Renovation Rumah

Reading Time: 2 minutes

ariff renovation 2

Busy. Sampai bulan depan busy macam ni..

  • Kalau boleh dapatkan quotation beberapa kontraktor, tapi sebab sendiri busy dan dah biasa dengan sorang kontraktor ni (+ recommendation kawan), maka tak kisah sangatlah.
  • Dapatkan breakdown quotation tentang apa yang dicaj. Dari breakdown boleh mintak diskaun sikit-sikit pada satu-satu item. Bila dijumlahkan, banyaklah diskaun yang diterima.
  • Beli sendiri barang. Kalau suruh kontraktor beli, confirm ada mark up. Bila beli sendiri, boleh kawal kualiti barang yang dibeli. Kalau suruh kontraktor beli, selagi kita cut cost, harga barang yang dibeli pun makin murah (kualiti rendah).
  • Bajet masing-masing, tapi saya kalau boleh tak nak lah kedekut sangat untuk renovate rumah sendiri.
  • Kalau buat tile untuk bilik mandi, eloklah buat water-proofing sekali untuk mengelakkan kerja dua kali kalau tiba-tiba bocor pulak nanti.
  • Renovate bilik air makan kos paling tinggi.
  • Kalau nak buat built-in cabinet, buat untuk dapur sahaja. Wardrobe tak payah. Sekarang dah ada Ikea, kos lagi jimat kalau beli kat Ikea berbanding built-in wardrobe.
  • Pastikan wiring semua dibuat sebelum cat. Mana plug yang tak cukup, boleh tambah. Untuk nampak cantik, wiring ni semua kena buat dalam dinding.
  • Pilih cat pun boleh jadi isu antara cat yang murah, cat dengan kandungan VOC rendah, cat yang nampak sempurna atau cat yang nampak bersinar. Padahal nak cat warna putih je..
  • Barang-barang untuk bilik air jenama Johnson Suisse lagi murah berbanding yang dijual di Ikea. Bukan semua benda murah kat Ikea.

Renovate rumah ni macam nak kahwin la.. Semua kos kena keluarkan sebelum dateline yang ditetapkan. Kalau kahwin, dateline dia tarikh perkahwinan, tapi dalam hal renovate rumah, dateline dia adalah masa kita nak pindah masuk nanti.

Senang cerita, kalau nak renovate, buat semua benda sekali supaya bila dah pindah masuk nanti tak pening kepala. Bila nak buat semua sekali, lump sum cost pun meningkat.

Dalam erti kata lain, ready jelah $$$.

Kalau takaful dan semua pilihan lain dalam hidup saya nak yang terbaik, takkanlah rumah nak buat biasa-biasa. Mesti nak yang terbaik jugak.


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Renovation Rumah”

  1. nur Avatar
    nur

    Salam, boleh suggest contractor yang renovate your house. So far camne ye perkhidmatan kontrator tersebut.

    Tq.

  2. KERETA SEWA SUBANG Avatar

    pemilihan kontraktor amat penting….. kalau boleh riki riki dulu prevoius projek dia, success ke x. yang penting kontraktor tu pentingkan kualiti dan siap dalam tempoh masa y ditetapkan.

    kalau kualiti hampeh dan terbengkalai…. memang sedih dan amat mengecewakan. pedih sampai ulu hati tu…. hu3

  3. mohd Avatar
    mohd

    cantik. apa nama condo ni?

  4. Noriza Rahman Avatar

    Banyak $$$$ lagi cantik la renovation kan…

  5. Kereta Sewa Shah Alam Avatar

    Terbaik info, boleh dijadikan rujukan bila nk renovate rumah nanti. Sekarang ni rumah pun belum ada lagi, sob sob..

  6. Kucing Avatar
    Kucing

    Boleh comment cat putih mana yang terbaik?

    Harga berpatutan + quality.

    Terima Kasih ;)

  7. mohdhiruan Avatar

    bab cat dinding tu kalau nak mudah pakai wallpaper je.

    1. Ariff Avatar

      Wallpaper tak kena dengan citarasa. Lebih suka simple

  8. Sue Avatar

    Betul.. Setuju sangat22..
    Hal renovate rumah ni ready duit je. Walopon rasa nak nanges tengok duit keluar macam air tapi puas hati sebab rumah sendiri

  9. Aida Avatar

    Haa… stress baca entry ni bukan apa, teringat pengalaman pindah masuk rumah sendiri dulu. Even tak buat renovation masih jugak pening dgn cleaning, painting, perabot, kitchen cabinet, wet kitchen :)

  10. hannan rifqi Avatar

    boleh jimat banyak tu kalau baiki sendiri tu.

    1. Ariff Avatar

      Betul.

      Tapi kena tengok jugak skop kerja. Yang nak dibuat ni major, memang tak lepas nak buat sorang. Kalau setakat cat tu, boleh dipertimbangkan lagi.

  11. haiqal Avatar
    haiqal

    Nice.

    Saya pun cita-cita nak beli rumah lelong,lepastu renovate lawo lawo..