7 Perkara Jangan Untuk Blogger Baru

Reading Time: 3 minutes

Disebabkan sekarang orang dah mula cakap tentang blogger newbie (sebenarnya tiap-tiap tahun macam ni), maka aku buat entri ni khas untuk blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging tanah air.

Jangan taksub/excited sangat

Relax sudah. Takkan lari gunung dikejar, takkan bankrupt company Nuffnang tu untuk keluarkan cek untuk korang. Jadi silalah bersikap lebih cool. Yes, kami tahu anda mahu menghasilkan blog yang terbaik di dunia, kami tahu anda pun mahu buat duit berjuta-juta macam top-top blogger tu, tapi chill la bro. Ni 24/7 cerita pasal blog, tanya 1001 satu soalan kat blogger lain tanpa buat research dulu. Pening jugak orang nak melayan kita nanti.

Jangan copy paste entri orang

Bersepah. Mentang-mentanglah orang ni ada page kat Facebook yang ada 20k fans, dia copy content dari situ dan letak dalam blog dia. Lepas tu share kat page tu. Baguslah. Makan duit haram. Berapa kali nak cakap, kalau nak copy minta izin, kalau tak pun mention dalam entri tu bahawa isi kandungan ini telah diciplak dari laman mana. Tak kisah, pemilik asal tengok pun tak jadi nak marah kalau ada linkback. Jangan harta intelek orang kita guna dan claim benda tu kita yang buat. Ini.. ini.. ini harooommm..

Jangan pentingkan diri sendiri

Mentang-mentanglah ada blogger-blogger lain ni jenis baik hati. Kita tanya, dia jawab. Tanya lagi, jawab lagi. Tapi janganlah sampai naik lemak. Kalau semua benda nak suap, memang tak lama lagi bungkus la blog tu… Kena ada usaha sendiri dan usaha tu datang daripada minat dan apa-apa sahaja faktor pendorong yang lain yang berkesan kepada anda. Cari sendiri, belajar, baca, baca dan baca. Sekarang pun aku baca bermacam-macam artikel supaya aku ada ilmu untuk memperbaiki blog ni dan cari bahan nak tulis. Tak baca, takdelah idea.

Jangan jadi macam ini sebab orang macam tu akan dibenci.

Jangan buat blog untuk buat duit

Kalau buat blog personal semata-mata nak buat duit, maka silalah berhenti sekarang sebelum anda kecewa. No. Buat blog personal bukan untuk buat duit sebaliknya hanyalah untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Buat duit tu datang bila blog personal ni tadi ramai orang baca. Benda bagus orang suka, maka buat content yang bagus. Bila dah bagus, peluang datang, bukan bila dah buat blog, duit datang.

Jangan tak join aktiviti blogger lain

Contoh mudah, join contest. Join je kalau takde peluang nak menang sebab bila join, blog anda akan tersenarai kat blog lain. Orang yang ikuti blog tersebut akan nampak blog anda. Kalau tak join contest, join aktiviti seperti 5 blog paling kerap dilawati. Hari tu rasanya beramai-ramai orang retweet entri 5 blog tersebut. Benda macam ni content mudah, tak perlu fikir panjang nak tulis dan biasanya komuniti blogger akan support.

Kalau nak up sikit, pergi gathering. Sekarang banyak je gathering blogger. Sana sini ada, jadi join je. Buat kawan.

Jangan sibukkan tentang orang lain

Anda mungkin selalu masuk sesebuah blog tu, tapi pemilik blog tu tak balas kunjungan walau berpuluh komen telah ditinggalkan. Tak payahlah nak kecil hati. Satu benda pasal blog ni ialah bukan semua orang nak baca content kita. Ada yang nak baca, ada yang tak. Macam aku, aku lebih suka baca benda teknikal, aku suka baca blog ananlisis emas, WordPress developement dan sebagainya. Hasilnya diletakkan dalam blog ni dalam bentuk entri. Yes, aku jarang baca blog blogger lain sebab masa tak cukup. Komen kat blog ni pun kadang-kadang tak terbalas.ย Dulu-dulu memang ada masa untuk blogwalking. Sekarang, maaflah. Nak blogwalking tiap-tiap hari tu memang tak lepas dah. Kerja lain banyak. Dapat update blog sehari sekali pun cukup bagus dah.

Jadi jangan pedulikan tentang orang lain. Ada berpuluh juta orang lain, satu tak datang, berpuluh juta lagi mungkin datang. Cuma kena fokus pada blog kita, bagi apa yang orang ramai suka, yang mudah dibaca.

Jangan check income/trafik tiap-tiap hari

Kalau baru 2-3 bulan menulis blog, tak payahlah nak buat kerja ni. Mengecewakan dan mendorong kepada aktiviti yang tak sihat. Bila tengok income sikit, mulalah nak buat aktiviti klik mengklik. Mulalah nak abuse sana sini, cari jalan belakang mana yang boleh buat untung. Memang anda cerdik, tapi kecerdikan tu tak ke mana. Daripada tengok income/trafik hari-hari, baik tengok blog sendiri, entri apa yang dapat komen/Like paling banyak atau paling sikit. Dari situ kita tahu apa pembaca kita nak. Berikan apa yang pembaca nak dan dengan mudah blog boleh jadi popular.

+ Boleh juga baca entri Blogger Popular Tak Pandang NEWBIE?? Komen sikit.


Posted

in

by

Comments

81 responses to “7 Perkara Jangan Untuk Blogger Baru”

  1. syira Avatar

    thanks!! banyak info dan tips2 berguna :)

  2. drlove Avatar

    Terima kasih atas nasihat.banyak membantu dan memberikan idea baru buat saya. terima kasih bro.

  3. Amni Avatar

    Betul2.. sangat setuju…. lepas ni saya nak rajin-rajin la join segmen yang kawan-kawan buat.. akdang bukan apa.. sebenarnya segan sangat.. tapi bila fikir balik.. bukan dapat apa kan… hummm….

    <a href="SEGMEN TAK KENAL MAKA TAK CINTA : DIARI ANAK SENI

  4. airul Avatar

    da bertaun berblog pon still mcm orang baru..bila nk maju nih? aishhh

  5. atul Avatar

    Entri terbaik.. Thanks for sharing.. :)

  6. mankuchai Avatar

    Dulu masa aku mula2 berblog memang ada juga ciri2 diatas…bila dah baca,kaji teknik berblog..baru paham akan etika menulis blog…untuk newbie kena byk belajar…supaya pada satu hari nanti anda juga mampu bersaing dengan blog2 otai yang ada…

  7. reezluv Avatar
    reezluv

    macam kata sifu aku..kalau blog baru tu, kena lepas pantang dulu baru bleh generate income best..ngeh3

  8. budakbandunglaici Avatar

    terima kasih untuk info ni..
    memang best & ada certain2 menusuk hati ‘hahahaha

  9. mak lagenda Avatar

    wah…bnyk pesan2 yg berguna nih.

  10. e-nyce Avatar

    ty bro.. nice info.. terutama newbie cm aku ni..

  11. Tok Esah Avatar

    terbaek bro!!

    tok setuju sgt2..

  12. Nadri Avatar

    semuanya jangan, apa yg boleh dibuat utk newbie bro…hehehe…

    1. ariff Avatar
      ariff

      mana ada semua. haha.. macam2 lagi boleh buat.

  13. Hadi Rofiee Avatar

    Salam.

    Terima kasih Bro. Aku terkesan dengan yang keempat. Di samping itu, yang lain2 juga ada pengajarannya.

    T/kasih. ;-)

  14. NaKkS Avatar

    trima kasih atas nasihat2 ni bro.. amat membantu dan menaikkan semangat aku untuk berbloging… ^^

  15. Faisal Avatar

    betul-betul,nak berjaya harus bersabar dan ikut nasihat2 yang diberikan oleh otai.Insya-Allah akan berjaya

  16. piah becok Avatar

    butul butul.. eh, betul betul.. kot asik pikir nak duit cepat je, pi keje la kan.. duit takkan datang bergolek.

  17. Donny Avatar
    Donny

    bERY INFORMATIVE :) KEEP IT UP..

  18. trigyy Avatar

    good la advice… tQ bro

  19. Pojiepooh Abdullah Avatar

    Tips paling best: Jangan check income/trafik tiap-tiap hari
    Hahah memang la rasa down nanti..
    Dulu Pojie camtuh gak, tapi lama2, betulkan balik niat, blogging to make new friends, to share something to others regardless orang notice or not, i’m not a celebrity either :)

  20. Izwan Avatar

    thread yg tu ke.. haha..ada gak prasan.. pasal tanya pasal nuff tu,kat GB slalu dah forum pasal duit nuff..aku bukak hari2 mesti ada topik duit..

    blog memg boleh nak cari duit,tapi kena dengan niche utk duit gak..kalau blog pasal kamera,cerita pasal kamera,baru nikon nak letak iklan..hehe..

    hmm..baru je post psal 5 blog kerap dilawati..takde comluv plak cni.. :)

  21. Miss Meen Avatar
    Miss Meen

    Yup !!! Pendek kata selesakan diri sendiri ..
    Kalu asyik mengikut je ..semak hati sendiri jee
    Ahakzz =P

  22. dhomsuadrif Avatar
    dhomsuadrif

    peringatan untuk blogger yang lama juga..bukan semua blogger lama yang ok..ade jugak yang macam ni..blogger baru pun tak semua yang macam ni..ramai juga yang ok..

  23. Fathiha Zainal Avatar

    Jangan jangan kau menolak cintaku.. Eh? Nyanyi pulak! Hihi..

    Semuaaa jangan tu memang tak buat la. Tipu! Ada la buat juga. Copy paste, tapi backlink ke blog penulis asal. 1 lagi bab buat aktiviti klik klik tu. Dulu pernah la terjebak aktiviti itu. Tapi itu masa tak tahu. Sekarang dah tahu, so tak buat lagi dah. Ngee.. Terima kasih sifu!! :D

  24. serol Avatar

    aku dulu bila baru kenal blog, baru nak menulis dalam blog, baca tips2 yang orang bagi dulu. blog.ariff ni pun aku ada buat rujukan juga.

  25. abrablog Avatar

    betul sangat la tu. Hehe..

  26. Daus Avatar

    kah.. kah.. kah.. terasa ni..

    —————–

    Aik. kenapa post ni lepas beberapa minit dia redirect ke denaihati? ni pastti silap coding ni.. ghehe

    1. Fathiha Zainal Avatar

      A’ah.. Betol la.. Dia redirect ke Denaihati..

  27. YobSumo Avatar

    Jangan kecik hati blogger femes tak kunjung balik walaupun korang bagi komen byk kali. Link blog korang dekat komen tu mesti ada yang click. kan dah dapat traffic tu :)

  28. joev Avatar

    haha..macam2 hal

  29. alex adriana Avatar

    relax2 sudeyh

  30. aizuddin Avatar

    niat paling penting..

  31. iecka zul Avatar

    oo yeeaaah.. akak pun newbie jugak.. tulis ikut selera anak tekak.. time kasih for D’ tips…

  32. ainhany Avatar

    salams.

    saya pun baru belajar dan info ini bermanfaat jua..sama2 kita kongsi ilmu

  33. iza Avatar

    As salam..
    Datang cari ilmu blogging..

  34. Faizal Fredley Avatar

    entry ni mula membuatkan oatak aku berpikir..heheh

  35. Azreem Avatar

    bagus penulisan bro ni..memang sesuai untuk blogger baru macam aku ni..hehehe..thanks sebab sudi sharing info..aku berblogging pun setakat nak suka-suka jer.. :)

  36. syahrilhafiz Avatar

    menarik point yang ko terapkan bro,
    selalunya kalau nak buat blog, orang akan tanya
    “apa ko dapat dari blogging heh”
    kalau aku ni pulak yg pakai WP self host, selalu budak2 ni tanya,apa benefit aku dapat kalau pakai yg bayar kalau income ciput, simple reason aku balas balik, cakap yg aku blog nak cari kenalan dan topup ilmu..banyak benda aku belajar sekarang…alhamdulillah

  37. zuarxpdc Avatar

    setuju.kalau copy paste pastikan ada backlink.baru orang tak marah.jgn simply mengaku yg tu karya sendiri kalau dah terang2 benda tu copy dar blog orang lain

  38. Bean Moreno Avatar

    nice one…haha aku dulu masa baru tempek nuffnang memang attitude macam ni tapi bila dah lama sikit sudah faham bah…

  39. Amni Avatar

    kadang kita tak sibuk pon hal org lain.. tapi orang saja carik pasal… huhu….

  40. Dauspozi Avatar

    Part “JANGAN COPY PASTE ENTRY ORANG” tu. Serius aku cakap, kalau orang copy entry aku dan letak kredit, aku tak jadi nak marah. Entry aku selalu je di’copy, lagiยฒ ‘tang’ tutorial dan tips blogging.. hoho.. Anyway, entry ni wajib di’share!.. hehehe

  41. AmenoWorld Avatar

    Dari atas sampai bawah ianya mencerminkan perwatakan aku. trima kasih kerana mempromosikan kejahatan aku. i loikee~~ that.

  42. zulkbo Avatar

    SALAM..
    ha ha…ada yang terasa nanti ni?
    budak-budak biasa dah..duit singgit
    dua mereka seronok..ibarat bonus
    pada mereka..rasanya sebagai pemangkin
    mereka berblogging…berlainan dengan
    blogger yang berkerjaya..gaji dah RIBUAN dan
    apa nak pandang singgit dua nih..tapi
    pada saya setiap sen yang kita jana
    dari berblogging adalah kepuasan individu
    :)jadi biarkan mereka dengan cara mereka..
    lama-lama bila dah matang..lainlah sound nya
    pula..he he

    1. shiela latif Avatar

      saya sokong 100% apa yang abang zulkbo komen :)

  43. cEro Avatar

    rasenya kalo blogger tu ikhlas berkongsi ilmu, takde isu macam tanya berkali2 or tak paham ke ape ke..
    semua org mula dr kosong…

    tp sama juga, yg baru pon, berusaha dulu, kalau buntu baru minta pertolongan…

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada jenis yang tanya semua benda, benda basic yang beratus-ratus entri blogger lain dah tulis pun dia tanya gak. Mana boleh macam tu. Usaha dulu, kalau buntu baru tanya sana sini.

  44. myvitrd Avatar

    setuju dengan apa engkau cakap tu.. tapi bab trafik tu.. aku memang selalu tengok tiap2 hari2. heheeh

  45. Ezy4u.org Avatar

    hurm, blogger lama pun ambik pengajaran jugak…

  46. munna Avatar

    ape pun terima kasih..

  47. Pendekar Avatar

    memang terbaik la… haha…bagus nye tips bro…

  48. Hisyam Avatar

    Betul cakap bro Arif tu. Semoga info ni akan menjadi tips berguna pada newbie First buat blog dulu tiap2 hari check nuffnang tengok ada earning ke tak, malah pernah sekali buat entri pasal tak dapat earning. But, dah baca entri ni meningkatkan lagi semangat nak blogging. Thanks bro!

  49. Oyat Avatar

    banyaknyer jangan,,ok lepas ni kena ikut yang jangan..jangan…tue..hehehe

  50. ujang Avatar

    cayalah……..suka=)

  51. mommy nana Avatar

    apa pun kita relax and cool. i like!

  52. aran Avatar

    baik encik hehehe :)

  53. bubbles182 Avatar

    aaahhhh kalau arep shah x reply komen ni, saya nak kecik hati ahh. pastu nak buat post “arep shah sombong dengan newbie”.

  54. Kujie Avatar

    no komen < komen gaya diva!
    hahaha

    jari dah kelu nak ulas bab ni

    1. syafiq Avatar

      hahaha diva! TERbaek la kak jie~

      kalau dalam ’10 golden rules of lomography’ antara rules dia adalah;

      jangan malu nak ‘break the rules’! :D

      tapi tu Lomography. kalau dalam Blogging. terpulang la kan kat diorang :p kita hanya cakap je.

      rgds,
      blogger rollercoaster.

      1. syahrilhafiz Avatar

        break the rules, think out the box..ekekeke

  55. zulaikha Avatar

    setakat ni still tak berkesempatan nak join gathering. huhu. masa dan tempat tak mengizinkan.

  56. Jue Avatar

    sye pn newbie jgk..mcm2 perangai blogger ni,ada yg saje menulis,ada yg nk untung..x tahan skali mcm budak skola menulis..aduyai,x paham apela ejaan die guna..terlalu canggih ke??x bley baca lame2 say gud bye laa..

  57. kaizen Avatar

    wahaha… macam2 hal… ngeh3

  58. syafiq sulaiman Avatar
    syafiq sulaiman

    klo check income ari2 memang tak bez laa..
    hahaha..

  59. Adam Roslan Avatar

    haha. coool neh. kasi share ini tajuk ;)

  60. Lord Zara Avatar

    Sekarang ni newbie (perasan tua sudah aku), akan hantar mesej di FB tanya macam2. Bila kita terangkan, dia tak faham, siap tanya berkali2. Bila kita dah berpayah Google kan tutorial, dia tetap kata tak faham.

    OMG!
    Dunia Sebelah Zara tu bergerak sebab aku sendiri ambil inisiatif baca dan belajar sendiri apa benda alah coding bagai tu. Budak2 sekarang ni payah betul ke nak membaca? (serupa membebel macam kat sekolah dah).

    Hish.

  61. cebbiecholet Avatar

    kalau cam aku yang dah lamer dalam blog tapi baru bukak balik blog kire camner?

    hehehe

  62. Shahrulsite Avatar

    kenapa la dia org nak beza2kan antara senior dan junior…asalkan kita ikhlas berblog dah, semua ada kelebihan dan kelemahan masing2 ;)

  63. BabyIntan Avatar

    Thanks for da tips..hee hee..kak intan pon dok check trafik hari-hari…haa haa…saje suke-suki nak tgk but idak ler spi mendatangkan stress kepada diri sendiri :D

  64. sha myheart Avatar

    nasihat yang baik..

    newbie jugak.

  65. ekspresiruang Avatar

    point2 yg bernas! berharap sgt psl duit adalah mentaliti yg sgt tidak sihat. pentingkan pada komen2 bernas di blog korang. dr situ byk cetusan idea yg boleh diambil utk dibuat sbg entry br nnt.

  66. kumbang jingga Avatar

    nice info utk sy masih setahun jagung lg di arena blogging…

  67. topo Avatar

    terasa wooo part yang jangan check income tiap-tiap hari tu.. Hahahahah masa awal-awal dulu dah 2-3 bulan buat blog baru dapat rasa rm0.25 dalam account nuffnang haha.

    Awal-awal ko tweet tadi aku dah start baca post ni.. Tapi terklik plak link forum gengblogger tu hahaha lama aku dok usya topik tu nasib baik ingat nak balik datang sini baca post ni sampai habis hohoho

  68. Affan Ruslan Avatar

    jangan banyak sangat jangan ;D

  69. Kazen Avatar

    tanx for da info

  70. Ikmal Hafizi Avatar

    betul2. ikhlas berblogging

  71. paihujey Avatar

    tips yg last paling aku suka..yg check kita dpt like/share entri kita sendiri tu…lagi byk lagi lebar snyum tu..hehe

  72. topan Avatar

    jangan tak mandi ^_^

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahahahaha… terbaik!

  73. intanberlian Avatar

    well said~ kalau tulisan caca merba pening juga orang nak baca.. kena banyak belajar nak tarik orang datang baca blog. kena ada content yang menarik dan berguna.. nak tulis sesuatu kena research.baca sana sini.tapi baca sana sini bukan bermakna cilok entri orang.. buat newbie seperti aku, terima kasih tips dan peringatan arif~