Review 2014

Reading Time: 2 minutes

ariff shah

Sekadar coretan peribadi.

1. Mulakan tahun dengan hidup berdua, tak lagi keseorangan. Alhamdulillah.

2. Start kerja di MNC yang terkenal di seluruh dunia aviation. Nasib baik sekarang dah stop kerja situ. Kalau tak mesti panas punggung sekarang sebab ada kapal yang mereka jaga jatuh.

3. Tukar kerja ke MNC lagi satu. Penyakit bila masuk MNC ni ialah, once you’re in one, next, next pun still MNC.

4. Tempat kerja selesa. Datang awal balik awal. Balik lambat 10 minit pun team leader dah bising suruh balik.

5. Buat takaful. Memang tak pernah terfikir, tapi benda takaful inilah benda yang semua orang perlu ada melainkan orang yang kaya juta-juta billion-billion. Apa jadi ada duit sendiri. Untuk orang biasa, apa jadi, at least adalah Takaful.

6. Set certain target untuk takaful. Achieve 95% daripada target tu. Alhamdulillah.

7. Pergi Singapore, Bali, Jepun. Oklah. Masih menunggu nak pergi Zurich.

8. Incoming first child. Alhamdulillah.

9. Signed S&P untuk second house. Alhamdulillah. Target nak beli satu rumah tahun ni tercapai.

10. With that said, tercapai jugaklah target nak beli kereta sendiri selepas membeli rumah kedua. Alhamdulillah. Kereta belum sampai sebab no plat yang ditunggu-tunggu belum tempah. Haa.. tunggulah kau..

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan dan memang terkongsi pun dalam blog ni. Sekadar snapshot balik untuk review dan buat strategi untuk 2015.

Tinggi jugak benchmark yang saya set untuk tahun ni. Ye la.. tahun 2015 kena lebih baik daripada tahun 2014 kan. Second baby maybe? Third house? Jadi manager kat MNC?

Selamat 2015!


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Review 2014”

  1. blog amir Avatar

    Kenapa MNC? Hehe

    1. Ariff Avatar

      MNC banyak duit

  2. Haridah Avatar

    MNC tu apa ek… hihihi sori2… baru baca… hahah..

    Teruja ai.. dapat beli rumah.. dapat beli kereta..

    1. Ariff Avatar

      Multi national company. Syarikat antarabangsa

  3. akubiomed Avatar

    Tiada apa yang dapat dinilai dan dibanding apabila bakal menyambut kelahiran anak pertama. Anugerah melebihi segala-galanya.

  4. emalinmohd Avatar

    Tahniah! Pencapaian terbaik tu…

  5. aqmalfaiz Avatar

    Terbaik achievement bro…semoga beroleh achievement yang lebih baik untuk 2015

  6. guliroket Avatar

    dah nak masuk tahun 2015 dah.

    tak lama dah nak sampai 2020..

  7. Nurul Fazreen Othman Avatar
    Nurul Fazreen Othman

    congratulations & happy new year!

  8. mohdhiruan Avatar

    semoga ada lebih khabar gembira disepanjang 2015 nnt.

  9. Ainie Avatar

    Semoga tahun 2015 boleh anda terus berjaya dalam kerjaya dan hidup dengan ceria.

  10. Your wife Avatar
    Your wife

    second baby???!!! Amboih amboih.

  11. Muaz Avatar

    Selamat tahun baru tuan Ariff Shah.

    PS: Semoga tercapai second baby. hehe