Subjek Yang Perlu Diajar Di IPT

Reading Time: < 1 minute

Majoriti fresh graduate bila dah start kerja mesti akan buat kesilapan kewangan seperti mengumpul hutang kad kredit banyak-banyak, ambil personal loan untuk dihabiskan masa berkahwin, beli kereta melampaui kemampuan dan macam-macam lagi. Yang tak reti nak apply loan, bayar cukai dan lain-lain tu tak payah cerita la.

Saya tak faham kenapa tiada silibus perancangan kewangan peribadi di IPT? Banyak je subjek elektif buang masa yang boleh digantikan dengan subjek kewangan peribadi ni. Subjek ni tak perlulah detail sangat cuma sepatutnya cover perkara asas seperti:

  1. Taxation / percukaian. Macam mana nak isi borang cukai dan bayar cukai.
  2. Insurance & Takaful. Kepentingan memiliki plan perlindungan.
  3. Budgeting. Macam mana nak uruskan kewangan peribadi.
  4. Investment / pelaburan. Asas mengenai pelaburan unit amanah dan saham.
  5. Loans / pinjaman. Macam mana nak apply loan rumah/kenderaan, credit rating.

Ilmu macam ni berguna untuk semua orang, tak kisahlah jurusan apa yang diambil. At the same time, berguna untuk negara. At least kuranglah orang yang terjebak dengan skim-skim yang mengarut sampai hangus duit simpanan sendiri.

Mungkin ada yang argue ilmu macam ni common, boleh google je. Tapi tak semua yang ada inisiatif sendiri nak cari ilmu. Perkara penting macam ni perlu diajar supaya bila diperlukan, at least dah tau secara asasnya.

Agak sedih dan membimbangkan tengok fresh graduate keluar universiti tapi clueless nak uruskan kewangan sendiri.


Posted

in

by