Bagi yang pernah suatu masa dulu menghadapi masalah jerawat, pasti akan berdepan dengan masalah parut jerawat yang memang takkan hilang kalau tak dibuat apa-apa. Baru-baru ini saya berpeluang untuk mencuba rawatan laser Infini di klinik Monette Ansley untuk menyelesaikan masalah parut jerawat di muka saya.
Dr Adam Tan telah sudah berada dalam bidang aestetik lebih daripada 15 tahun dan pernah berkhidmat di beberapa negara lain sebelum membuka klinik Monette Ansley. Dengan pengalamannya menyelesaikan masalah kulit beribu-ribu pesakit yang terdiri daripada pelbagai tahap umur, jantina dan bangsa, sudah pasti dia mampu memberikan solusi yang terbaik untuk setiap pesakit.

Rawatan Infini dilakukan dengan mesin khas Infini yang menggunakan kombinasi jarum mikro dan frekuensi radio untuk membantu meratakan permukaan kulit. Kelebihan rawatan Infini ialah downtime selepas rawatan lebih pendek berbanding rawatan micro-needle biasa.
Walau bagaimanapun, seperti rawatan micro-needle lain, ia perlu dilakukan dalam beberapa sesi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Sesi konsultasi bersama Dr Adam Tan sangat membantu untuk saya memahami masalah parut jerawat dengan lebih terperinci dan langkah-langkah untuk mengubatinya. Selain daripada rawatan Infini, dia juga menerangkan alternatif rawatan lain termasuk kelebihan dan kekurangan pada setiap rawatan.
Dalam mendapatkan rawatan aestetik, penting untuk pesakit memahami masalah dan pilihan yang ada sebelum membuat keputusan dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut 100% pada doktor yang merawat. Lagipun, rawatan seperti ini datang dengan kos yang tersendiri, jadi sangat penting sebenarnya untuk memahami apa yang kita belanjakan dan pilihan lain yang ada yang mungkin boleh memberikan lebih nilai pada wang yang dibelanjakan.
Walaupun sesi rawatan saya bersama Dr Alan ditaja sepenuhnya, dia menerangkan bahawa sesi konsultasi yang dilakukannya adalah rutin penting bagi memastikan semua pesakit yang ingin mendapatkan rawatan kulit daripadanya benar-benar berpuas hati dengan rawatan dan perkhidmatan yang disediakan.
Klinik Monette Ansley baru sahaja dibuka semula pada tahun 2019 selepas mereka berpindah ke premis baru sekarang. Segala kemudahan dan fasiliti masih lagi baru. Saya pernah ke klinik lain sebelum ini dan senang cerita klinik Monette Ansley adalah yang paling selesa setakat ini. Untuk rawatan ini dan dengan kos yang dikeluarkan, keselesaan semasa mendapatkan rawatan juga merupakan satu kriteria penting yang perlu dijaga.
Entri ini ditulis selepas saya menjalani dua sesi rawatan laser Infini. Orang rumah cakap nampaklah jugak hasilnya di mana parut yang besar dulu dah kurang sikit. Mungkin selepas sesi ketiga dan seterusnya akan nampak perubahan yang ketara. Apa yang saya boleh kata, luka yang terhasil akibat rawatan Infini lebih cepat sembuh berbanding rawatan micro-needle sekaligus mengurangkan down-time (tak boleh keluar rumah).
Tak sabar nak tunggu hasil akhir rawatan saya. Bagi yang sedang mencari pakar aestetik untuk merawat apa sahaja masalah kulit atau mencantikkan diri, boleh melawat klinik Monette Ansley dan dapatkan dulu konsultasi daripada Dr Adam. Sebaik-baiknya dapatkan dulu konsultasi daripada pakar bertauliah yang berpengalaman daripada terus membeli apa-apa pakej rawatan di luar sana yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Maklumat berkaitan Klinik Monette Ansley:
- Alamat: Monette Ansley Clinic by Dr Adam Tan PG-13 (Ground Floor), Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, 47410 Selangor
- Laman web – https://monetteansley.com (English)
https://monetteansleyclinic.com - Instagram @monetteansley_clinic