Unit Trust Untuk Syarikat Sdn Bhd

Reading Time: 2 minutes

Sejak lebih mendalami instrumen pelaburan unit trust ni, jumpa banyak lagi peluang yang jarang didengari. 

Bagi pemilik syarikat sdn bhd, biasanya dalam akaun mesti paling busuk ada 5-6 angka setiap bulan. Yang tu floating amount lah untuk operasi syarikat.

Sekarang cuba kira purata ending balance bulanan bagi tempoh satu tahun. Dapat satu figure amaun purata bulanan dan ambil let’s say 50% daripada amaun tersebut. 

Amaun ni biasanya adalah rezab tunai yang akan digunakan ketika kecemasan. Bergantung kepada aktiviti syarikat, rezab tunai ni boleh mencecah enam angka. Banyak tu!

Masa PKP tahun lepas, banyak pemilik syarikat yang gunakan rezab kecemasan ni sebab lockdown bisnes tak jalan. 

Kalau tak, duit rezab kecemasan ni duduk dalam akaun syarikat bertahun-tahun tak pernah berusik! Bank senyum jelah pegang duit customer banyak-banyak.

Paling kuat pun, adalah letak dalam fixed deposit, tapi tak berbaloilah sebab pulangan pun hampeh. Itu sebab ramai malas letak duit ni dalam FD. Not worth the effort.

Duit inilah yang sebenarnya boleh di parkingkan di dalam instrumen unit amanah. 

Disebabkan duit ni hanya guna bila kecemasan dan memang kekal dalam akaun, memang opportunity loss kalau tak buat apa-apa. 

Kalau letak dalam unit amanah:

+ Dividen dapat, tax-free

+ Capital gain dapat, tax-free

+ Unrealized floating gain, takde efek apa2

+ Duit masih lagi dalam balance sheet syarikat

+ As good as cash, boleh keluarkan bila-bila kalau perlu

+ Akaun milik syarikat, tak perlu parking di bawah akaun individu pemilik/pengarah syarikat

Tak perlu ambitious sangat, letak dalam dividend fund je. Habis cerita. Untuk rezab kecemasan ni, kita hadkan risiko supaya harga naik turun dia dalam range yang kecil. Dapat dividen sekali dah boleh berada dalam floating profit position. 

Over the years accumulated dividend reinvest sampai up to a point ada capital gain dan dividend yield yang bagus. 

Tapi kalau risk tolerance tinggi, nak rasa adventurous sikit, boleh je allocate sedikit amount dalam equity funds. Macam-macam boleh buat, ikut selera dan keputusan lembaga pengarah je.

Ramai pemilik perniagaan tak nampak peluang ni. Simpan cash memang rugi sebab nilai tunai terhakis akibat daripada inflasi. Inflasi lepas zaman covid ni dahlah tinggi.

Semoga dapat membuka mata Tuan/Puan pengarah syarikat yang membaca.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.