Tempahan dibuka sekarang..
Semalam macam biasa ada class subjek Equipments for Flying Vehicles, subjek feveret aku. Sepanjang semester ni dah macam-macam roket aku belajar dan hari ni roket yang last sekali. Paling besar dan paling kuat. Peluru berpandu ni sebenarnya adalah kelengkapan untuk kapal selam, tapi sebab dia boleh terbang jugak, maka termasuk sekali la dalam silibus. Secara asasnya, peluru berpandu ni boleh digunakan dalam air untuk tembak kapal atau kapal selam lain serta boleh dilancarkan ke udara untuk memusnahkan sasaran di permukaan air tau darat. Ada dua enjin, untuk kegunaan dalam air dan udara dan oleh sebab itu size peluru berpandu ni panjang habis: 8 meter panjang dengan berat 4 tan.
Sebenarnya tak boleh ambil gambar dalam universiti aku ni. Itu peraturan lama tapi sekarang orang macam tak kisah dah dan perbuatan aku merakam video ni pun sebenarnya curi-curi. Sekali seumur hidup je masuk kelas tu. Jalan nak pergi ke kelas tu pun macam masuk ke dalam bilik rahsia bawah tanah. Tak boleh masuk ikut pintu depan walaupun dalam bangunan yang sama dan ada beberapa pintu berkunci sebelum sampai depan kelas tu.
Sebenarnya benda-benda macam ni adalah normal kat sini. Kat universiti ni memang banyak jalan dan bilik rahsia, tempat yang bukan orang biasa boleh lalu lalang ikut sesuka hati jer hari-hari. Bukan macam kat Malaysia, kalau lalu lalang masuk keluar satu bangunan tu, dah boleh agak reka bentuk dia macam mana.
Masa aku tengah rakam diam-diam, sekali pembantu lecturer tu nampak. Pembantu ni kira macam jaga la. Aku tak tau pulak yang jaga ni ada senjata diorang sendiri. Mungkin ada sesuatu yang perlu dijaga dalam bilik tu. Aku pun tak tau. Patutlah masa aku masuk dalam bilik tu, muka dia dah semacam je sebab nampak aku pegang phone tapi dia tak perasan lagi aku tengah rakam time tu.
Jadi bila dia nampak aku tengah syok merakam, dia terus keluarkan pistol dan tembak ke atas dua das. Memang huru-hara time tu. Phone aku terjatuh, battery tercabut. Nasib baik video yang aku record ni dah save secara automatik. Kalau tak memang korang tak percaya la apa yang aku cerita ni. Lepas tu dia panggil aku keluar, kena sound baik punya. Dia marah habis dan cakap benda ni semua adalah rahsia negara Russia dan teknologi ni memang pihak US pun tak dapat nak tiru lagi. Lama gak la kena lecture. Last-last aku kena bayar denda supaya dia boleh tutup mulut dan tak bagitau pihak fakulti. Kalau diorang tahu, memang aku tak boleh masuk exam tahun ni. Nak tak nak terpaksa la jugak bayar 5000 ruble (~ RM500). Perggghh.. habis duit aku..
+ 2 perenggan terakhir adalah rekaan semata-mata. Bunyi tembakan pun aku saje letak. haha!

Comments
49 responses to “Selamat Datang ke Pengkalan Peluru Berpandu Moscow Aviation Institute”
macam sempit je bilik tu
sampai student kena berganjak bila lecturer tu menyibuk nak berjalan ke sana ke mari
lecturer tu cakap english @ bahasa rusia?
tak berapa nak dengar apa yang dia bebelkan..
memang sempit pun
Cakap dalam Russian dan memang ya, sempit. Sini classes dia semua sempit, lebih-lebih lagi kalau lab.
macam mana mau tempah ni? haha
haahaa..
pelik gak, takkan bercerita 500rggt melayang dengan entry santai begini. ekeke
Ariff kau amik course ape dekat Russia? cam bez je ;D
Bagus juga di letakkan peluru berpandu keliling kelas sekurang-kurang memberi inspirasi kepada penuntut. Kalau kali pertama masuk bilik tersebut dan diberitahu perluru berpandu masih hidup mahu cuak juga :-) Kadang-kadang sedih melihat sesetengah kelengkapan makmal institut amat menyedihkan tak kondusif untuk pembelajaran
pergh…aku tertipu olehnya…damn…dasyat la ni…pasni leh la wat peluru sendiri…haha…bangga aku ada kawan mcm ko…hehe
bunyi hasil dari tepuk tangan ka apa tu? gunshot la sangat. hehehe…
haahahahah.. aku amik file bunyi gunshot kot.
menakutkan la tengok peluru berpandu tuh. tapi entri mempunyai jalan cerita yang sangat bagus. especially dua perenggan terakhir,,huhu terkono den.
muahahaha..siyes ai pun terkena ni..tembak2 ye..??
okeh, paham daa. hehe, tertipu gak dalam 10 saat.. hoho, cool gile bleh gi tengok terpedo.. hehe, aku kat sini tengok gas gangrene jer manjang. hahaha
oleh kerana ramai yg dok kata hang siot bro
aku tak sampai hati..haha!
harap pasni ilmu bob macam tu boleh bawak balik la share dgn belia2 kat sini
haha.
hahaha…tertipu la pulak adesss tension tension :D
keren euy…
Pehhh…
bro..nti bwk balik sebiji..gua nk ltak kat rumah~
hehehe..mahal tuh kena bayo..adehhh..
tp yg ko tnjuk rakaman nie,kang tak kantoi lak?
Tempahan untuk peluru berpandu @ tempahan untuk Ariff ?
Haha~
Peluru berpandu jer. hahaha~
siot jerr……haha seb baik tenet aku slow nak streaming video so sempat dulu baca notes kat bawah tu… u win! haha…
wah..menarik lah dapat pergi tempat cni..fyi sy amek kos aeronautik..so mybe i can get some info from u,ariff?..
ingatkan betul2 encik jaga tu tembak..ciss ariffshah..you really got us! @_@
hahaha…real la bro cite ko…siot jer…
hampir nak percaya psl tembak2 tuh…
hahaha…
bnyk jln rahsia mcm tempat harry potter study tue ke?
pergh… roket la cio0t.. bace2 pnye bace.. ingatkan btol.. pas tgok video cam best tup2.. bwah kne kencing.. mcm ciiii.. xpe dmaafkan aslkan dpt tgok roket.. ahahhaa.. =p
Laa….kena denda tu acah ja la? bru nak kata padan muka..hehehe
La..rekaan aja ka time kena denda tu? Baru nak cakap padan muka..hehe..
Aku baru je nak taip “Gila ah main tembak2 macam tu ajer”
tapi bila baca
“2 perenggan terakhir adalah rekaan semata-mata. Bunyi tembakan pun aku saje letak. haha!”
aku pun gelak HAHAHAHAHAHA jugak…hampes..
What is POLITICS (in real definition) ..
hampir2 percaya bila baca 2 perenggan terakhir tu…cis3…
seb bek tak kena tembak btul2…tp klu kena tembak,xde nye entri ni muncul dgn cpt….hahaha…
yg dk tunjuk2 peluru berpandu 2 lecturer la ea?die ckp bhs pe 2?x jelas…hehehe
gila lah menipu mcm tu sekali.nampaknya penipuan besar ni betul2 buat saya nak report kat tv3 je.bukti dah ada..juz pakai penulisan entri ni.tinggal lagi nak telefon je.
p/s : no. tv3 pun saya tak tau.hahaha
Tak aci la main report2 ni
banyak jalan n bilik rahsia..
ini suspens pnyer tempat ni.. cam makan berbulan2 je nak ngafalkan jalan kat dalam tu.. hehe
cis…
mamat tertipu….
huhuhhuuhuhu….
tapi yg last skali 2 bunyi ape????
Bunyi tu aku letak. haha..
Sepatutnya bunyi pistol la..
aduhai…
sakit prut aku ketawe…
huhuhuhuhu….
hahahhhahaha…..
btw, law ade mase sudi2 r bagi advice @ pandangan dkat blog aku…
^O^
damm. mati2 ingat betul la. haha
tapi klau ada macam tu mmg gila la.
meti belobang2 bunbung universiti tu
sbb kena tembak. haha
perghhhh!!! aku dah pecaye da!!! :| adoi…
aku tertipuuuuu…
hahahahaha…
tipu tapi macam betol..kena tipu hdop2..
Fuhh!! gempak betullah Study cam ngko beb!!! aku pun suka pasal jet2 nie…
Hahaha..terkena aku..
aku ingatkan betul2 tadi;)
tapi kalau tak baca ayat last kat bawah tu..mesti aku dah percaya
pandai menipu yea? HAHA.. entri sebenarnye pendek, tapi menipu memanjangkan entri. ;D
haha.. kalau ikutka hati aku nak buat cerita masuk hospital sume tapi malas lak..
Sekali sekala.. ni sebab stress dekat nak exam.
haha…bagi suspen je..
Aku risau ko jadi macam kes warga Amerika yang menyamar dalam Rusia tu je…tak pasal-pasal nanti kena soal siasat atas kerusi letrik…hahaha…
aku dah agak dah..haha..best la kelas ko..mcm2 bleh blajar..
Ni kalau kena tembak, celah mana boleh update ni Ariff Shah oit?
XD
BTW, universiti kamu di kubu rahsia ke apa?
:p
siot, ingatkan tembak betul2.. :p