Semakan Pengeluaran Pelaburan KWSP

Reading Time: < 1 minute

Ramai yang tak tahu tentang pengeluaran pelaburan KWSP. Pengeluaran ini dibuat untuk memberikan pilihan kepada pencarum melabur sebahagian daripada simpanan akaun 1 ke dalam dana unit amanah yang dibenarkan oleh KWSP.

Pengeluaran diharapkan dapat meningkatkan simpanan persaraan pencarum dengan lebih cepat.

Bagi setiap pengeluaran, hanya 30% daripada jumlah amaun yang layak boleh dikeluarkan pada sesuatu masa. Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran lagi selepas 3 bulan daripada pengeluaran yang terakhir selagi jumlah yang layak dikeluarkan masih ada.

Kemudahan ini sebolehnya perlu dimanfaatkan kerana potensi pulangan dengan melabur dalam dana unit amanah adalah lebih baik.

Dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman sekiranya anda kurang arif dalam hal pelaburan. Agak berisiko kalau pelaburan dibuat tanpa pengetahuan yang mencukupi.

Samalah konsep dalam bekerja, ada orang pandai buat akaun dan nombor, jadi akauntan. Ada yang pandai buat sales, jadi jurujual syarikat. Yang pandai mengarah, jadi pengarah. Eh.

Mustahil kalau seorang boleh buat semua benda, betul tak?

Lakukan semakan kelayakan di laman web KWSP.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.