Jom Sertai e-Belia

Sistem e-Belia

E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y. Di samping itu, e-Belia akan digunakan sebagai pengakalan maklumat belia oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan kelak.

Maklumat daripada sistem e-Belia akan digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Antara penyelidikan yang telah dijalankan oleh IPPBM (pautan dalam bentuk muat turun dokumen pdf):

  • Hubungan di antara personaliti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan belia Malaysia [Pautan]
  • Faktor-faktor mempengaruhi keterlibatan remaja dalam perlumbaan motorsikal haram [Pautan]
  • Modul ketahanan diri belia [Pautan]
  • dan banyak lagi yang boleh dibaca melalui laman web IPPBM

Saya juga telah mendaftarkan diri dalam sistem e-Belia ni. Tunggu jelah dipanggil kalau ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai. Pendaftaran mudah, kerja 5 minit je.

Apa yang membuatkan saya tertarik ialah melalui kajian yang dijalankan akan dapat memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan. Oleh itu, takdelah berlaku pembaziran dana dan wang rakyat.

Harap sistem ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Anda semua boleh membantu dengan mendaftarkan diri. Untuk maklumat lain:

  • Terus ke borang pendaftaran [Pautan]
  • Portal e-Belia [Pautan]
  • Laman web Virtual Youth Resource Center (VYREC) [Pautan]

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

15 Comments