Jom Sertai e-Belia

Reading Time: < 1 minute

Sistem e-Belia

E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y. Di samping itu, e-Belia akan digunakan sebagai pengakalan maklumat belia oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan kelak.

Maklumat daripada sistem e-Belia akan digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Antara penyelidikan yang telah dijalankan oleh IPPBM (pautan dalam bentuk muat turun dokumen pdf):

  • Hubungan di antara personaliti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan belia Malaysia [Pautan]
  • Faktor-faktor mempengaruhi keterlibatan remaja dalam perlumbaan motorsikal haram [Pautan]
  • Modul ketahanan diri belia [Pautan]
  • dan banyak lagi yang boleh dibaca melalui laman web IPPBM

Saya juga telah mendaftarkan diri dalam sistem e-Belia ni. Tunggu jelah dipanggil kalau ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai. Pendaftaran mudah, kerja 5 minit je.

Apa yang membuatkan saya tertarik ialah melalui kajian yang dijalankan akan dapat memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan. Oleh itu, takdelah berlaku pembaziran dana dan wang rakyat.

Harap sistem ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Anda semua boleh membantu dengan mendaftarkan diri. Untuk maklumat lain:

  • Terus ke borang pendaftaran [Pautan]
  • Portal e-Belia [Pautan]
  • Laman web Virtual Youth Resource Center (VYREC) [Pautan]

 


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Jom Sertai e-Belia”

  1. […] Arrifshah.com : Memenangi voucher tambah nilai sebanyak RM 200 […]

  2. nabilpotter Avatar

    nak try register la..huhu..thanks bro!

  3. Lord Zara Avatar

    Setakat ni geng belia yang aku tau2, aktif dengan outdoor activities. Paintball sebagai contohnya.

    Seronok juga. Dana mereka banyak, dapat join aktiviti macam2.

  4. ejam Avatar

    aku masih belia lagi, maka daftar dan tengok apakah yang akan dilakukan oleh mereka utk belia negara.

  5. Fakarepain Avatar

    nak join ke tak ea???

    nantilah join nbende ni..

  6. cikguden Avatar

    suatu pendekatan yang bijak untuk mendekati golongan belia ni. memang IT adalah saluran terbaik.sesuai dengan jiwa generasi muda.

  7. Noriz Avatar

    still blur maksud belia… hehe
    ingatkan sama dgn umur remaja…
    since layak lagi so nak daftar gak lah…

  8. DaHLia Avatar

    nice info!
    nak pergi jenguk kejap.. :D

  9. Ekspresi Ruang Avatar

    lumba haram tu kalau nk dikaji pon, last2 puncanya akan berbalik kpd didikan di rumah dan didikan agama yg kurang. xpernah lg nmpk budak2 merempit pakai jubah dan serban.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahahaah… sebab serban dah terbang masa merempit. Tu sebab tak pernah nak nampak..

      1. Pacifista Avatar

        semalam aku ada dengar 1 ceramah agama kat tv 9.ada mamat mana ntah buat panggilan dan menyatakan pendapat dia.ada ke patut dia kata sistem pendidikan kita yang gagal 100%.kenapa la dia tak salahkan mak ayah dan didikan dari rumah yang gagal.alahai…

  10. eyriqazz Avatar

    entahla bro..nampak macam dah macam2 website dan inisiatif dibuat..tapi nampaknya macam tiada perkembangan positif pun…or adakah ebelia ni pun salah satu gimik pilihanraya?

    Apapun,jika ianya membawa ke arah yang positif, of course,diri sendiri pun akan turut menyokongnya,…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      gimik ke tak tu, tak pasti but at least nampak la dana tu disalurkan ke mana dan melalui report yang ada kat IPPBM tu, memang diorang buat kerja la.. Boleh nampak hasilnya.

      1. Pacifista Avatar

        ha’ah la.buat macam2 tapi masalah tetap wujud jugak.tak tau mana silapnya lagi…

      2. eyriqazz Avatar

        bagusla kalau camtu bro..kalau camtu,kenalah register..tak cuba,blom tau kan?..untuk kebaikan, let’s put the poltics aside (hak3, gaya orang yang tak pernah mengundi lagi…)