Rahsia Buat Untung Dalam Unit Trust?

Reading Time: < 1 minute

Tak susah nak buat untung dalam unit trust kalau faham pergerakan pasaran.

Masalahnya sekarang ramai orang tak tahu tentang pergerakan pasaran tapi invest dalam unit trust.

Kena terima hakikat dalam hidup ni, kita tak boleh jadi pakar dalam semua bidang.

Mungkin kita hebat dalam pekerjaan kita, dapat kenaikan pangkat dan sebagainya, tapi tak semestinya kita mampu buat benda lain dan dapat keputusan yang baik.

Betullah memang ramai pun consultant yang tak tau secara teknikal tentang pasaran, tapi siapa buat keputusan nak bagi consultant yang tak pakar ni uruskan?

Kenapa tak buat background check terhadap consultant tu dulu?

Sekarang ni semua orang ada media sosial. Boleh tengok sendiri consultant anda tu sebenarnya macam mana. Orang macam ni boleh ke manage duit anda?

Jadi begitulah.

Berbalik pada topik, tak susah sebenarnya nak buat untung dalam unit trust.

Pertama, kena faham keadaan pasaran. Untuk memahami keadaan pasaran kena berada dalam circle yang memang kerja hakiki mereka di bank pelaburan.

Rujukan saya adalah seperti berikut:

  1. Head of Economist RHB – conference call mingguan
  2. Laporan ekonomi mingguan Blackrock Investment Institute – google siapa Blackrock
  3. Komentar ekonomi daripada beberapa profesional yang berkelayakan CFA – google apa kelayakan CFA ni
  4. Komentar pasaran daripada pengurus dana di bank antarabangsa

Daripada input mereka dan pengalaman saya sendiri melabur secara terus dalam pasaran saham MY & USA, dapatlah saya berikan recommendation kepada client2 saya.

Itu je rahsia dia. Kalau anda boleh buat macam ni, saya jamin anda sendiri boleh untung. Nak jadi consultant pun boleh untuk tambah pendapatan.

Sekarang memang perlu ada lebih ramai consultant yang betul2 tahu apa yang mereka buat dengan duit client. Yang dulu-dulu tak betul tu cukuplah.

Kalau tak boleh buat sendiri, maka dapatkanlah consultant yang boleh.

Saya banyak menulis di Facebook dan LinkedIn. Silakan add. Juga boleh Whatsapp terus kalau nak sembang lagi

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.