Sebenarnya dah dua bulan lebih saya explore tentang pembuatan template blogspot ni. Kesimpulan daripada hasil eksplorasi saya, tak payah buat baru. Edit yang sedia ada je. Lagi senang dan jimat masa.
Pada asalnya, saya nak buat template yang ada ciri SEO paling lengkap. Lengkap di sini bermaksud dengan meta description. Blogspot takde ciri meta description. Tapi apa guna meta description?

Untuk pengguna WordPress, meta description ni samada diisikan automatik atau manual. Macam saya punya, automatik. Kalau manual, ada petak yang boleh diisikan. Jadi bila ada meta description, keluarlah teks molek macam atas ni kalau keyword tu kena.
Untuk pengguna Blogger, meta description takde. Jadi yang keluar biasanya 4-5 perkataan sebelum/selepas keyword yang dicari.

Dalam contoh atas, teks diambil dari tajuk entri blog saya. eh, boleh ke macam tu? Boleh. Dah banyak berlaku sebelum ni dan masih lagi berkesan sampai sekarang.
Jadi bila ada meta description, bolehlah kawal teks yang keluar kat Google. Ada advantage kalau pandai letak teks yang menarik untuk orang klik. Itu je.. Tunggu entri SEO saya yang seterusnya di blog ini.
Berbalik pada cerita template, memang Blogger tak kasi buat macam tu walaupun saya dah cuba cara yang luar biasa. Takpelah.
Template ni dah 90% siap. Boleh tengok kat sini. Tujuan saya buat ni senang je, nak bantu mereka yang takde pengetahuan langsung tentang html, xml, css dan sebagainya. At least template lengkap dengan perkara asas dapat bantu mereka start tulis blog terus. Antara kelebihannya:
- Hensem macam template blog saya
- Minimalis, bersih dan kemas
- Font lawa
- Social buttons semua dah ada (Facebook, Twitter & Google +1)
- Dah improve sikit dari segi SEO (mana yang boleh la..)
- Tempat letak Nuffnang ads pun ada
Pendek cerita, kalau nak guna template ni, tukar background dengan banner je. Yang tu pandai-pandai sendiri lah. Banyak je individu berbakat yang caj murah untuk buat banner. Macam saya dapat daripada bro ni.
Jadi sekarang nak tau, ada ke orang yang sudi guna? Template cap ayam je pun. Entah-entah nanti takde orang nak guna..
- Bagitau saya, sudi tak korang nak guna?
- Kalau saya caj sikit (atas sebab masa & usaha yang telah dilaburkan) sanggup tak korang beli?
- Kalau sanggup, bagitau harga yang sesuai – RM10, RM15 atau RM20?
Macam mana nak bagitau? Kat ruang komen boleh. Buat entri pendek pun boleh supaya pembaca blog korang pun tau pasal ni. Kalau buat entri, poskan link kat bawah ni. Minta bantuan semua dapatkan feedback daripada pengguna Blogspot lain.
Kemungkinan besar, template ni free je. Tanya pasal harga tu saje nak tau kalau sesiapa yang berkemampuan dan bermurah hati. Jadi siapa yang kasi respon cakap nak kat bawah ni saya akan emailkan terus bila dah siap nanti.

Comments
39 responses to “Blogspot Template Daripada Ariff Shah”
Salam, saya blogger baru, boleh tolong saya bagi template macam ni tak? maaf la saya tak pandai dan sedia untuk belajar..terima kasih :)
terbaik ni, bagus untuk pengguna blogspot
cantik,simple dan kemas template blogspot tu
masih tak expert bab2 seo ni..adeshh..
Thanks untuk sharing :)
Saya benar2 bingung tentang teknik SEO ini… Ada yg bilang pemakain meta kewyord jgn terlalu banyak… Tapi setiap saya cek website orang lain selalu menggunakan meta keyword yg sangat bnyak.. Menurut anda bagaimana??
Meta keyword dah dilupakan oleh Google sejak 2010. Abaikan, walaupun ramai yang masih berdegil.
nak free je boleh kan? hehehe
Menarik bro
trima kasih atas infonya bro.. terbaik.. amat membantu sy yng masih baru…=)
smart dan kemas….warna nanti bole ubah2 kan?
benda2 lain boleh je ubah sesuka hati kalau reti. no problem
cam susah sikit kalau guna wordpress..
tapi hasilnyalagi cantik :-)
saudara ariff,
dah siap entry untuk template percuma… http://saljuhumairah.blogspot.com/2011/12/template-blogspot-mesra-seo-percuma.html
saya nak sangat…sbb template blog saya memang hampeh..
bab bayaran saya rasa nak donate RM20.00 untuk saudara ariff.
nanti saya buat satu entry untuk promosi template percuma ni…
Nampak menarik…eden pun dah lama teringin nak tukar template tapi bak2 ni memang noob..kalau untuk improvement dan lebih bagus,apa salahnya kan? Umm,I’m willing to pay RM100 for it…Good investment,apa salahnya kuar duit skit kan?
smart template tu bro, blogger kena try ni :)
barang baik. aku guna aje tanpa was-was. haha..
Hendak mencari template yang bersesuaian memang agak sukar. Kalau ada yang bagus pula perlu berbayar. Terima kasih berkongsi template dan bersusah payah buat untuknya. Nait baik sudah tentu ada habuannya nanti.
Aku ON jer.. Kalau ken bayar pun aku tak kisah coz mana ada free dlm dunia nih kecuali kerja amal. hik3..
Anyways, kalau dah siap kau email ler kat aku.. insyaAllah.. setiap usaha itu ada ganjarannya.. Mana tau bila aku org pertama pakai
mungkin yang lain2 ikut kot.. hik3…
aku baca tajuk tadi ingatkan ko setup theme tu dari A – Z.. rupannya edit dari blogspot default template.. good idea bro.. kalau yg malas nak ikut tuts tambah itu ini pakai je template ni.. maybe ada beberapa version kot.. right left sidebar.. 3 bottom column..
template ok, ni mcm peluang yg bagus je utk aku yg tak pandai sgt html
sudi je nak guna
Walaupun saya tak pandai tentang blog selain dari menulis didalamnya. Saya puji usaha Ariff tu. Bila berniat nak mudahkan orang, itu usaha murni(jangan kembang lak atau patah tengkuk… :-) Ada ‘penilai’ untuk semua itu. RM datang kemudian. Mmmm kepala saya teringat ‘frozen blog’ saya bila nak unfreeze…Pergh…
edit balik. buat contoh page….
Tak perlu sangat kot. Blogspot jer.. bukan macam WP
cantik gak .. kemas .. dan sesuai kepada yg baru nak berjinak² dengan blog =)
aku rasalah kan.. themeforest adalah medium terbaik utk selling theme-theme..
trylah :)
untuk blogspot pun boleh ke?
ye, boleh.. tapi dia akan melalui proses review ole stuff diorang.. so kenalah buat yang complete…
yg ni cth blogger template yg telah layak..
http://goo.gl/6bHC6
klu yg top designer tu income dia sampai berjuta.. masyukkk
hoho.. tu pro habis dah. tapi kalau jual barang Blogger, takde orang beli sangat. Yang power, semuanya barang WP
Saya berminat untuk berjinak2 dalam dunia blogging tapi tak reti cam no nak wat blog nye. Kalau dah ada template camni, ok la kot bagi saya yg langsung tak tahu apa2 pasal html ka xml ka dan sewaktu dgn nya. Saya berminat nak guna! :)
Pasal caj tu, kalau RM20 saya rasa ok :)
Ok juga tu Ariff…bagi penguna blogspot kalau ada yang berminat.Ok lah jugak walaupun cap ayam,kalau saya yg buat hampeh terus jadinya :)
* untuk wordpress takder ker?
salam..
wahh..advance tu Bro
tahniah..nak ke sana tengok juga
wah ..blogger potut rebut peluang ni
Bagi free je la ariff. heheh
simple dan menarik dan kayak nya cocok untuk SEO……
simple dan cantik.. saya suka yang macam ni.. cuma buat masa ni macam malas je nak tukar template.. byk keja nak kena buat pas tu.. hehe..
buat template blog pon boleh jadi satu branding untuk pencipta template tersebut
dah tengok dah.. smart & menarik.. nak boleh? haha.. cane ek nak buat warna background jadi gradient tu?
Setakat ni pun, aku masih guna template yang free dari mana2 yang provide. Pernah sekali dua guna yang premium, tapi kadangkala yang premium pun tak cantik mana. =.=”
Apa pun, good job Ariff.
Minimalis paling best :)