Enam Bulan blog.ariff – Rahsia Kejayaan?

[27 Februari 2010]

Hari ini umur blog.ariff dah mencecah 6 bulan. Sekejap je kan? Dalam enam bulan ni, prestasi blog.ariff naik mencanak!! Ini bukan entri nak berlagak atau apa, cuma nak kongsi pengalaman dan cerita. Sesungguhnya blog.ariff ni masih terlalu kecil kalau nak dijadikan success story. So aku cerita sikitlah sejarah enam bulan blog.ariff ni.

Sebenarnya aku dah give up blogging tahun lepas sebab masa tu blog aku macam takde tujuan. Hanya personal stuff, benda-benda yang aku minat dan benda-benda lain yang mengarut. Nak kongsi personal stuff sangat pun, macam tak banyak yang boleh dikongsi. Hidup aku terlalu personal. Tahun ni aku revamp balik blog.ariff, starting dengan pembelian domain baru. Aku pilih .com [dot company] sebab kalau aku nak buka company aku sendiri nanti, letak nama Ariff Shah dot com pun cantik gak. Itulah, tiba-tiba aku rasa macam nak register company sendiri. Then cheque Innity semua kasi letak nama company je, lepas tu aku boleh bukak current account, credit card dan segalanya. Boleh start buat credit rating yang cun. Ok.. ok.. aku dah start cakap benda pelik. Yang ni nanti aku gitau lain kali bila dah cukup research aku buat. Apa yang aku nak cakap kat sini, branding adalah perkara asas kalau nak mulakan sesuatu. Nama blog.ariff ni dah setahun lebih guna. Pendek dan senang ingat.

Pemilihan hosting. Masa tu ada sale sebab dah nak dekat raya. Jadi dapatla hosting Shinjiru yang RM190 tu, beli pada harga RM165. Bahagi dua ngan kawan aku. Boleh letak 5 domain, bandwidth 100GB. Nasib baik besar, kalau tak aku dah protect dah site ni daripada hotlinking. Aku tau je ada orang hotlink image dari site aku. Malas nak letak protection, karang buat malu muka orang tu je. Padahal hosting sendiri ada. Melayu.. Setakat 5-6mb sebulan pun dah kedekut. Satu nasihat aku nak bagi untuk pilih hosting ni, pilih yang memang dah terjamin kualiti dan servis dia. Janganla nak saving-saving, amik murah-murah. Padahal duit Nuffnang kau dapat bulan-bulan banyak jer. Kalau dah guna hosting hampeh, asyik down jer lama-lama orang fed up gak.

Bab penulisan pulak.. sebenarnya tak pernah terfikir nak tulis pasal tips-tips berblogging ni sebab tak pernah serius berblogging. Bermula dengan entri 3 Tips Untuk Buat Blog Anda Lebih Baik yang mendapat sambutan, hampir kesemua Tips Berblogging lepas tu dapat sambutan yang memuaskan. Tips yang tulis tu semua kebanyakan datang dari pengalaman dan hasil duduk depan komputer hampir 8 jam tiap-tiap hari. Haha~ Patut pun kan?

Yang pasal siri Kehidupan di Celah Bandar Moscow pulak, asalnya nak buat entri bergambar je. Yelah, masa tu baru dapat kamera DSLR Nikon. Bersemangat nak tangkap gambar sana sini. Lama kelamaan, siri tu evolve daripada gambar sahaja kepada cerita yang berkaitan. Menarik gak macam tu sebab walaupun orang cakap satu gambar tu menceritakan 1000 kisah, adalah lebih baik kita kongsi kisah kita berkaitan gambar tu. Pengalaman, itu yang mahal. Untuk pengetahuan semua, nak buat siri tu kadang-kadang amik masa satu hari jugak untuk sesi penggambaran. Penat sebab nak jalan-jalan dalam Moscow ni tempat dia jauh-jauh. Lepas tu kena naik Metro pula, lagi bertambah penatnya tapi berbaloi la. Aku rasa majoriti ikut blog ni sebab siri tu.

Maka silalah subscribe sesuka hati anda. Tak rugi pun :P

Di sebalik peningkatan yang mencanak, ada jugak konflik. Aku sebenarnya concern sangat pasal bilangan RSS subscriber untuk blog.ariff ni. Naik, turun macam saham! Walaupun akhirnya bilangan tu naik, tapi kerugian di situ sebab ada orang cancel subscription. Ya, saya tamak. Saya nak buat semua orang gembira. Sebabnya, konflik pembaca antara yang nak Tips Berblogging dengan yang nak siri Life in Moscow tu. Tak semua minat kedua-duanya. Jadi solution dia macam ni lah. Aku dah buat option untuk sesiapa yang nak subscribe dengan blogging tips ajer atau entri personal berkaitan Moscow. Still, nak subsribe semua lagi bagus. Kenapa perlu subscribe? Sebab kadang-kadang tips yang aku bagi tu, memang hot dan sesuai untuk diaplikasikan time tu. Lagipun, senang. Tak payah nak bloghopping banyak-banyak untuk tengok update. Tau-tau update yang kita nak dah sampai dalam email. Betul?

Cakap pasal earning sikit-sikit. hehe~ sikit je tau. Memang sikit. Tak percaya? Cuba korang teka? Aku yakin korang mesti fikir banyak punya. Ok, siapa dapat teka ngan betul berapa earning aku sekarang, aku belanja top up RM10? Fair? Sorang teka sekali jer =) Tapi kalau takde orang jawab betul, takkan tau la berapa earning aku. hehe~

Rank dan segala jenis rank.. Aku suka rank, aku gila rank!! Alexa rank sekarang dah cun dah. Kalau blog aku ni tak guna domain nama sendiri, mungkin akan ada orang nak beli domain ni sebab Alexa rank dia hebat. Letak la kacak.com ke, maskulin.com ke.. wahaha~ Nak naikkan Google PR ni leceh sket. Kena banyak lagi edisi terjah supaya aku dapat back link dalam dalam. Macam tu baru la berharga punya backlink.

Impian aku untuk blog.ariff.. Dulu aku bercita-cita nak dapat advertorial job, tapi aku rasa aku ni tak sesuai sangat kot buat job-job macam ni. Aku bukan jenis mamat kecoh kepoh. Aku cool jer.. chewah~ Itu sebab aku tukar amik Innity. Innity ni kalau hebat lagi, dia kasi site takeover ads. Agak menyakitkan hati la kalau orang masuk time ads tu bukak, tapi agak mengkayakan aku. Aku bercita-cita nak masuk dalam senarai top 100 Malaysian blogs =) Aku tak kisah earning Innity banyak sikit, dapat masuk senarai tu dah puas hati.

Rahsia kejayaan? Tak banyak rahsia. Semua pasal blogging, aku dah kongsi dalam Tips Beblogging. Cuma, aku blog sebab aku suka. Aku enjoy. Mungkin sebab orang dapat share enjoyment aku blog ni naik kot. Walaupun begitu, blog.ariff hanyalah blog yang biasa.

Next week aku buat competition! Hadiah CASH RM250. Main cash je, baru macho! hehe~ Thanks to all partners and sponsors. So get ready jelah.

Apa-apa pun, kerja rumah korang, teka cepat earning aku. Nak kasi duit free ni.

40 Comments