Student Beli Laptop RM7000

Reading Time: 2 minutes

student beli laptop

Sebelum saya jadi seorang yang nampak macam celik kewangan macam sekarang ni (boleh la sikit-sikit..), saya juga seperti orang kebanyakan. Belanja ikut suka.

Dulu masa belajar, agak mewah. Kat Moscow dapat ‘gaji’ RM2,100 ~ RM 2,200 sebulan. Lebih kurang gaji RM2,500 la kat Malaysia. Sewa rumah, internet, makan, belanja harian semua lebih kurang RM1,600 – RM1,900. Kalau belanja banyak dalam sebulan pun masih boleh save duit sikit-sikit.

Walaupun masa tu saya dah mula berkecimpung dalam unit trust (tahun kedua universiti), saya takdelah hardcore sangat menyimpan. Belanja banyak jugak. Kesilapan kewangan paling besar saya buat masa tu adalah membeli laptop Dell XPS GTX SLI harga RM6500 lebih. Gila. Campur dengan pergi ambil laptop tu kat Pulau Pinang, kosnya jadilah RM7,000 untuk laptop tersebut.

Masa tu saya fikir, yelah.. dah belajar susah-susah dapat pembiayaan pelajaran dan kononnya nak guna laptop tu buat simulasi Matlab dan guna Autocad, jadi ‘dihalalkanlah’ pembelian tersebut walaupun pada hakikatnya nak guna laptop tu untuk main game. Of course, kerja pun jalan jugaklah kan. Kalau tak, tak graduate.

Tapi sekarang ni bila fikir balik, bodoh jugak beli laptop mahal-mahal macam tu. 3 tahun guna dah obselete, teknologi baru, barang komputer makin canggih dan spesifikasi semakin murah.

RM7000 tu kalau ikutkan beli komputer biasa baru dalam RM2,000 – 3,000. Separuh lagi boleh buat macam-macam lah. Simpan dalam unit trust pun boleh dapat RM5,000+ dah sekarang. Ceh.

Jadi itulah kesilapan kewangan yang saya menyesal sehingga sekarang.

Minggu depan saya akan jadi panel untuk bercerita tentang pelaburan kepada pelajar-pelajar di sebuah universiti tempatan yang tersohor. Hari tu jadi moderator, kali ni upgrade jadi panel. Step by step. Sikit hari lagi live talk show kat tv pulak. haha

Cuma, saya bimbang sesi perkongsian saya nanti tak sampai pulak poinnya kepada golongan pelajar yang mendengar. Saya tak nak buang masa mereka dan masa saya.

Jadi, kepada yang membaca, cuba kongsikan apa yang anda semua nak tahu tentang pelaburan / kewangan sebagai seorang pelajar. Mungkin ada kisah kesilapan kewangan yang boleh dikongsikan supaya orang lain tak ulangi kesilapan tersebut.

Wife saya kata, orang MLM dan skim-skim peleburan suka masuk universiti tempatan ni untuk pancing downline. Main ribu-ribu jugak diorang minta modal katanya. Jadi benda macam ni saya nak highlight supaya boleh dielakkan.

Apa-apa pun, terima kasih kepada yang sudi berkongsi kisah. Suruh kawan yang ada kisah kewangan lain untuk kongsi sekali kalau ada. Semoga sesi saya minggu depan berjaya.


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Student Beli Laptop RM7000”

  1. zokan Avatar

    dulu..pakai kakak punya komputer aje.

    takde laptop-laptop. zaman tu, laptop 2k pun rasa mahal gila.

    hehe..

  2. Erni Hasmiza Avatar

    Komputer riba almost 7k ? i think dengan 7k tu boleh dapat dua tiga bijik laptop harga dua ribu non? Omaigod haha…kesilapan masa jadi student poli dulu duit banyak habis sebab makanan.

  3. musadun Avatar

    yg penting dapat belajar dari kesilapan.setakat ni paling mahal yg saya pernah beli macbook air 2ndhand RM2300.

  4. siti hazreen Avatar

    kesilapan masa belajar dulu ialah takut nak gi jalan-jalan discover tempat belajar di Terengganu, alasannya takde kenderaan, tapi boleh je naik kenderaan awam, rugi, memang rugi

  5. ohcikgu Avatar

    dulu..

    pelaburan paling mahal kat universiti..beli buku harga rm300 ke atas..tapi baca tak sampai 30 muka surat.

  6. fara Avatar

    Kesilapan saya masa belajar dulu ialah takde kesedaran menyimpan. Dulu, duit kerja part time habiskan untuk yuran dan makan.

  7. Faizal Fredley Avatar

    kesilapan saya semasa study dulu adalah nak nampak bergaya tanpa ada simpanan. semua barang nak kena up to date…tapi alhamdulillah separuhnya dpt free melalui blog. tp kalau di fikir balik kalau saya saving sikit masa study x der lah struggle sgt bila nak mula start kerja dan hidup di KL….

  8. Noriza Rahman Avatar

    Kesilapan masa student dulu tak pernah beli laptop dan pc pun, hanya guna pc dari turun temurun kakak dengan abang tapi still tak boleh nak menyimpan juga…huhu

  9. Faiz Avatar
    Faiz

    Kalau saya, saya nak tahu macam mana untuk memiliki rumah sebagai aset dan menjana wang sampingan semasa belajar. Atau mungkin kereta…

    1. Ariff Avatar

      Thanks for feedback.

      Tapi student sekarang fikir ke benda2 tu semua?

  10. Mohammad Sulaiman Avatar
    Mohammad Sulaiman

    Macam mana ariff beli rumah pertama ariff?

    1. Ariff Avatar

      Kena selongkar balik blog ni. Saya dah pernah cerita

  11. Amirul Basiir Avatar
    Amirul Basiir

    Nasihat yang bagus . kna bijak berbelanja.

  12. Aida Avatar

    entah lah… takde apa yg silap masa belajar sebab masa belajar bukan rugi apa-apa… sebab memang takde gaji. so tak rugi.

  13. aqmalfaiz Avatar

    Kesilapan pelajar sekarang pulak rasanya ialah pembelian smartphone yang dahsyat-dahsyat. Pun sama konsep juga tu, beli smartphone sampai 2k, 2 tahun cukup, hilang nilai dah.

  14. OhPanduan Avatar

    Kalau masa tu dah harga 7K. Sekarang lagi mahal lah. Bagus bagi perkongsian kepada pelajar bagaimana nak urusankan duit dorg selepas tamat belajar, macam mana nak setelkan hutang PTPTN dengan cepat di sampig nak beli rumah, kereta dan kawin.

  15. akubiomed Avatar

    Cadangan saya lebih baik beli second hand sebab spec pun not bad juga. Kalau zaman saya dahulu guna disket memang cukup bimbang data corrupt. Sekarang kebimbangan tersebut berada tahap rendah sebab ada USB dan Cloud Storage yang reliable.