Aku rasa penulisan aku kali ni akan membuatkan aku tidak popular di kalangan gadis Melayu, tapi apakan daya, truth must be told. Berkata benar walaupun pahit.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menyeru masyarakat kita supaya mengamalkan cara hidup yang sihat dan lebihkan bersenam. Ini adalah selaras dengan salah satu azam tahun baru 2010 aku, iaitu mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat serta mengekalkan tubuh badan yang segak. Pada aku azam ini tidaklah terlalu susah untuk ditunaikan, cuma memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi sahaja.
Oh ya, sebelum aku membebel lebih jauh mungkin ada yang masih tidak kenal Victoria Secret Angels. Mereka ini adalah supermodel (bukan setakat model, tetapi 'super'). Victoria Secret adalah satu jenama yang tidak asing lagi kepada gadis-gadis yang tinggal di bandar, tetapi di Malaysia tidak ada butik Victoria Secret. Kalau masih ada yang tak tahu, tengok sini. Aku dah Googlekan untuk anda. Aku pilih supermodel kerana aku tahu yang mereka lebih berdisiplin terutamanya dalam bab kesihatan dan keremajaan tubuh badan ni.
Pada pandangan aku, gadis Melayu kita ni kurang sangat mengamalkan cara hidup yang sihat. Segelintir besar daripada mereka kurang bersenam, kurang bersukan dan kurang melakukan aktiviti yang sihat. Ada yang berfikiran berfikiran bahawa kalau dah kurus tu, tak perlu bersenam lagi. Pemikiran macam tu tak sepatutnya ada dan haruslah dikikis serta merta sebab tak semestinya kalau dah kurus tu badan kita ni dah sihat. Kalaulah ye pun anda tu dah kurus sangat, paling kurang pergilah jogging seminggu sekali. Sekurang-kurangnya bila badan dah berpeluh dan heart rate dah naik, pengaliran darah tu nanti akan lebih lancar. Tahukah anda kalau tak bersenam boleh meningkatkan risiko mengalami masalah jantung?
Pemakanan. Ya, aku tau kita ada banyak jenis makanan yang sedap-sedap. Pertama sekali anda perlu tahu yang makan nasi dengan banyak boleh buat anda gemuk. Itu memang kenyataan. Jadi kalau boleh kurangkan makan nasi, banyakkan makan sayur-sayuran. Kalau siang dah makan nasi tambah sampai 2 kali, malam slow down sikit. Nasi ni banyak kalori. Kalori adalah tenaga. Lebihan kalori yang tidak diperlukan oleh badan, akan disimpan dalam bentuk lemak. Lemak akan terkumpul di perut, peha, lengan, betis, leher dan sebagainya.
Bukan nasi sahaja yang banyak kalori, malah kek, aiskrim dan segala macam dessert mengandungi banyak kalori. Cuti musim panas yang lepas, berat badan aku naik sehingga mencecah 68kg kerana pemakanan yang tudak terkawal. Maklumlah, setahun sekali je dapat makan sedap-sedap.
Jadi tu jelah point aku untuk kali ini. Amalkan cara hidup sihat, bersenam dan kawal pemakanan anda. Hidup anda akan lebih berkualiti kalau anda ikut.
Ada apa-apa cadangan untuk artikel seterusnya? Tulis kat bawah. Aku dah xde idea ni.
Bila la entry Hidup Berani Untuk Gagal aku akan diindex dalam Google nih.. Adeh. Seksa menunggu.







51 Responses to “Gadis Melayu Haruslah Berfikiran Seperti Victoria’s Secret Angels” Leave a reply ›
sebenarnya aku pelik sebab kenapa aku jumpa ramai awek yang makan sikit tapi body beso. ataupun dorang hanya makan sikit depan laki dan pelahap kaw kaw dalam bilik kot :D
Cerita terbaru Maliq.. Dapat Apa Join SEO Contest Hidup Seorang Blogger
hahahahahahahahaah cun gila
emm....secret
camne agaknye trend bersenam semasa bulan ramadhan??
mst makin kurang sbb suma dah bersesak2 di bazar ramadhan ptg2..dan bersiap sedia nak berbuka...hehe
hm.. ramadhan.. menarik gak untuk difikirkan.
..nasib baik takde transportation sangat nak pergi bazar. Kalau tak memang tiap-tiap hari singgah bazar ramadhan cari juadah berbuka. hehe..
bagus sebenarnya bersenam ni..1'st tentu lah sihat kan?pastu bleh tingkatkan metabolisma badan...yang paling penting ilangkan tensen,stress dan segala macam masalah...serius...sy dulu pun mmg malas bersenam ni.pas daftar kat gym..buat workout...alhamdulillah lega...rasa macam makin sihat..pastu xdak nak stress ngan tension...nikmat rasa dapat kuarkan peluh badab pun ringan hidup ceria...apalagi jom bersenam...
Betul. Hidup kat sini memang banyak stress. So bila nak lupakan pasal masalah dan stress ni semua, pergi gym la. Memang seronok.
Bersenam banyak-banyak dan selalu kira BMI. Ceria-ceriakan hidup sambil menimbang berat badan setiap hari. :)
Cerita terbaru blogresipi.. Eggless Chocolate Cake Trifle
hehehe nk kate omputih sane mengamalkan cara hidup sehat sgt pn, x jugak... derang minum minum alcohol, isap okok, isap dadah... tp still body lawo... kalau kt cni diasak ngan ayat2 minum alcohol nanti buncit perut (padahal haram), isap okok plak leh mencengkungkan muka....
btw, ai masih cuba mengekalkan bentuk badan seblum kawen n seblum ade anak...
nOj´s last blog ..cek nuffnang yg kudambakan itu...