Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika

Mungkin sekarang cukup untuk aku katakan yang penyangak yang kacau Geng Blogger tu telah di ban seumur hidup. Apa-apa pun kita masih pada tahap berjaga-jaga. Ya, nak bangunkan web komuniti daripada 0 tak senang. Mungkin orang tanya kenapa aku emo sangat dengan Geng Blogger.. Mana tak emo, first sekali sebab Geng Blogger punya age lebih kurang je ngan blog aku. Sejak join Geng Blogger, sejak itulah blog aku makin berkembang. Umur blog Ben Ashaari pun lebih kurang sama je umur ngan blog.ariff ni. Haha~

Lepas tu, aku pulak menang pertandingan cipta tagline, jadi kalau Geng Blogger ni sampai mati ada dan tak berubah fungsi dia, maka sampai matilah tagline ciptaan aku tu melekat kat Geng Blogger. Sekarang, kita dah ada cara lain nak tinggalkan kesan sejarah kita untuk tatapan masa hadapan. Geng Blogger tu dicipta untuk blogger anak-anak Malaysia yang tak segan nak guna bahasa Malaysia. Ada anak Malaysia nak sangat kita panggil dia Malaysian, tapi tengok blog dia tak pernah pun nak tulis entri dalam bahasa Malaysia. Kenapa? Malu? Takut orang cakap low standard?

Dan aku dengan yakinnya cakap banyak blogger-blogger ni lebih berjaya daripada masa tak ada Geng Blogger dulu. Dari tak tahu apa-apa pasal berblogging kepada menjadi seorang blogger yang mampu berdebat dalam forum dan mampu menulis entri yang bermanfaat untuk pembaca. Even blogger hebat seperti Just Khai pun ping blog kat Geng Blogger. Cukup nak katakan impak Geng Blogger ni memang kuat.

Jadi ya, aku emo bukan sebab aku ni ada title admin je kat situ. Aku tak faham orang yang buat kacau tu, nak cari duit kasi anak makan tapi abuse habis-habisan sistem Geng Blogger supaya dia boleh dapat advantage. Jadi macam mana hasil kutipan yang dia dapat, dengan makian sumpah seranah 4000+ ahli Geng Blogger yang lain, berkat ke makanan yang anak dia makan? Hang fikir la sendiri. Malu bila orang Melayu yang beragama Islam sanggup buat kerja terkutuk macam ni.

Dari segi positifnya, developement untuk ban orang ni semua dipercepatkan dan dah siap. Reliable. Kita tak suka ban orang, tapi kalau abuser macam tu yang mengganggu user experience kat Geng Blogger, maka banning adalah jawapannya. Harap lepas ni pelesit macam ni tak wujud jagi kat Geng Blogger. Sekarang apa yang aku harapkan, ahli semua dapatlah gunakan link referral masing-masing dan invite lagi kawan-kawan blogger yang lain. Referral terbanyak dapat hadiah pengiklanan percuma selama sebulan kat Geng Blogger [Baca sini] =)

Ikhlas,

Ariff Shah
Admin
GengBlogger.com


95 thoughts on “Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika