Benarkah Blogger Otai Sombong?

Beberapa hari lepas aku ada jalan-jalan kat Gengblogger saja tengok-tengok apa perkembangan terbaru kat situ. Tapi macam biasa masih belum ada yang menarik atau pun perubahan besar kat situ, ‘kau masih seperti dulu’. Sejujurnya aku hanya guna gengblogger untuk ping entri aku walaupun aku tau yang ping di gengblogger sangat tidak menguntungkan. Terlalu banyak entri yang di ping pada satu-satu masa sehingga entri yang kita ping akan terkubur dengan begitu cepat sekali.

Aku yakin, ramai lagi yang hanya menggunakan Gengblogger untuk ping entri. Sedar atau tak, pengguna wordpress tak pernah terima pingback daripada gengblogger. Pingback merupakan salah satu daripada 3 jenis linkback.  Pingback membolehkan seorang penulis web track artikel-artikel yang telah ditulis. Melalui pingback, penulis blog tau siapa yang telah buat link ke artikel-artikel yang telah ditulis.

Tapi aku tak tau lah kalau-kalau ada blogger WordPress self hosted yang pernah terima pingback daripada Gengblogger. Let me know if you receive the pingbacks.

Berbalik kepada tujuan asal artikel ini. Aku ingin berkongsi pandangan dengan korang tentang definisi blogger otai. Sebelum tu ada ke blogger otai? Terus terang aku cakap dalam dunia blogging definisi blogger otai tak pernah wujud. Yang hanya wujud ialah tanggapan kita terhadap seseorang blogger.

digi award2 Banner

Kita sebagai manusia selalu cepat untuk melabelkan seseorang dengan sesuatu gelaran yang belum tentu disukai. Kenapa aku nak kupas pasal isu blogger otai? Sebab aku dah banyak kali lihat tajuk ‘kenapa blogger otai sombong’ di forum Gengblogger. Isu ini selalu di post oleh mereka yang baru berjinak dalam dunia blogging.

Setiap blogger ada kemahiran masing-masing. Tak semestinya yang baru buat blog dalam masa 1 hari tidak tahu apa-apa. Mungkin mereka yang baru berblogging dalam 2 -3 hari lebih mahir daripada mereka yang berblogging 2 -3 bulan. So kat mana perkataan otai itu wujud? Otai dari segi kemahiran atau dari beberapa lama dia telah berblogging?

Blogger ‘otai’ sombong?

Blogger yang dah lama bertapak tidak sombong sebenarnya. Mungkin korang rasa korang baru korang tak layak untuk berkawan dengan blogger-blogger yang dah lama berblogging. Itu perasaan korang saja. Internet bukan milik siapa-siapa. Siapa yang pandai bawa diri dalam dunia blogging dia akan disenangi. Bukan susah untuk berkenalan dengan blogger-blogger yang dah lama berblogging asalkan kena gayanya.

Penulisan blogger ‘otai’ sombong?

Korang kena paham, setiap blogger ada cara dan gaya penulisan sendiri. Korang jangan tuduh sebarangan kalau korang baru baca satu entri tapi tapi korang dah label gaya penulisan dia sombong. Cuba korang selak-selak entri lama-lama dia. Sebab tu aku nasihatkan korang sebagai blogger perlu ada archives page so senang bagi mereka yang baru datang ke blog untuk baca entri-entri lama.

Blogger ‘otai’ tak balas komen?

Ini masalah juga. Ada blogger-blogger baru yang terasa bila tuan blog tak pernah balas komen sedangkan setiap entri orang datang komen. Untuk tuan blog, aku nasihatkan korang hormat lah tetamu blog korang. Cuba cari masa untuk balas komen yang diterima. Kalau tak ada masa cuba buat satu entri penghargaan untuk pembaca blog. Senangkan? Untuk pembaca pula, jangan lah terlalu mengharap. Mungkin tuan blog sibuk dengan urusan-urusan sendiri. Respect each other.

Blogger ‘otai’ tak lawat blog?

Ini kes sama macam tak balas komen. Aku tau ramai sekarang ni yang inginkan trafik secara blogwalking. Nasihat aku satu saja, komen lah dengan ikhlas dekat blog orang lain. Jangan komen kalau niat kat hati nak suruh tuan blog datang jenguk blog korang balik. Jangan terasa hati kalau blogger ‘otai’ tak jenguk blog korang. Mungkin blog korang bukan cita rasa dia. Kita tak boleh paksa semua orang datang blog kita. Apa guna kuantiti kalau kualiti pembaca blog tak ada.

Last but not least..

Kunci utama sekarang ni ialah bina hubungan yang baik antara satu sama lain. Tak kisah lah blogger lama ke blogger baru kita semua sama saja. Contoh yang terdekat korang boleh tengok hubungan aku dan pemilik blog ini, Ariff. Aku jarang komen di blognya tapi kami selalu berkomunikasi di Twitter dan Facebook dan kami juga pernah bermandi manda sekali.

Sebelum aku tamatkan artikel ni aku nak ucapkan terima kasih kepada Ariff kerana sudi membenarkan aku mencemar duli di blognya. Thank you so much Ariff! Harap korang semua enjoy dengan penulisan aku.

***

Fazreen atau Een adalah seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan blogger yang berasal dari Kedah. Dia menulis di blognya Fazreen.me. Ikuti update daripada Een melalui Twitter @eenrockstar.

2010/2011 Premium Sponsor


173 thoughts on “Benarkah Blogger Otai Sombong?

  1. kalau blog otai tak balas komen..mungkin la sibuk dengan peminat2 dia..tapi kalau blog yang tak otai2 tak balas komen pulak ape cer…nak kata blog tu ramai yang datang tak jugak…bikin panas jugak tue..

    • bukan sibuk dengan peminat. ada yang memang sibuk dalam kehidupan harian. Sempat update blog jer, tapi nak balas komen satu-satu dah memang tak larat dah..

  2. Masing-masing ada cara masing-masing. Tak kira baru atau lama, yang penting semua tetap nama blogger. Janganlah terlalu merendah diri sangat pada orang-orang yang lama berkecipung dalam dunia blogging. Percayalah mereka juga masih belajar tentang dunia blogging yang masih luas lagi.

  3. Uik..x smua berpikiran cm2…^ ^

    koz pun msih bru dlm dunia blogger ini…

    ramai dah koz kenal otai2 dalam dunia blog ini…

    semuanya okey sahaja^ ^…

  4. huhu dulu ada terfikir nak buat entry pasal nie. tapi fikir balik 2 3 4 5x . So tak jadi lah .tak kesah pun :)

  5. ramai sgt yang minat n ariff kowt..tu yang ramai bebeno y terasa hati..hik2 sian depe..tp memang ariff camtu kowt..suka jd silent reader..sbb die pernah datang singgah..tp x de komen apa2..cuma tinggal jejak jerk…

    pada ariff, sabar je la..buat jer la apa y termampu, kita bukan tuhan, bisa puaskan hati sume orang kan…

  6. tak semua blogger yang dah lama macam tu. tapi ada juga sesetengah blogger yang macam tu.

    tapi malaslah nak sebut blog mana.kita dah siap baca entry dengan penuh minat and tinggalkan komen tapi langsung tak dibalas. nak kata sibuk, tgk nama dia ada plak komen kat blog lain pada hari yang sama.

    tapi ariff rasanya tak macam tu kot.u really inspires me :)

    • sependapat dgn ishak…
      tidak semua blogger lama mcm tue tp ada juga sorg dua yang terasa benar otainya dia…

      tp biarlah…sakit kepala jer nak pikir pasal hal2 tue.

      apa2 pun blog ariff bnyk info dan membantu belalang…

      thanks…

  7. jujurnya, aku rindu zaman berblogging masa ramai yg taktahu apa itu nuffnang. dan personally, aku rasa annoyed dgn mereka2 yg gigih nak collect traffic and ‘otai’ self-proclaimed ni. as for me, otai is orang lama. kalau definisi otai ialah mereka yg baru setahun menulis dan memperoleh byk traffik, sorry lah, itu bukan otai bagi aku. more like ‘gila glamour’ or ‘berkepentingan sendiri’.

    this kind of people really turn me off and baca sekali blog dia cukuplah kot.

    p/s: most of the otai self proclaimed, aku tak kenai pun sape. haha

  8. Pingback: Tak Semua Blogger Sama – Butt Hurt!

  9. kite boleh tahu pengomen tu datang komen kerna suke dengan entry kite or niat die komen sebab nak mintak kite and others blogger to lawat blog die..huhuhu. macam aku, honestly (tak ade niat nak kata aku baikkkkk tau.hahaha!) if orang komen kat entry,sedaya mungkin nak balas. cuz tu je care aku nk appreciate diorang yg dtg baca n komen blog aku.

    and aku akan visit blog diorang balik. now dah jarang nk blogwalking sangat. dr aku blogwalking n komen blog yg xpernah singgah blog aku..baik aku layan orang2 yg dah komen kat my blog first. org tlg kite, kite tlg die balik.hehehehe.

  10. setiap org ad pandangan masing2..tu yg kadang2 jd salah tafsir tu..tapi bagi aku..semua blogger sama je..cuma aku lebih respek yang dah lama buat blog..sebab diorang lebih berpengalaman dari aku :)

  11. ops..lupa nak komen bab Otai

    sebenarnya panggilan Otai tu adalah dari seseorang kepada seseorang yang lain. Kalau si A nak panggil si B Otai…. apa masalahnya pada kita? Itu kan urusan mereka berdua.

    Mereka bergurau senda dengan saling memberi sweet compliment sesama sendiri, saling menghargai sesama sendiri……..tak ada bubung kait dengan kita pun yang menyebabkan kita tak suka dia dipanggil Otai.

    Masalahnya datang dari HATI kita sendiri yang tak senang melihat dua manusia tersebut sedang gembira dan mesra dalam persahabatan.

    Kak Jie sendiri menghargai beberapa blogger yang mahir dibidang masing² dengan memanggil mereka Otai… itu adalah dari penghargaan dari Kak Jie kepada dia…tak ada salah pun antara kami. Orang lain tak setuju dia dipanggil Otai, itu bukan masalah kami.

    • Setuju dengan pandangan kak jie. Pada saya panggilan otai ni daripada seseorang dan ditujukan kepada seseorang atas dasar hormat dan kagum terhadap kebolehan dan pengalaman kawannya itu. Tapi biasalah, akan ada pihak ketiga yang mendengki punya..

      Tapi kalau diri sendiri cakap ‘saya otai’ dalam bab itu ini, dah jadi lain..

  12. macam dah komen, tapi belek2 tak jumpa pula…

    Kak Jie nak cakap apa ye… pendapat Kak Jie -

    tak ada orang sombong… kita anggap dia sombong bila dia tidak memenuhi keperluan atau kehendak kita…….dalam kes ini – kita yang pentingkan diri sendiri.

    Kak Jie pernah buat entri ” Stop Calling Me Otai” sebab panggilan Otai itu ditafsir secara negatif… ramai orang berprasangka buruk kepada Otai.

    It does not mean I feel I am the center of the world and I do not need someone else to telling me of my value.

    I believe that respect has to be earned through your actions, so if you’re a good person doing the right things for society and your friends and family, then people will respect you.

    • betul tu kak jie. Diri kita ni sendiri yang sebenarnya salah tafsir tentang otai..otai itu sebenarnya tanggapan kita terhadap orang lain. mcm kak jie ckp orang yg expert dlm something kita mmg pnggl otai. itu tanggapan kita. masalah sekarang, tanggapan otai itu dah disalah ertikan. if kita anggap dia otai then we shoud respect him/her and to try to befriend with him/her in a good manner then only we get noticed right. This is what I’m trying to say. We have our own works. So don’t expect someone to give attention to you.

      by the way kak jie thanks sebab memberi pendapat. sangat menghargai. =)

  13. indeed..
    klau kite berblog sbb nk glamer..nk kejar follower..nak suruh org dtg jenguk belog kita..sampai bile pon kita xkan puas..
    bg saya..pertama skali..biarlah ikhlas…org nak dtg blog kita or xnak..xpe la…yang penting..kite happy ngn penulisan kita…:)

  14. blogger otai memang wujud…otai tue sendiri bermaksud “old timer” yang dipendekkan menjadi otai..old timer nie mcm org lama la….dlm semua bidang ada otai..dlm industri filem,dlm opis,kat umah,mak ayah la otai..kan kan..haha..
    so blogger otai nie bermaksud blogger yg dah lama berkecimpung dlm arena blogging..dah lebih sikit pengalaman..

    tp rasanya byk org ingat otai nie maksudnya blogger yg hebat la kot..huhu…sapa2 yg dah lama blogging tue sume otai la.tak semestinya hebat pun..

    bab sombong2 nie xtaula…sume org ada keje dan hal ,masalah masing2…blog nie cume satu medium utk bersosial dan meluahkan pndapat…so tak perlu la ada perasaan tak puas hati..masing2 ada tanggungjawab…lainla kalau dia tue budak skola atau mmg terlalu byk masa terluang…

  15. Salam.
    Tak perlu untuk mengadili seseorang blogger apatah lagi menghukumnya.
    Yang penting niat untuk berblogging itu untuk apa.

  16. lain orang lain cara? betul … :D hahaha nak tergelak aku … kalaulah ko baca kat blog aku tu .. hahaha.. bertajuk bloggers berlagak nak mampos! dia siap hina aku lagi yang kononnya aku baru nak ‘up’. what the hell? aku blogging dah lama takde plak berlagak gile babi macam dia. hahaha! Cam tootttttt!!!

  17. tidak ada yang perfect dalam dunia blogger ni. siapa usaha lebih dia dapat lebih, siapa yang pandai pun boleh dapat lebih walaupun usaha sikit. redha dengan apa yang ada dan jangan dengki sesama blogger. Usaha dan Tawakkal..yezzaa

  18. aku tak pernah rasa org tu otai kalo dia megah2 dgn blognya. kalo otai, dah lama bertapak, gaya penulisan best tp merendah diri baru nama otai.

    ini baru msuk top 50 top blogger (yg di buat oleh individu berlainan) dah rasa otai. hehe

    msg2 ada gaya penulisan sndri, so nk nilai sape otai sape tak terpulang pada individu :D

  19. pada hemat aku: otai itu adalah gelaran daripada orang kepada orang. sama seperti ustad, ustazah, cikgu, cekgi, pakcik, makcik, atok, tuan, puan.
    jika anda panggil dia otai maksud anda hormat dia. dalam beberapa segi yang anda je yang tahu. dan kemudian anda kutuk dia pula. apa guna anda panggil dia otai?

    kalau anda tak setuju perkataan otai atau tidak layak dia dengan gelaran otai itu jangan panggil dia dengan gelaran itu. mudahkan?

    maaf la sebab dengan selamber je aku kata aku la yang paling otai dalam thread dalam gengblogger tu sebab aku dah bosan dengan isu ni.

    tolong la.

    tentang komen betul, jangan paksa orang datang komen sebab anda dah komen. itu salah. itu yang takkan majukan diri korang dan blog korang. tak de kualiti. trafik, duit dan keyword semata-mata. baik jual dadah gitu.

    dan jangan anggap komen=orang melawat. tak semestinya orang yang melawat hari2 itu mahu memberikan komen. aku sendiri kurang letak komen sebab aku guna phone. nak tulis komen tu payah. kalau takat

    “good post”, “i pollow u, u pollow me back”, “dah lawat, lawatlah blog saya pulak”

    buat apa~ takde kualiti dari segi komen. aku sendiri tak banyak entri yang ada 20+ komen. relax je. sebab aku tau kadang2 entri aku terlalu teknikal. orang luar bidang tak paham.

    kenapa ada blogger kurang lawat blog orang? macam aku guna google reader. aku ada 1500++ feed satu hari. dan makin bertambah sebab aku suka taruk feed baru dari blog yang menarik hati aku. so mana yang aku rasa menarik aku baca, tak menarik aku tolak tepi dulu. takkan korang nak suruh aku belek satu2 entri kot. so make a good article. dan benda lain akan datang kemudian.

    ha kan dah panjang! kalau guna phone ni mau patah jari aku :D