7 Perkara Jangan Untuk Blogger Baru

Disebabkan sekarang orang dah mula cakap tentang blogger newbie (sebenarnya tiap-tiap tahun macam ni), maka aku buat entri ni khas untuk blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging tanah air.

Jangan taksub/excited sangat

Relax sudah. Takkan lari gunung dikejar, takkan bankrupt company Nuffnang tu untuk keluarkan cek untuk korang. Jadi silalah bersikap lebih cool. Yes, kami tahu anda mahu menghasilkan blog yang terbaik di dunia, kami tahu anda pun mahu buat duit berjuta-juta macam top-top blogger tu, tapi chill la bro. Ni 24/7 cerita pasal blog, tanya 1001 satu soalan kat blogger lain tanpa buat research dulu. Pening jugak orang nak melayan kita nanti.

Jangan copy paste entri orang

Bersepah. Mentang-mentanglah orang ni ada page kat Facebook yang ada 20k fans, dia copy content dari situ dan letak dalam blog dia. Lepas tu share kat page tu. Baguslah. Makan duit haram. Berapa kali nak cakap, kalau nak copy minta izin, kalau tak pun mention dalam entri tu bahawa isi kandungan ini telah diciplak dari laman mana. Tak kisah, pemilik asal tengok pun tak jadi nak marah kalau ada linkback. Jangan harta intelek orang kita guna dan claim benda tu kita yang buat. Ini.. ini.. ini harooommm..

Jangan pentingkan diri sendiri

Mentang-mentanglah ada blogger-blogger lain ni jenis baik hati. Kita tanya, dia jawab. Tanya lagi, jawab lagi. Tapi janganlah sampai naik lemak. Kalau semua benda nak suap, memang tak lama lagi bungkus la blog tu… Kena ada usaha sendiri dan usaha tu datang daripada minat dan apa-apa sahaja faktor pendorong yang lain yang berkesan kepada anda. Cari sendiri, belajar, baca, baca dan baca. Sekarang pun aku baca bermacam-macam artikel supaya aku ada ilmu untuk memperbaiki blog ni dan cari bahan nak tulis. Tak baca, takdelah idea.

Jangan jadi macam ini sebab orang macam tu akan dibenci.

Jangan buat blog untuk buat duit

Kalau buat blog personal semata-mata nak buat duit, maka silalah berhenti sekarang sebelum anda kecewa. No. Buat blog personal bukan untuk buat duit sebaliknya hanyalah untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Buat duit tu datang bila blog personal ni tadi ramai orang baca. Benda bagus orang suka, maka buat content yang bagus. Bila dah bagus, peluang datang, bukan bila dah buat blog, duit datang.

Jangan tak join aktiviti blogger lain

Contoh mudah, join contest. Join je kalau takde peluang nak menang sebab bila join, blog anda akan tersenarai kat blog lain. Orang yang ikuti blog tersebut akan nampak blog anda. Kalau tak join contest, join aktiviti seperti 5 blog paling kerap dilawati. Hari tu rasanya beramai-ramai orang retweet entri 5 blog tersebut. Benda macam ni content mudah, tak perlu fikir panjang nak tulis dan biasanya komuniti blogger akan support.

Kalau nak up sikit, pergi gathering. Sekarang banyak je gathering blogger. Sana sini ada, jadi join je. Buat kawan.

Jangan sibukkan tentang orang lain

Anda mungkin selalu masuk sesebuah blog tu, tapi pemilik blog tu tak balas kunjungan walau berpuluh komen telah ditinggalkan. Tak payahlah nak kecil hati. Satu benda pasal blog ni ialah bukan semua orang nak baca content kita. Ada yang nak baca, ada yang tak. Macam aku, aku lebih suka baca benda teknikal, aku suka baca blog ananlisis emas, WordPress developement dan sebagainya. Hasilnya diletakkan dalam blog ni dalam bentuk entri. Yes, aku jarang baca blog blogger lain sebab masa tak cukup. Komen kat blog ni pun kadang-kadang tak terbalas. Dulu-dulu memang ada masa untuk blogwalking. Sekarang, maaflah. Nak blogwalking tiap-tiap hari tu memang tak lepas dah. Kerja lain banyak. Dapat update blog sehari sekali pun cukup bagus dah.

Jadi jangan pedulikan tentang orang lain. Ada berpuluh juta orang lain, satu tak datang, berpuluh juta lagi mungkin datang. Cuma kena fokus pada blog kita, bagi apa yang orang ramai suka, yang mudah dibaca.

Jangan check income/trafik tiap-tiap hari

Kalau baru 2-3 bulan menulis blog, tak payahlah nak buat kerja ni. Mengecewakan dan mendorong kepada aktiviti yang tak sihat. Bila tengok income sikit, mulalah nak buat aktiviti klik mengklik. Mulalah nak abuse sana sini, cari jalan belakang mana yang boleh buat untung. Memang anda cerdik, tapi kecerdikan tu tak ke mana. Daripada tengok income/trafik hari-hari, baik tengok blog sendiri, entri apa yang dapat komen/Like paling banyak atau paling sikit. Dari situ kita tahu apa pembaca kita nak. Berikan apa yang pembaca nak dan dengan mudah blog boleh jadi popular.

+ Boleh juga baca entri Blogger Popular Tak Pandang NEWBIE?? Komen sikit.

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

81 comments

  1. Dulu masa aku mula2 berblog memang ada juga ciri2 diatas…bila dah baca,kaji teknik berblog..baru paham akan etika menulis blog…untuk newbie kena byk belajar…supaya pada satu hari nanti anda juga mampu bersaing dengan blog2 otai yang ada…

  2. macam kata sifu aku..kalau blog baru tu, kena lepas pantang dulu baru bleh generate income best..ngeh3

  3. Tips paling best: Jangan check income/trafik tiap-tiap hari
    Hahah memang la rasa down nanti..
    Dulu Pojie camtuh gak, tapi lama2, betulkan balik niat, blogging to make new friends, to share something to others regardless orang notice or not, i’m not a celebrity either :)

  4. thread yg tu ke.. haha..ada gak prasan.. pasal tanya pasal nuff tu,kat GB slalu dah forum pasal duit nuff..aku bukak hari2 mesti ada topik duit..

    blog memg boleh nak cari duit,tapi kena dengan niche utk duit gak..kalau blog pasal kamera,cerita pasal kamera,baru nikon nak letak iklan..hehe..

    hmm..baru je post psal 5 blog kerap dilawati..takde comluv plak cni.. :)

  5. Yup !!! Pendek kata selesakan diri sendiri ..
    Kalu asyik mengikut je ..semak hati sendiri jee
    Ahakzz =P

  6. peringatan untuk blogger yang lama juga..bukan semua blogger lama yang ok..ade jugak yang macam ni..blogger baru pun tak semua yang macam ni..ramai juga yang ok..

  7. Jangan jangan kau menolak cintaku.. Eh? Nyanyi pulak! Hihi..

    Semuaaa jangan tu memang tak buat la. Tipu! Ada la buat juga. Copy paste, tapi backlink ke blog penulis asal. 1 lagi bab buat aktiviti klik klik tu. Dulu pernah la terjebak aktiviti itu. Tapi itu masa tak tahu. Sekarang dah tahu, so tak buat lagi dah. Ngee.. Terima kasih sifu!! :D

  8. aku dulu bila baru kenal blog, baru nak menulis dalam blog, baca tips2 yang orang bagi dulu. blog.ariff ni pun aku ada buat rujukan juga.

  9. kah.. kah.. kah.. terasa ni..

    —————–

    Aik. kenapa post ni lepas beberapa minit dia redirect ke denaihati? ni pastti silap coding ni.. ghehe

  10. Jangan kecik hati blogger femes tak kunjung balik walaupun korang bagi komen byk kali. Link blog korang dekat komen tu mesti ada yang click. kan dah dapat traffic tu :)

  11. bagus penulisan bro ni..memang sesuai untuk blogger baru macam aku ni..hehehe..thanks sebab sudi sharing info..aku berblogging pun setakat nak suka-suka jer.. :)

  12. menarik point yang ko terapkan bro,
    selalunya kalau nak buat blog, orang akan tanya
    “apa ko dapat dari blogging heh”
    kalau aku ni pulak yg pakai WP self host, selalu budak2 ni tanya,apa benefit aku dapat kalau pakai yg bayar kalau income ciput, simple reason aku balas balik, cakap yg aku blog nak cari kenalan dan topup ilmu..banyak benda aku belajar sekarang…alhamdulillah

  13. setuju.kalau copy paste pastikan ada backlink.baru orang tak marah.jgn simply mengaku yg tu karya sendiri kalau dah terang2 benda tu copy dar blog orang lain

  14. Part “JANGAN COPY PASTE ENTRY ORANG” tu. Serius aku cakap, kalau orang copy entry aku dan letak kredit, aku tak jadi nak marah. Entry aku selalu je di’copy, lagi┬▓ ‘tang’ tutorial dan tips blogging.. hoho.. Anyway, entry ni wajib di’share!.. hehehe

  15. SALAM..
    ha ha…ada yang terasa nanti ni?
    budak-budak biasa dah..duit singgit
    dua mereka seronok..ibarat bonus
    pada mereka..rasanya sebagai pemangkin
    mereka berblogging…berlainan dengan
    blogger yang berkerjaya..gaji dah RIBUAN dan
    apa nak pandang singgit dua nih..tapi
    pada saya setiap sen yang kita jana
    dari berblogging adalah kepuasan individu
    :)jadi biarkan mereka dengan cara mereka..
    lama-lama bila dah matang..lainlah sound nya
    pula..he he

  16. rasenya kalo blogger tu ikhlas berkongsi ilmu, takde isu macam tanya berkali2 or tak paham ke ape ke..
    semua org mula dr kosong…

    tp sama juga, yg baru pon, berusaha dulu, kalau buntu baru minta pertolongan…

    1. ada jenis yang tanya semua benda, benda basic yang beratus-ratus entri blogger lain dah tulis pun dia tanya gak. Mana boleh macam tu. Usaha dulu, kalau buntu baru tanya sana sini.

  17. Betul cakap bro Arif tu. Semoga info ni akan menjadi tips berguna pada newbie First buat blog dulu tiap2 hari check nuffnang tengok ada earning ke tak, malah pernah sekali buat entri pasal tak dapat earning. But, dah baca entri ni meningkatkan lagi semangat nak blogging. Thanks bro!

    1. hahaha diva! TERbaek la kak jie~

      kalau dalam ’10 golden rules of lomography’ antara rules dia adalah;

      jangan malu nak ‘break the rules’! :D

      tapi tu Lomography. kalau dalam Blogging. terpulang la kan kat diorang :p kita hanya cakap je.

      rgds,
      blogger rollercoaster.

  18. sye pn newbie jgk..mcm2 perangai blogger ni,ada yg saje menulis,ada yg nk untung..x tahan skali mcm budak skola menulis..aduyai,x paham apela ejaan die guna..terlalu canggih ke??x bley baca lame2 say gud bye laa..

  19. Sekarang ni newbie (perasan tua sudah aku), akan hantar mesej di FB tanya macam2. Bila kita terangkan, dia tak faham, siap tanya berkali2. Bila kita dah berpayah Google kan tutorial, dia tetap kata tak faham.

    OMG!
    Dunia Sebelah Zara tu bergerak sebab aku sendiri ambil inisiatif baca dan belajar sendiri apa benda alah coding bagai tu. Budak2 sekarang ni payah betul ke nak membaca? (serupa membebel macam kat sekolah dah).

    Hish.

  20. kenapa la dia org nak beza2kan antara senior dan junior…asalkan kita ikhlas berblog dah, semua ada kelebihan dan kelemahan masing2 ;)

  21. Thanks for da tips..hee hee..kak intan pon dok check trafik hari-hari…haa haa…saje suke-suki nak tgk but idak ler spi mendatangkan stress kepada diri sendiri :D

  22. point2 yg bernas! berharap sgt psl duit adalah mentaliti yg sgt tidak sihat. pentingkan pada komen2 bernas di blog korang. dr situ byk cetusan idea yg boleh diambil utk dibuat sbg entry br nnt.

  23. terasa wooo part yang jangan check income tiap-tiap hari tu.. Hahahahah masa awal-awal dulu dah 2-3 bulan buat blog baru dapat rasa rm0.25 dalam account nuffnang haha.

    Awal-awal ko tweet tadi aku dah start baca post ni.. Tapi terklik plak link forum gengblogger tu hahaha lama aku dok usya topik tu nasib baik ingat nak balik datang sini baca post ni sampai habis hohoho

  24. well said~ kalau tulisan caca merba pening juga orang nak baca.. kena banyak belajar nak tarik orang datang baca blog. kena ada content yang menarik dan berguna.. nak tulis sesuatu kena research.baca sana sini.tapi baca sana sini bukan bermakna cilok entri orang.. buat newbie seperti aku, terima kasih tips dan peringatan arif~

Comments are closed.