Bila Kejayaan College Dropout Seperti Jobs, Zuckerberg, Gates Digunakan Sebagai Alasan Untuk Malas Belajar

Reading Time: 2 minutes

Dunia internet semakin menjadi sebati dengan hidup anak muda apatah lagi bila kejayaan anak muda seperti Mark Zuckerberg dihebahkan dalam akhbar dan media cetak. Cerita yang biasa didengar, Mark Zuckerberg adalah college dropout, tidak memerlukan pendidikan tinggi untuk berjaya.

Persepsi orang bila dengar perkataan college dropout adalah malas belajar, tak mementingkan pelajaran di universiti dan pengetahuan setakat sekolah menengah sahaja. Disebabkan individu seperti Mark Zuckerberg, Bill Gates & Steve Jobs (semuanya so called college dropuout) ada anak muda kita mula menjadi kreatif menggunakan kejayaan mereka sebagai alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Habis tu kalau tak nak belajar bersungguh-sungguh, apa nak buat? Kalau rajin dan tak merungut bekerja makan gaji tiap-tiap bulan takde masalah, atau mungkin menjalankan perniagaan sendiri dengan bersungguh-sungguh. Itu boleh diterima, tapi kalau duduk rumah tak buat apa, duit mintak mak bapak tiap-tiap bulan. Susah jugak kan?

Steve Jobs walaupun dibuang kolej selepas semester pertama, dia tetap menghadiri kelas di situ. Semasa di bangku persekolahan, dia menghadiri syarahan di Hewlett-Packard selepas sekolah.

Mark Zuckerberg? Dia genius. Sejak dari bangku sekolah lagi dah cipta macam-macam program dan terpilih masuk ke Harvard. Cuba cakap sikit, orang yang jenis bukan rajin belajar boleh ke masuk Harvard?

Bill Gates juga jenis yang rajin belajar. Dia score 1590 markah daripada 1600 dalam peperiksaan School Assessment Test (SAT) yang melayakkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran ke Harvard.

Ketiga-tiga tu sebenarnya jenis geek/nerd dan kaki belajar. Dalam hidup, kalau malas nak belajar apa-apa, memang sampai mati jadi insan yang tak berguna, dan belajar ni banyak cabang, bukan setakat kolej dan universiti. Kolej dan universiti hanyalah salah satu laluan dalam proses pembelajaran, daripada pelbagai lagi cabang pembelajaran yang ada. Ada yang berhenti belajar di kolej untuk belajar menjalankan perniagaan daripada keluarga.

Tapi kalau langsung tak nak buat apa untuk mengubah hidup, memang tak ke mana. Nak berjaya kena belajar, berusaha dan kena ada duit. Baru betul.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

34 comments

  1. aku setuju sangat
    bijak tapi malas tak guna juga
    tapi kalau malas dan belajar lagi baik
    agak2 nya pemilik blog ni yang mana 1

  2. Sebenarnya itulah minat atau ‘passion’ mereka terhadap ilmu. Pernah terbaca dalam buku Outlier macam mana kesungguhan Bill Gates belajar pasal programming waktu di sekolah menengah lagi.

  3. Sebenarnya kehidupan ini sendiri satu pembelajaran bagi kita…. cuma bagaimana pembelajaran ini kita usahakan untuk sebuah kejayaan dalam kehidupan….itulah asasnya….ALLAH memberi kan semua manusia akal gunakankan sepenuhnya dan jadikan PENGALAMAN manusia sebagai contoh sebagai iktibar maju mundurnya kejayaan manusia ini.KEHIDUPAN manusia ini sendiri adalah satu pembelajaran sepanjang hayat BAGI MEREKA YG INGIN memikirkannya………

  4. wow,, brilliant nya dorang….dropout pun tapi tetap berusaha keras untuk berjaya takpa…kalau dropout tunggu duit turun dari langit mcamana??

  5. belajar tu fardhu, terutama urusan agama dan kesejahteraan. pas tu belajar de banyak cara. tak semestinya belajar tinggi baru jadi kaya raya. namun jutawan sebenarnya mempelajari banyak pengetahuan/ilmu.

  6. harvard dropout pun hebat.nak masuk harvard pun dah jadi top of the creame..diorang dropout maybe sbb formaliti menghalang inovasi diorang…

    1. Apa yang aku nampak, early stages of life, diorang dah bekerja keras. Then dapat idea inovasi hasil daripada pembelajaran tu. So they pursue that idea dan disebabkan kolej memerlukan masa, they had to leave college. Itu cerita sebenar yang orang tak tau.

  7. depa dropout tu sebab depa dah nampak apa yang depa nak tu dalam hidup..juga pemikiran depa yang takmau dibawah pemikiran orang lain tu yang membuatkan mereka berjaya..

    bukan sebab depa dropout tu bermakna mereka tak belajar..tapi mereka menuju ke satu destinasi yang bagi mereka lebih selesa untuk golongan geek atau yang melampau pandainya macam depa ni..

    orang-orang gini bukan selalu ada..dan ramai yang akan merendah-rendahkan mereka ni..tengok je la JK Rowling masa memula dia tulis novel Harry Potter…editor tu siap kutuk lagi..sekali tukar nama, terus meletup..jadi billionaire plak dia skang..:D

  8. Diorang dah success dan pandai sebelum habis belajar. Macam kita la, kalau amik degree je hidup dah success, buat apa nak blaja master. kalau SPM je dah boleh pandai, boleh buat bisnes besar2, buat duit buat pe sambung ke universiti.

  9. haha ada jugak yang beralasan seperti ini, dah mengambil kesempatan nampaknya, ore kita beralasan begitu tapi output tak jadi macam ketiga tiga mereka

  10. Lagi malang ada dalam kalangan murid sekolah jadikan idola di atas untuk tidak hadir ke sekolah. Bila ditegur mereka beri alasan macam kat atas tu la. Cikgu naik pening.

    Orang-orang kat atas tu tak belajar tinggi tapi usaha mereka tinggi. Tak sama dengan orang kita. Malas belajar tapi nak jadi macam Bill Gate. Mana mungkin.

  11. mmg risau gak bila ingat perkara ni…
    ramai yg berangan jadi cam mereka padahal target dan determinations takde… angan2 mat jenin je lebih…

  12. amboih arif. entri ni macam nak tujukan kepada seseorang. gaya bahasa dah macam seorang yang sangat marah, marah itu kepada seseorang yang di sayangi, hahah

  13. depa drop out dari universiti hebat kot.. bukan tak masuk universiti langsung. bukan takda kelayakan langsung, bijak, genius. depa ni satu dalam berbillion. org kita kalau ngadap tenet ngadap smartphone ngadap twitter/fb 24/7 tak buat apa2 mmg tak kemanalah..

  14. dorang dropout sebab passion dorang ke arah lain. nak buat apa-apa pun kena belajar jugak.

    kalau yang malas belajar sebab nak lepak buduh kat rumah memang gagal la. kah kah kah. :P

  15. walaupun Dropout, sifat rajin dan tidak mengalah dalam minat yg diceburi, memang hebat. kita malas belajar, malas juga bekerja.

  16. betul tu. walaupun diorg ni college droupout tapi otak diorg otak inovasi. suka mengkaji/mencipta/mereka bentuk dan pelbagai lagi. xkan dok saja2 boleh pandai. mana mungkin.

    tauke genting tak reti cakap BI walau sepatah ayat, tapi ramai ke org macam dia? mungkin satu dalam billion. apa pun, ilmu… ada ilmu, baik pun boleh jadi, jahat pun boleh jadi. terserah mcm mana nak guna ilmu tu je

Comments are closed.