7 Tips Unit Trust Untuk Beginner

tips-unit-trust

Beberapa tips yang saya ingin kongsikan berkaitan pelaburan dalam unit trust. Tips ni bukan daripada saya tapi hasil daripada pembacaan di forum Lowyat.

1. Dollar cost averaging. Katakan korang ada RM10,000 tunai. Jangan masukkan RM10,000 tu lump sump ke dalam unit trust. Pecahkan kepada 10x caruman RM1,000.

Hal ini adalah kerana harga unit trust ni berubah-ubah macam saham dan kalau kita terperangkap dalam keadaan market yang sedang menurun, at least harga purata unit kita dapat diturunkan.

2. Biasanya yang buat dollar cost averaging ni dia buat dalam tempoh masa tiga tahun. Dan disebabkan simpanan unit trust ni untuk jangkamasa panjang, tiga tahun ni dianggap normal.

3. Pemilihan fund. Untuk yang tak tau apa-apa, memang susah. Kalau dengar cakap agen yang tak tau apa-apa pun susah. Jadi kita serahkan kepada pakar. Pergi laman Morningstar ni, pilih fund dengan rating 4 atau 5 bintang. Settle.

4. Pemilihan fund. Selain Morning start, boleh guna data dari Lipper Leaders. Cross check top fund antara dua ni untuk dapatkan fund yang terbaik berdasarkan recommendation daripada pakar.

5. Pemilihan fund. Elakkan new fund sebab performance dia masih lagi tak diketahui. Berdasarkan pengalaman orang lain dalam forum, ada je new fund yang tak perform sangat. Agent unit trust biasa akan promote new fund all out untuk kejar sales dan performance bonus.

6. Kurangkan sales charge. Kalau beli dengan agen unit trust, korang akan dikenakan 5.5% sales charge. Maksudnya, kalau masuk RM1k, RM55 ringgit hangus dah.

Hal yang sama akan berlaku kalau korang beli direct dengan bank. Tapi sebenarnya ada cara nak elakkan sales charge ni. Gunakan perkhidmatan Fundsupermart. Kat sini sales charge paling tinggi pun 2%. Register sini atau bagitau kat ruang komen kalau siapa nak invite.

7. Berapa lama nak simpan? Unit trust ni adalah instrumen pelaburan medium term iaitu bermula dari 3 tahun dan ke atas. Kurang daripada tu maka adalah susah untuk korang masyuk. Kalau ada pun, sikit je.

Kenapa unit trust?

Bukan semua orang mampu baca chart atau faham dengan pergerakan ekonomi semasa untuk melabur dalam saham, jadi untuk golongan ni, eloklah duit lebih tu diletakkan dalam instrumen pelaburan seperti unit trust kalau nak pulangan lebih berbanding ASB, Tabung Haji.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments