
Beberapa kaedah yang saya akan guna untuk simpanan semasa bersara:
1) Macam biasa, hartanah adalah simpanan terbaik. Beli hartanah di lokasi yang bagus supaya sampai habis hutang nanti, orang lain yang bayarkan untuk hartanah tersebut. Bila bersara, jual kepada anak pada harga murah supaya duit jualan tadi kita boleh guna untuk bersara.
Anak dapat rumah murah, kita dapat duit sikit untuk meneruskan hidup selepas bersara.
2) ASB loan. Tak payah tengok yang kompleks, cuma perlu tahu bahawa ASB loan ni kita bayar setahun je, tahun berikutnya rotate dividen tahunan sampai habis loan. Cukup masa, sijil RM200,000 ada + amaun compounding dalam akaun ASB (kalau dana tersebut tak digunakan).
3) Simpanan dalam medical card. Kegunaan medical card dengan plan simpanan ni salah satu faedahnya adalah sebagai forced saving untuk diri kita. Tak pasal-pasal komitmen jadi simpanan. Ada orang tak suka plan ni sebab mereka rasa mereka boleh simpan sendiri duit yang dah dijimatkan tadi kalau ambil plan bukan investment linked.
Tapi jujurlah cakap. Betul ke duit yang dijimatkan tadi disimpan betul-betul?
Benda ni sama macam perbandingan perbelanjaan antara orang yang merokok dan orang yang tak merokok. Kalau kira memang nampak orang merokok banyak bakar duit setalah bertahun-tahun merokok, tapi bila tanya orang yang tak merokok dia ada ke tak jumlah duit yang dibakar oleh perokok tadi, ramai jawab takde.
Masalah kat sini bukan berapa banyak duit yang kita dapat jimatkan berbanding orang lain tetapi sebaliknya berapa banyak yang kita simpan. Top up RM10 sebulan dalam simpanan takaful pun dah beribu-ribu dah hasilnya dalam masa bersara nanti sebab duit simpanan tu masuk dalam unit trust.
Setakat ni, tiga ni saya rasa cukup dah. Step 1 & 3 dah mula. Step 2 saya akan buat hanya selepas selesai urusan pembelian rumah kedua.
Kenapa? Nanti saya cerita kenapa.

Comments
28 responses to “Takut Takde Duit Masa Bersara Tapi Tak Nak Simpan Duit”
Setuju sangat yg melabur dlm hartanah memang boleh membantu dlm meningkatkan saving.Pengalaman sendiri walaupun gaji x seberapa tapi dengan sikit ilmu dlm hartanah & perancangan saya dpt beli 7 buah rumah. Pasive income dari sewaan rumah Rm2000 sebulan.Org melayu memang kena rebut peluang dlm hartanah ni. Just sharing .
Saya buat saving kat unit trust dan biar sampai pencen. Tiap-tiap tahun tambahkan simpanan anda..
rumah sewa quite interesting.. lebih2 lg sape ade tanah tu.. memang bole bersara dengan jayanya
Perkongsian menarik, dalam bab pesaraan ni bukan semua orang dapat bajet dan target dengan tepat. Pun begitu ianya sebagai persediaan. Ekonomi merudum dengan nilai mata wang yang menurun kadangkala membuatkan misi target dan bajet ni perlu di’update’ semula.
emm..
masih kena belajar simpan duit dan belanja duit.
juga kena belajar cara nak buat duit banyak-banyak.
saya 1, 2 & 3 dah buat.. step 2 masih tak max sebab berkira2 untuk beli 2nd house… jangan ragu2 tentang no.2 tu.. masuk google taip je.. “Himpunan teknik teknik loan ASB” dalam tu banyak ilmu percuma yang tidak perlu dibayar sesen pun.. :-)
Harga rumah akan semakin naik. Itu juga boleh dijadikan salah satu medan simpanan hari tua
Nice tips, kadang2 kita mencari benda yang sangat kompleks utk menyimpan tapi cuma buat je yang simple insyaallah pon dah boleh menyimpan.
makan gaji pun kalau bijak pun boleh menyimpan. tapi kalau nak lagi cepat kenalah cari jalan tambah pendapatan. barulah rasa lega…..
Nnt sampai masa nak jual rumah pada anak rasa x sampai hati pulak….takkan dgn anak pun nak berkira. .. kasi free je la. :-)
Anyway, masa muda ni mmg kena mula meyimpan skit2…saya pilih simpanan di tabung haji…dividen agak tinggi dan bebas dari riba’.
Org kata nak menyimpan pun kena fikir keberkatan duit yg di simpan.
setuju dengan pendapat hartanah adalah antara simpanan yang terbaik. Sedang dalam usaha untuk dapatkan aset. Teringin nak bersara sebelum umur 40.
Ofis pun ramai yang ambil option bersara 60..saya masih maintain tak ambil..sedang mencuba untuk keluar dari rat race before 40
Kita Kena bijak menggunakan gaji kita dan mengawal perbelanjaan bulanan, baru boleh simpan duit.
kebanyakan bila bersara umur pun dah berapa masa tu, nak beli aset mungkin dah rasa lambat, sebab tu kalau sebolehnya beli aset waktu muda..
baru je riki rumah harini. hajat hati memang dah berkenan sangat dah tapi dalam tv aritu ada pakar hartanah ni kata jangan beli rumah tahun ni atas alasan rumah akan turun nanti.
memang kena tambahkan simpanan spt saranan tu. selain tu tambah side income dan menyimpan juga sikit2
Tak sabar nak tunggu huraian step 2..hehehe
Saya rasa emas pun antara pelaburan yang boleh difikirkan..
emm..kena bt slow step 1 hingga 3.. step 1 susah skit pasal modal..
Alternatif boleh start simpan dalam private unit trust.
Tak kira simpanan sendiri ataupun melalui KWSP.
Untuk long term.
step 1 belum buat lagi sebab modal,,step 2 da buat, step 3 pun sudah,,
Hmmm…. tak tahu nak cakap camane pasal persaraan ni, duit sekarang utk menampung kos hidup masa kini yg terlalu tinggi. Kalau simpan takut tak bit inflasi. Better beli hartanah
Selain rumah sewa, boleh buat kereta/van sewa..
Step 2 dan 3 dah ada..step 1 jer tak ada lagi..
Bab ASB Loan masih berkira2 lagi..huhuu
Ikutkan macam ada yang tak kena.. macam nak gunakan dividen rotate monthly payment (Dividen still tak cukup utk rotate setahun punya bayaran..huhuu
Step 3 dah ada. Step 1 masih belum sebab baru setahun bekerja (lepasan IPT). Step 2 masih ragu-ragu sebab lepas pembacaan yang tak seberapa, hati berat memilih untuk save sendiri.
p/s: cepat lah explain bab step 2 tu huhu
senang cakap..
kena belajar cara nak tambah duit dan bijak kawal perbelanjaan kita.
secara automatik, kita akan mudah simpan duit.
Otak perlu ligat untuk berfikir menambahkan simpanan.
Tidak salah saya dahulu ada Skim Anuiti KWSP untuk pekerja swasta bersara dapat duit dari hasil menyertai Skim Anuiti KWSP. Saya sempat masuk cuma sayang skim tersebut mendapat bantahan. Sekurang-kurang ada pencen ketika bersara nanti.