Aku tak tau kat Malaysia gym dia macam mana, tak pernah pergi dan join sebab ada membership fee yang biasanya kena beli untuk tempoh setahun atau enam bulan untuk dapat harga murah. Student macam aku ni manalah ada duit banyak macam tu, lebih-lebih lagi kalau tinggal kat kawasan perumahan orang kaya macam Subang Jaya. ish.. cari sampai ke lubang cacing sekali pun takkan jumpa low end punya gym. Semua nak main fitness center je.. Lagipun kalau cuti aku ada 2 bulan je kat Malaysia, maka eloklah aku bercuti je.
Apa-apa pun ini kisah kat gym sebelah hostel aku nih. Pengalaman ni adalah recollection/gabungan pengalaman orang lain, bukan aku sorang.
Mamat cermin
Gym adalah tempat paling banyak cermin selepas toilet. Kita biasa dengar yang kaum wanita ni suka sangat cermin atau permukaan-permukaan memantulkan cahaya supaya mereka ni boleh gunakan permukaan tersebut untuk betulkan tudung/rambut, touch up make up dan sebagainya. Tapi bila masuk gym, ada segelintir lelaki menjadi sangat berminat dengan cermin. Contohnya, lepas angkat dumbbell 10x mesti pergi kat cermin lepas tu check kalau-kalau otot dia dah membesar lepas exercise tu. Angkat dumbbell lagi seround, pandang cermin dan cuba tengok ada pembesaran pada biceps atau otot yang dia baru sahaja train.
Kalau rasa konfiden sikit, dia cuba buat gaya a la ahli bina badan yang kita selalu tengok kat kat tv tu, siap dengan riak muka ganas. Dalam kepala mungkin dia fikir yang body dia dah cukup cantik, kalau buka baju depan awek ramai-ramai mesti awek tu semua cair punya tapi dalam sedar tak sedar ada orang lain tengah gelakkan badan sekeping dia tu, dengan perangai berlagak tak sedar diri macam dialah yang paling kuat dalam gym tu. Meluat betul tengok orang macam ni, rasa macam nak baling selipar kat kepala dia je..
Mamat borak
Mamat borak ni macam minah joyah kat pasar tu. Beli barang sikit, tapi dok bergosip tu kemain lama.. Diorang ni biasanya memang ada geng tetap, adalah dalam 2-3 orang macam tu. Selalu datang gym berjam-jam, 3-4 jam minimum. Tapi lama tu bukannya buat apa pun, banyak habis masa sebab berborak je. Buat chest exercise, angkat dumbbell sepuluh kali, lepas tu borak setengah jam dengan kawan. Bila dah rasa lama sikit borak, kawan dia pulak buat seround lepas tu sambung borak balik. Gila bapak punya annoying kalau kita nak guna peralatan yang manusia-manusia ni tengah guna. Lagi satu memang menyemak betullah sebab sorang-sorang badan besar gedabak. Buat semak training area je..
Aku rasa orang macam ni pergi gym atas sebab escapism dari rumah. Lari daripada anak/bini mungkin. Itu sebab tak kisah sangat kalau lepak kat gym lama-lama..
Awek yang datang berkumpulan
Rasanya lebih kurang sama jugak dengan mamat borak atas ni, cuma diorang ni tak makan ruang sangat sebab dua kali ganda lebih kecil tapi kadang-kadang dua kali ganda lebih bising. Pernah dengar tak suara pitching tinggi macam suara pikachu? haa.. lebih kurang macam tu lah pitching diorang. Datang gym biasanya bukan apa sangat, nak memenuhkan kedatangan untuk report card je (pelajar universiti tahun 1-3 di sini wajib ada ko-ku). Biasanya diorang ni lah yang memenuhkan mesin seperti treadmill, basikal dan lagi satu mesin lari-lari untuk kardio tu.. Dan bila perempuan ni ramai-ramai, confirm pok pek pok pek non-stop. Bising.
Awek-awek muda yang bising ni memang gangguan. Lepas tu mulalah ada mamat Russia nak mengayat awek-awek ni, menambahkan kebisingan dan kesibukan kat gym yang kecik tu. Cuma satulah kebaikan mereka ni mengikut cakap kawan-kawan aku, diorang ni macam pemanis mata la. Faham-faham jelah pakaian diorang ni macam mana, cukup untuk orang yang memandang untuk memberikan rating. Ini kawan aku cakap laa.. bukan aku tau.
Awek yang datang berseorangan
Ada 2-3 orang tu selalu datang seorang, termasuk beberapa orang Malaysia. Tak faham kenapa, mungkin budak perempuan kat sini memang tak sporty langsung sampai nak ajak teman pergi gym pun takde. Tapi kalau ajak makan mesti ramai-ramai nak ikut punya.. Aku tengok dari jauh macam kesian pun ada sebab yelah, bila awek ni sorang-sorang mesti rasa malu dia bertambah berkali ganda. Lepas tu orang pulak dok pandang-pandang, lagi tak senang la orang tu nak mengeluarkan peluh. Segala benda yang dia buat mesti dalam hati rasa macam ada benda yang tak kena je..
Ikut pengalaman aku, nak pergi gym ni atau kat gym tu eloklah ada geng. Lagi senang macam tu, melainkan kalau hari tu korang nak buat kardio atau lari-lari atas treadmill je..
Yaakob, Brader Rock & Dance Trainer
Kat gym ada dua orang trainer tetap, sorang nama dia Yakubenko atau dibahasa Melayukan oleh sebagai Yaakob supaya senang nak mengata di depan atau belakang dia tanpa kekantoian. Yaakob ni satu perangai dia, dia suka marah orang. Kalau Yaakob jaga gym memang rasa macam duduk dalam penjara di mana Yaakob itu adalah ketua warden penjara tersebut. Kalau masa angkat besi tu terlanggar/terhempas sikit sehingga menghasilkan bunyi yang bising, confirm dia datang tengok dan kalau nasib tak baik kena marah. Memang semua orang lemah sikit nak pergi gym time Yaakob jaga..
Brader Rock adalah cool, lebih muda daripada Yaakob, tinggi lampai dan kuat giler. Ada orang pernah tengok video dia buat clean & jerk sebelah tangan je dengan beban lebih kurang 50kg sebelah (walaupun aku sangsi dengan kesahihan cerita tersebut, namun masih boleh dipercayai). Rambut dia memang style rocker/biker habis, panjang kerinting siap ada janggut. hahaha.. Kalau dia jaga gym, pasang radio station lagu rock dan fresh je, bukan macam Yaakob yang lebih suka pasang station radio lagu lama orang Russia. Personaliti kedua-dua trainer ni memang bertentangan.
Dance trainer ni baru lagi, tahun lepas aku pegi takde pun. Muda, tak pernah kenal pun tapi selalu ada je kat gym tu. Dia buat kelas menari untuk budak-budak Russian dan mungkin kelas aerobik? Aku pun tak tau sebab aku tak pernah intai apa yang berlaku di sebalik tirai tempat kelas-kelas tu dijalankan. Satu benda pasal dia ialah pakaian dia kat gym tu sama je; tights panjang warna ungu, tank top warna oren dan baju yang jenis longgar giler nampak bahu sebelah tu.. Tak pernah tukar ok! Aku rasa dia ada banyak pasang baju yang sama..
Penimbang Berat
Penimbang berat adalah satu lagi section kegemaran kepada sesetengah orang yang pergi gym ni. Standard berapa kali pergi timbang berat badan adalah sekali untuk setiap sesi di gym. Paling banyak pun dua kali la kasi chance.. Lebih daripada tu, memang dah no point. Datang gym timbang berat, lari atas threadmill 30 minit timbang berat lagi, lepas buat 2-3 round sit-up timbang lagi.. adei.. Kelakar pun ada kadang-kadang. Biasanya kalau yang pergi timbang berat badan banyak kali tu memang takde idea nak buat apa dah kat gym tu.
***
Apa-apa pun gym adalah tempat untuk merehatkan otak. Kalau balik kelas mood tak baik, pergi gym angkat besi sampai badan penat boleh menenangkan diri. Tak perlu pun pergi gym, asalkan bersukan dan mengamalkan cara hidup sihat, maka sihatlah mental dan fizikal. Duduk depan komputer 24/7 sangatlah tak cool. Serius.
Premium Sponsor
Comments
37 responses to “Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 17) – Cerita Di Gym”
Dulu sye minat pergi gym…tpi skunk dah xder mser pergi GYM..hehehe
biasalah tu. benda2 ni bermusim.
pernah melawat gym je..tgk2 apa ada kat dlm..tapi tak angkat apa2…angkat kening jerr
nak g gym tapi paparazzi ramai sangat T_T paparazzi satu melesia T_T apa nis buat semua salah T_T
erk. paparazzi camne lak? pergi buat tak tau orang sekeliling je..
setuju dengan statement yang lasssttt sekali tu.. memang mampu menenangkan pikiran lepas puas berlari kat threadmill ngan pulun buat workout..
la nie dh tak continue gym, buat kat rumah je la.. still puas gak.. walaupun buat sorg2 jek. (ye la, mmg gym kat malaysia mahal2)
kat U aku ni gym teruk giler.. kat matrik dulu gym lagi cantik, barang2 sedap nak main.. masuk main camp, kokak2 sume.. ish !
yaakob ?.. klasik sungguh nama melayu dia tu… hehe
mamat borak tu sama dengan mamat sengal kalau pergi mengayuh basikal. dia la yang bagi kepochi gila2 babeng macam best sangat padahal gear basikal adalah lagi koman dari aku yang boleh dikatakan newbie.
pfft~
oh, sama perasaan bila masuk tournament berbasikal, aku satu2nya perempuan yang mengayuh atas jalan atau satu2nya perempuan dalam geng. dlm satu kumpulan besar konvoi, adalah 3 orang perempuan. sangat sadis. =__= (susah nak cari geng yang sedia membakar kulit sendiri untuk mengayuh demi kesihatan & kepuasan)
T__T
apa pun, kau kan rajin pergi gym.
mana gambar ariff?
XD
haha.. yeah. ada je orang yang macam tu. bising je lebih.
gambar aku/? ish. tak nak ah. segan.
mana gambar bro yang ketat2 tengah ber gym bro?hik3…
hehehe.. segan la nak letak gambar sendiri..
bagi saya gym tempat kita hilangkan stress bila penat bekerja. Di samping tu boleh tambahkan ramai kenalan. :)
Gym dekat dengan rumah tapi tak pergi pun..Nak jaga fitness biasanya bersukan je…main paintball atau badminton..
pergi gym sebab ada tournament basketball tak lama lagi, jadi kekuatan fizikal tu perlu ada selain fitness.
gym yg free kat u aku ni pun bape kali je pergi..
biasa kalau bayarla buat kita jadi lagi rajin sebab sayang dah bayar tapi tak pergi.. hehe..
Hahaha… entry ni kena tul2 time aku nak gi gym (semula). In fact, aku baru pas usha gym kat area alor setar ni…. dan apa yang ko ckp mengenai orang-orang di atas mmg aku akui wujud.
Lame da tak gi gym,ala patotla tak nampak daa ibu jari kaki gue !!hehe apapun bila baca entry ne !semangat ut da mai da sikit-sikit
emm..bersenam itu baik untuk kesihatan. bukan untuk tunjuk kat cermin. hehe.
cool! :D
serius lawak orang orang rusia tu. orang kita pon sama apa macam depa?
hahaha!! org laki klu ngumpat mmg > dasat… :-)
pernah pergi gym sekali…tapi kecik je…takde kaki borak camtu aku tgk..
nice story from russia.i totally agree with ur point of view..the same story also happened in Malaysia.
kat bangi pun ada gym yang murah2 je.. ari tu member aku pegi jugak beberapa kali.. mcm nak join tapi anak2 dirumah lebih memerlukan.. haha
aku tak pernah lagi ke gym.. Tapi kalu pergi kemungkinan besar cuma cuci mata je. Hehe…
wahhh besarnya gym tu
Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur
Kalau saya g gym, seronok tengok gelagat orang jela.
haha,.,,
awek yang berseorangan tu yang paling aku minat rasanya…hahah
Artikel Panas ‘Melayu Pendatang?’: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
ahaha.
member2 aku rajin skg diorang g gym.
pastu g sauna.
tak pernah lagi merasa pegi gym.. kat ngan umah aku ni ade.. yuran tahunan rm60 setahun..
erk…awek datang sorang cam kesian,tapi kalo datang ramai bising lak kan..hermmm…
Salamm kenall…
ahaaa… same lak entry kali ni he he.
Saya..?? redah je gi sorang2 huhu. Nak ajak member Masing2 dah ada family.. habis waktu kerja semua nak cabut balik umah cecepat.. so hadap je la sorang2 buat2 hati kering mcm orang tak sedar pun kita kat situ hu hu hu
Haha. Part Mamat Cermin, Penimbang Berat bes bes. huhu^^
hish… tak pernah lagi pergi gym..
rasa2nya kalo pg gym sensorg tak pandang dah kiri kanan hehe…
bru gigih skit nk bersenam..haha