Google Update: Caffeine Search Index

Reading Time: 2 minutes

Semalam, Google baru sahaja mengumumkan pertukaran cara Google mengindex laman web. Apa beza cara tradisional Google mengindex laman web dengan cara baru yang lebih dikenali sebagai Caffeine ni? Pertama sekali kita fahamkan dulu macam mana Google index page kita dengan cara lama mereka melalui video ini.

Secara ringkasnya:

  • Bila kita cari sesuatu melalui Google, apa yang kita cari itu adalah index yang Google dah buat, bukan web. Jadi adalah penting supaya page kita tak bermasalah supaya Google boleh mengindex website/blog kita
  • Google index laman web menggunakan indexing software yang dikenali sebagai spiders. Spiders mula mengindex sesebuah laman web, kemudian mengikut link yang terdapat pada laman web tersebut dan mengindex laman web yang baru mereka sampai. Proses ni berlaku berulang-ulang sehingga infiniti
  • Berbillion laman web yang diindex disimpan di dalam server Google
  • Katakan korang nak cari maklumat pasal iPhone 4 kat Google, korang taip iPhone 4 kat Google search dan tekan enter
  • Software Google akan mencari laman web berkaitan iPhone 4 dalam index Google. Search result akan memberikan berjuta-juta page yang berkaitan.
  • Jadi macam mana Google nak tentukan page mana yang terbaik untuk diletakkan di front page SERP? Dengan menanyakan soalan, lebih daripada 200 soalan akan ditanya oleh software tersebut untuk mencari page terbaik. Antara soalan yang ditanya “adakah keyword terdapat dalam tajuk?”, “adakah keyword terdapat dalam URL?”, “Pagerank?” dan macam-macam lagi.
  • Berdasarkan jawapan, laman web akan diberi markah dan Google akan menghantar laman web dengan markah yang paling tinggi di muka hadapan SERP
  • Semua ini berlaku kurang daripada satu saat. Bayangkan betapa hebatnya server di Google.

brought to you by

Caffeine tu apa pulak?

Kontent dalam internet ni semakin berkembang. Dulu orang cari laman web sahaja, tapi sekarang orang cari gambar, video serta live update. Pengguna search engine mahukan informasi yang terbaru, sentiasa updated. Webmasters dan bloggers macam korang ni nak Google index laman web korang secepat mungkin, kalau boleh lepas update tu terus nak page korang tu diindex. Kelemahan cara lama Google index laman web ialah Google groupkan index-ondex berbeza kepada beberapa kumpulan atau layer. Perbezaan antara layer-layer ini ialah kadar index-index dalam layer tersebut diperbaharui (refresh). Ada layer mendapat refresh rate yang tinggi, seminggu sekali dan ada yang dapat rendah - mungkin sebulan sekali. Index perlu direfresh untuk mendapatkan apa-apa update atau kontent baru dalam page tersebut, contohnya komen dan jika page tersebut telah diedit. Dengan caffeine, Google mengindex sesebuah page mungkin separuh atau suku daripada page tersebut, berbanding dulu, Google mengindex keseluruhan page pada sesuatu masa. Dengan cara ini, Google dapat mengindex lebih banyak page secara serentak, dan sentiasa dapat mengupdate index kalau ada perubahan pada page tersebut. Dengan cara ini, search result di SERP dapat memberikan hasil carian yang lebih bermutu dan baru.

***

Pada pendapat aku caffeine ni bagus untuk live blogging, contohnya semasa event WWDC tempoh hari. Pengguna search engine akan mendapat update terbaru tentang event tersebut dengan mudah. Dengan caffeine korang tak perlu update blog dengan entri baru tentang perkara yang sama. Korang hanya perlu mengupdate kontent dalam page yang telah dioptimize untuk search engine dan tunggu je trafik masuk. Sumber rujukan: Official Google Blog


Posted

in

by

Comments

31 responses to “Google Update: Caffeine Search Index”

  1. titan Avatar

    camtu rupanya caffein ni. baru aku faham..

  2. […] Tapi dengar cite, Google dah tukar cara evaluate site…erm..macam kata Ariffshah […]

  3. reezluv Avatar
    reezluv

    nampaknya dah tak relevan le submit site ke high PR directories?huhu..ape plak ye..article marketing?

    1. ariff Avatar

      high pr directories sekarang ni bahaya, kadang-kadang boleh kena panda effect. Panda effect ni google buat untuk kurangkan link farm and low quality content.Antara site yang dah kena panda effect adalah Ezine Articles (PR6-7). Apa yang berlaku ialah authority untuk page dalam site tu jatuh, jadi ranking dalam search engine pun jatuh.

  4. Rahmad Avatar

    wow…info yang sangat berguna…

    thanks for sharing..

  5. UpProfits Avatar

    Banyak nk kena belajar pasal pagerank ni..xper, belajar.belajar dan belajar lagi..

  6. mijie Avatar

    terima kasih bro, pas ni nampaknya kena buat CSI kat blog sendiri untuk mesra google lagi

  7. Adlan Khalidi Avatar

    wah. info yang menarik. terima kasih sudi berkongsi. canggih betul google ni. macam mana pula dengan bing dan yahoo?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aiseh Bing ngan Yahoo tak research sangat sebab market sekarang pun Google yang pegang. So tempat-tempat yang aku cari ilmu pun tak banyak/takde langsung cerita pasal Yahoo & Bing.

      Kalau ada apa2 akan diupdate =)

  8. MC Avatar

    aiseh ingtkan kopi…

  9. fina fento Avatar

    oh camtu..faham dah faham dah..makasih

  10. menteil Avatar

    wow! good info..
    bookmarked! thanks!

  11. DaHLia Avatar

    baru faham macam mana Google Search tu berfungsi..thanks Ariff :)
    banyak info dpt dari blog kamu ni… :)

  12. tubelawak Avatar

    lagi sedap laa nak manipulate dork kat google..
    ahahaha.. trima kasih atas informasi yang berguna

  13. rashid Avatar

    Woho…baru faham…kalau cara lama google dah simpan data tu untuk searcher cari, tapi cara baru ni, walaupun kita post something yang baru, searcher tetap akan dapat update walaupun benda yang kita post tu baru…haha

  14. Mr Fathi Avatar

    bagus2…Google takde sape bleh celen…Bing,Yahoo tetap ke belakang…hehe

    buat camne pun,blog saya sukar nak di’detect’ google…PR saya 1 jer..hehe

  15. HURULAINI Avatar

    owh…..aku biasa mmg sentiasa update entry lama kalau perlu masukkan input terbaru…..x pula tahu benda ni ada kaitan ngan index google….hohoho

    apapun, good input again….cool (and i’m amazed you can explain this technical thing in a simple way….kalau aku la…memang la akan jadi explaination panjang berjela super complicated then x dipaham orang….ahahaha)

  16. Mr.Bintang Avatar

    mesej yg nak disampaikan upenya kat hujung jer.. hehehehe… :P

    erm.. lebih kurang cam update entri yg sedia ada lah kan? pastu google terus meng’caffeine’kan entri sedia ada kita yg telah di update.. camtu erk? hehehe..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Well proses index dia masih sama, cuma volume index tu dikurangkan untuk page tu dan akan sentiasa diindex secepat mungkin kalau ada update. Jadi kalau ko dah ada page yang optimized dan selalu dapat trafik dari Google, just update page tersebut kalau ada info baru. Camtu lagi elokla..

  17. fndrocka Avatar
    fndrocka

    pening gak kepala…ni kalau pakai caffeine mahu tak tidur malam asik main google

    Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustiki

  18. fadzioriq Avatar

    nice one~igtkan caffeine nih pe benda lah~

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Hari tu dengar caffeine pun tak tau apa pulak. Dah baca update ni baru faham.

  19. Taufik Dato Mansor Avatar

    wow…. tq sebab share info ni… :D

  20. lizz Avatar

    penerangan yg sangat tip top! thanks ariff!!!

  21. stormz Avatar

    thanks for d info ariff!!

  22. KNizam Avatar

    aku dah mabuk kopi! haha

  23. aizuddin Avatar

    dunia semakin maju..mantap lah google…

  24. Azah Avatar

    macam ni rupanya cara die ye..
    huhu…faham la sket2…

  25. Lord Zara Avatar

    Oh, macam itu rupanya~
    Aku masa mula2 baca tajuk tadi agak confuse.
    Thanks for sharing Ariff!
    =)

  26. Azfarul Avatar
    Azfarul

    nice tips bro..
    rajin ko selidik hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehe.. Info untuk blogger Malaysia. Update macam ni agak besar pada pendapat aku. Harap dapat disebarkan.