia…
woawww . best lah dapat adiah . untung lah~ *tirugayabudakbudakskunk*
kucing itu sangat comel . mesti betina =)
legaaaa smpai rumah kan… mesti trus cari bantal busuk…hehe
cute tul Gemok tu!
eh, tak tahu lak model kapalterbang tu exclusive ek sbb husben dpt 3 ketul dulu kwn bagi, kejap je hero akak jahanamkan…huhu
Selamat pulang bro.
welcome home bro.
Dah boleh ajak lepak dah la camni…. hahaha…
welcome back Ariff Shah ..
mesti banyak perancangan kan bila dah sampai rumah …..
:)
Bro tanya sikit apakah nasib kucing yang bro bela dekat Rusia tuh?
Wah, bestnya berada kat rumah sendiri! dan bertambah best lagi menang award tu. Congratulation, You deserve it Bro!
eh,kucing kat rusia kena tinggal ke? :lol:
takde orang nak sponser tiket
alahhh. tinggal ke kucing Rusia tu? siannye.T_T
Wow banyaknya koleksi baju..minta satu ariff haha. Apapun model kapal terbang tu memang terbaikla. Buku steve j tu pernah pegang je masa jalan dengan kengkawan tetapi tak terfikir nak beli hehe
welcome back! hehe :)
bila bro balik?
saya dah baca buku doctor in the house tu..cuma nak baca buku steve jobs plak tapi tak kesempatan nak beli lagi..apa2 hal pun cantik model airbus tu..buat pameran best tu