Proton Iriz Tak Laku?

Reading Time: < 1 minute

IMG_4975.JPG

 

Berdasarkan laporan The Edge minggu ni:

  1. 17,000 tempahan Iriz sebelum ni hanyalah tempahan online tanpa deposit. Hanya ~4,000 tempahan dengan deposit diterima selepas pelancaran. Ini adalah berdasarkan laporan vendor kepada The Edge yang mengatakan tempahan parts untuk Iriz hanyalah pada kadar 60% pada bulan pertama pelancaran.
  2. Perodua Axia pula dikatakan menerima tempahan sehingga 46,000 unit setakat ini dan 12,000 unit Perodua Axia sudah berada di atas jalanraya.
  3. Dikatakan Perodua Axia telah mengakibatkan penurunan jualan Perodua Myvi.

Apa yang boleh disimpulkan?

  1. Walaupun Iriz mempunyai ciri keselamatan yang bagus, majoriti rakyat Malaysia masih lagi belum mampu untuk memiliki kereta yang selamat. Mereka lebih rela memilih kereta tanpa ABS/EBD daripada membeli kereta yang berharga RM20,000 lebih mahal untuk memiliki ciri keselamatan tersebut.
  2. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang, penjimatan kos adalah aspek penting dalam kehidupan seharian.
  3. Proton juga masih lagi dibayangi dengan imej negatifnya sebagai sebuah pembuat kereta yang bermasalah.

Secara peribadi, saya pun akan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dulu kalau saya nak beli Iriz. Memang betul, imej negatif pada Proton memang sukar untuk diubah. Apa pula kata anda?


Posted

in

by

Comments

82 responses to “Proton Iriz Tak Laku?”

  1. ANCAP Avatar
    ANCAP

    About ANCAP.phm leklok ANCAP stand for ?The Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) is Australasia\’s leading independent vehicle safety advocate. ANCAP provides consumers with transparent advice and information on the level of occupant and pedestrian protection provided by different vehicle models in the most common types of crashes, as well as their ability – through technology – to avoid a crash.more info : google je ANCAP

  2. edyferdaus Avatar

    Tatau la. Stakat ni belum dengar sebarang komen negatif drpade pengguna iriz kecuali yg mmg tak suka proton,
    Dalam process tunggu kelulusan kereta iriz atau myvi,
    Mana loan apprved dulu, itulah yang akan sy pakai, student lg, blm mampu nak beli kereta luar negara.
    I believe the ability of new proton iriz…and of courses myvi

    1. ibnabdillah Avatar
      ibnabdillah

      Saya pakai iriz 1.3MT. Sangat puas hati. Amek corner laju2 pun sedap. Suspension not bad. Power nak pecut pun ok. Bolehla cukup nak potong lori kat jln dlm tanpa ragu2. Previously pakai Myvi(2007), definitely iriz lg sonok. Setakat ni average fuel consumption 7.2l/km urban + highway…most of the time jln jejauh.

      The not so gud part: Gear kena tolak jauh.ada org suka,ada org tak suka.depends. Saya kecik org nya.

  3. fuad Avatar
    fuad

    Pada pendapat saya, timing pengeluaran Proton model IRiz yang bersaing dengan Perodua model Axia yang agak serentak menyebabkan ianya tidak laku.Dan harga yang murah menjadi kayu pengukur. Perodua mmg terbukti telah menghasilkan model yg jimat minyak spt myvi & viva

  4. ahud Avatar
    ahud

    kalau beli kereta mahal-mahal tapi tak mampu bayar installment buat apa…baik beli kereta yg mampu milik dan mampu bayar

  5. FLAVA PICTURES Avatar

    Proton berkait rapat dengan persepsi dan anggapan orang tentang kereta2 yang lepas. baru2 ini ada cerita viral di FB seorang lecturer mengadu masalah bila pakai iriz. Agak tough nak betulkan persepsi.

  6. haider Avatar
    haider

    Teruk betul mentaliti org malaysiani. Belum apa2 dah kata tak mampu beli lereta selamat.
    Beli myvi boleh pulak berlumba2. Harga iriz sama je dgn myvi

  7. asd Avatar
    asd

    dah pakai axia advance for 3 months kot…another 1k before 1st service

    1. FC
    – In town driving – average 14.5 to 15++ km/l
    – highway (kl-melaka) – 17to 18km/l (rasa kalo lagi jauh lagi jimat) on average 110-120km/hr
    – fuel tank rasa mcm cepat habis..maybe sbb kecil..
    -total distance for 1 fuel tank roughly about 450km kot…plus minus laa
    -top speed 130km/hr kot

    2. Speed/acceleration
    – flat – superb driving @ 120km/hr
    – rolling/undulating road – speed drops significantly and enginer kinda sluggish upon incline…need to press more throttle to maintain speed
    – 60-100km/hr – sluggish feeling..slow to reach 100km/hr
    – nak potong kereta kat jalan lama x confident sbb xde pickup.
    – nak keluar laju dr simpang pon sama…theres delay 2s in response when pressing the throttle…so u better make sure the dist of incoming car is suffice.

    3. handling – superb

    4. comfort
    – suspension – superb..less bumpy than myvi.. good for long distance travelling..
    – aircond- suck big time….tak sejuk
    – audio- good
    – door lock..sorry no automatic door lock upon pressing brake or moving..

    Verdict – u might want to consider for lower version..if on tight budget..good car but wish the engine to be slightly better and powerful like ford eco boost 1.0…

    btw i have tested iriz 1.3…best jugak..but concern is FC and its reliability….mcm axia it is a proven product …iriz is a NEW product on the road..but hey, proton has improve a lot..

  8. Shraqs Avatar

    Aku tak peduli apa org nak kata, skrg ni tunggu kereta sampai je.. Iriz as a second car.

    Personally, aku pegi buat drive test 3 model, iriz, axia, n fiesta.

    Sape yg belum cuba, aku syorkan sangat2 korang pegi buat drive test iriz baru korang tau kelebihannya.

    Handling, insulation, stability memang terbaik.

    Ps: keta ni besi n memang normal la kalu rosak sana sini..lebih2 lagi parts yang wear n tear.

  9. muaz Avatar
    muaz

    Saya nak beli kereta soon..tapi iriz xkan jadi pilihan sebab harganya walaupun proton offer safety yg bagus..mungkin kemampuan saya belum lagi untuk kereta yang safety..
    So proton boleh buat komen ni sebagai rujukan untuk letak harga kereta anda..hehe..peace yaww!!

  10. rahimah Avatar

    Kereta bukan priority saya sebab saya bekerja dari rumah. Duit lebih nak beli rumah lain atau jalan-jalan tengok negara orang.

  11. Abdfatah Avatar

    Apa? Tidak laku? Kenapa tak laku? Rugi sakan kalo tak laku.. Siapa yg nak beli?

  12. Hasnieda Avatar

    memang betul… bukan senang nak buang imej negatif yang dah terpalit.. it’s a challenge for Proton to wipe that off… tapi, frankly speaking… Iriz may be good in terms of safety aspect… the design?… not that nice… :)

  13. Devy Mitchel Avatar

    seperti ada yg komen, rasanya proton perlu giatkan promosi. online, bukan online, dan sebagainya… takut proton ni langsung tak dipandang suatu hari nanti..

  14. Qider Avatar

    Kalau melibatkan kos, rakyat Malaysia ramai tak mampu nak beli kereta yang selamat. Sebab di Malaysia ni, kereta selamat semuanya 100k ke atas..

    1. Savvy88 Avatar
      Savvy88

      Proton Iriz standard 42k je kak. safety 5 bintang ASEAN NCAP.

      1. Qider Avatar

        Mungkin akak kena test drive dulu..Tapi kalau 42k pun tak mampu, memang kesian sangat rakyat malaysia ni..

        *termasuklah yang menaip ni jugak

  15. Suriya Avatar

    wow, banyak sungguh yang komen. yelah kita semua ada pandangan masing-masing, based on our belief and experience. tapi kalau saya, lebih prefer produa. kelisa yang saya beli 8 tahun lepas, masih elok dipakai oleh adik sekarang. masalah kecik-kecik biasalah, tapi tak pernah sampai kena angkat enjin

  16. Kad Kahwin Murah 2014 Avatar

    Memang minat dari segi spec, bentuk dan harga tp tgh wait n see tgk feedback dari pembeli-pembeli Iris. Btw kena gak sokong produk Malaysia =)

  17. Zul Avatar

    Kalau sy mungkin akan amik Axia..Perodua dari segi ketahanan kereta dia lebih lasak drp imej proton yang byk masalah elektronik..mungkin ini yg jadi faktor org takut nak mempercayai jenama Proton..

  18. Kaki Wayang Avatar

    Alhamdulillah dapat rebate sebanyak RM5600.00 untuk Proton Iriz 1.6 CVT Premium..

    Bayar RM6888.00 untuk 10% DP..dan mendapat refund sebanyak RM5600.00 (rebate)..

    1. Ariff Avatar

      Baru launch dah kasi rebate? Memang wow!

      1. Kaki Wayang Avatar

        Update terbaru..dapat rebate (refund) sebanyak RM6000.00..bayar RM6888.00 dapat rebate RM6000.00..kemudian jadikan refund tu sebagai DP RM12888.00..baru semalam sign agreement..

        Minggu depan dapat Iriz..hope semua berjalan lancar..

        1. Curios Avatar
          Curios

          Kat mana nak dapat rebat tu bro?

      2. Mr Truthfact Avatar
        Mr Truthfact

        Tak ada yg pelik pun kalau car manufacturer bagi diskaun (rebate) kepada customer since now dah nak hujung tahun. Mana2 manufacturer juga bagi rebate utk get volume (u can search newspaper for car year end discount) toyota, honda & semua manufacturer since people usually hold their purchase till next year. Ini namanyer Strategy permasaran..Proton juga tak terkecuali. Jangan sempitkan pemikiran anda…

        1. Kaki Wayang Avatar

          Buat pengetahuan saudara..kereta baru tidak akan ada rebate atau diskaun..setahu saya itu adalah kebiasaan bagi apa jua kereta baru..dan buat pengetahuan saudara bukan semua Iriz ada rebate..dan bukan semua showroom memberikan rebate berkenaan..

          Buat masa ini, hanya Iriz berwarna merah sahaja yang mempunyai rebate..warna seperti silver moon dust atau yang lain tidak ada rebate berkenaan..even RM1000.00..tapi buat masa ini hanya Iriz berwarna merah sahaja ada rebate RM5600.00 itu..

          Dan pada ketika ini..refund berkenaan kini sudah dinaikkan ke RM6000.00..

          1. curious Avatar
            curious

            Boleh bagi contact number dealer tak?

          2. hadi Avatar
            hadi

            salam tuan,

            boleh bagi num contact dealer yg boleh dapatkan rebate sperti tuan kata x? Memang nk angkt iriz dlm masa terdekat ni. TQ

  19. hijry Avatar
    hijry

    Saya dah pakai perodua myvi dah dalam masa yang sama baru beli saga flx. Pengalaman saya, myvi 4 tahun baru tunjuk simptom nak rosak, manakala saga flx tahun pertama dah macam2 kene masuk bengkel. Nak support kereta nasional, tapi hati sakit sapa yang tahu… Jangan la asyik melenting kalau ade komen buruk pasal proton…

    1. Amir Avatar

      betui bos..power window rosak, cover kepala gear tercabut..

  20. ohcikgu Avatar

    proton kena kasi kuat lagi promosi tu. hoho..

  21. Arjuna Beta Cute Sangat Avatar
    Arjuna Beta Cute Sangat

    Saya rasa bukan x laku. Delivery pertama dh dibuat pd awal november baru ni. Tempahan Axia mgkn byk, tp waiting time dia boleh cecah 3 – 4 bulan. On the other hand, Iriz bukan target utk pengguna Myvi skrg, tp mgkn utk mereja yg nk cari 2nd car. Young executive pun pasti memilih Iriz kerana rekaan & ciri2 nya jd idaman org muda. Iriz & Axia lain segmen nya & lain target market. Apa yg sy paling kagum Iriz boleh kasi ESC sbg ciri standard yg ada pd semua varian nya. Sesiapa yg pernah terbabas atau accident, mcm sy, pasti akan sgt menghargai ciri2 ini. Iriz 1.3 cvt yg sy order bakal sy dpt akhir tahun ni sbg kereta kedua setelah sy amat2 berpuas hati memiliki proton persona sy selama 5 tahun… :)

  22. Raihanah Ahmad Avatar

    sukar nak hakis imej proton. yang elok2 dijual diluar negara, rakyat dapat yang kurang elok. quality tak jaga. harap dapat diperbaiki.

  23. Samurai G Avatar
    Samurai G

    Proton sebenarnya dah banyak berubah. Sy sendiri pengguna kereta Proton hampir 9 tahun dan sangat berpuas hati dgn kereta sy. Isu yang sering dibangkitkan ialah isu Power Window. Proton sngt mementingkan kualiti of their car. Sebab itu Proton berani beri ‘lifetime’ warranty for Power Window. Proton sudah memperbaiki mutu Power Window mereka. Tapi korang mestilah follow the routine schedule for your service car.

    Ada perbezaan between Iriz & Axia..Kalau anda berminat membeli Axia (RM25k) with no safety, Empty for everything …dipersilakn. Lower end variant for Iriz dilengkapi dengan at least 2 airbag. Siapa kata kereta Iriz mahal? Hanya beza RM2k with Myvi (1.5l) and you will get full spec of Proton Iriz..so pilihan di tngan anda..

  24. ctee Avatar

    walaupun kurang berminat dengan proton, ramai ahli keluarga saya guna proton termasuk suami. Majoriti nak cari yang berpatutan seperti perodua tapi ada juga yang inginkan keselesaan melalui proton. saya ? saya pulak hanya bertemu jodoh dengan hunydai inokom dan skrg honda. Jom baca entry baru saya

  25. Ani Haryani Avatar

    Saya memilih perodua. Untuk pilih proton, Ani lebih memilih pendekalatan melihat. Tapi tetap memilih perodua.

  26. Teoh Avatar

    Saya rasa dia tak laku kerana pada harga ini, dapat banyak alternative yang lebih baik, macam boleh top up sedikit dapatkan Swift, i10, Mirage dan lain lain yang bukan Proton

    1. iman Avatar
      iman

      alternative lain tak sama ngan apa yg Iriz tawarkan dari segi safety features dan lain2. pls compare the specs

    2. din Avatar
      din

      haha mirage..aku ada sebijik full spec lg…nk menyesal xbleh..minyak mmg jimat..handling mmg out..1st week pakai brake dh problem..smpi 3minggu nk tunggu parts..nyawa beb …bkn power window..brake prob..lately bila nk start ada bunyi crank kuat sgt..lain mcm bunyi mmg terkejut dgr…gi sc..check2 xde plak bunyi..gb cvt pun ada mcm jerk skit..lebih kurang exora bapak aku..tp bg aku la..semua kereta mmg ada mslh..kereta mahal or murah..majoriti org dulu pakai proton..ms tu plak proton bermasalah..so org dh pandang negative..bg aku proton byk improve..sape bg waranty lifetime power window..aku dh pakai savvy,saga blm,gen2 alhamdulillah xde masalah..tp ada sebiji alza…switch power window problem..xsmpi 6 bulan..naik muak aku gi report..bg aku masing2 punya duit ada hak utk memilih..jgn plak bila pakai kereta import ckp xde problem pdhal nk cover malu..salam semua

  27. Mazni Azmi Avatar

    Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Bagi pengguna yang baru bekerja memang tak sesuai beli kereta mahal

    Kereta pertama sekadar cukup untuk beralaskan hujan dan sedikit keselesaan untuk outstation

    Kereta baru yang safety tinggi dan harga mahal menyebabkan aliran tunai keluar tinggi

    Nak pergi kursus dan simpan buat invest ment pun tersangkut gara gara duit banyak ditarik pada kereta dan keperluan

    Servis dan macam macam lagi

    Saya sendiri akan lebih cenderung beli kereta second yang masih cemerlang keadaannya daripada beli kereta baru dalam keadaan sekarang

  28. alantsukasa Avatar
    alantsukasa

    normal la hujung tahun, semua tunggu promosi dan rebate next year..
    pembeli sekarang dah bijak..
    nak beli mesti tunggu rebate punya, senang nak cut-off deposit kereta baru..
    tapi jangan tunggu lama-lama, GST is around the corner..

  29. mayor Avatar

    Dah serik pakai proton, kalau nak guna pun, tunggu biar orang pakai dulu, kalau ok baru beli, tu pun untuk second car jer….

  30. lackoffacts Avatar
    lackoffacts

    Walaupun saya dah booking Perodua Axia, apa yg dikatakan oleh blog ini amatlah tidak berasas berkenaan dgn Proton Iriz.

    Proton Iriz bukan tidak laku, sebab kebanyakan stock hanya akan ada hujung tahun ni dan awal tahun depan untuk kesemua jenis package dia.

    Maka, amatlah normal jika booking utk Iriz utk buat masa ini dlm bilangan yg rendah sebab tak semua boleh bersabar untuk mendapat kereta baru dlm masa terdekat.

    Insyallah dlm December 2014 – March 2015, booking utk Proton Iriz akan bertambah masyuk dan ramai akan membelinya.

  31. keyboard warrior Avatar

    Saya pakai kete preve.. Stkt ni kete preve saya ok je.. maslah? Normal laa..
    power wndow.. dashboard gegar.. gear shift prblem… normal je tu. Minor problem… kete kita ada warranty.. guna la warantty yg dah dibagi tu.. hak kita sbgai pengguna tu.. warranty 5 tahun.. claims je apa yg blh diclaims.. hak kita..kita claims je

    1. AA Avatar
      AA

      malas nk gi SC asyik2 problem

      1. Mazni Azmi Avatar

        Saya pakai Myvi tahun 2009 sampai sekarang alhamdulillah.

        Memang puas hati.

        Sayang negara juga tapi kalau cukai sana sini kebajikan rakyat marhaen pun tak berapa pandai jaga

        Hmm… Pandai pandai lah nak hidup

        MInyak masih isi petronas lagi. Sebab minyak petronas belum ada problem.

        Ada kualiti.

        Masuk kedai mesra pun senang hati lagi.

        Servis macam ni kita nak. Bukan beli mahal mahal lepas tu rosak keluar duit.

        JPJ pula saman sebab Plat dari kilang tak memenuhi spesifikasi dan piawaian.

        :) Panjang sangat dah ni.

  32. keyboard warrior Avatar

    Wahai keyboard warrior sekalian.. tnggu n lihat la.. lama2.. iriz akan berlambak2 dijalan raya. Proton tak akan bangkrup selagi masih ada org yg memperjuagkannya..

    skdr jadi keyboard warrior watpe.. support la bro.. kalu tak beli pun tkpe support n bagi semngat..

    1. Anwar Avatar
      Anwar

      Aku support Proton. Tapi sekarang hanya mampu pakai Kancil 2nd je.. Duit kena simpan RM1500 sebulan beb..Pakai Iriz tak bleh simpan duit nanti.. aku tetap support.. support tak semestinya kena beli bro..

  33. rocco Avatar
    rocco

    ermm..itu la harga yg perlu dibayar oleh proton disbbkan masalah2 model2 terdahulu..mcm preve yg dikatakan model global..tetap ad masalah2 dari pengguna sekarang…leh baca review2 dorang di alam maya ini…committed to be better katanya

    1. Ah Beng Avatar
      Ah Beng

      Totally not agree with Ariffshah..Proton hot variant 1.3cvt will be deliver next mth. This variant can overtake myvi sales. Besides, do you what Axia variant that sold like pisang goreng panas? It was their 1.0mt std E which the smallest profit margin across the variants. Do you think Perodua making huge profit by selling this variant? Haha..Ah beng didnt think so..Proton can get 5x more profit by selling a unit Iriz than Perodua..

  34. Khairul Avatar
    Khairul

    Dengan harga Iriz Premium baik beli Preve Eksekutif CVT. Harga hampir sama tapi saiz besar.

  35. Khairil Mazri Avatar

    Kemungkinan harga yang agak jauh dari Axia membuat Iriz tak laku. Sebenarnya mereka tak nampak lagi dengan kebaikan kereta tu.

    Yeop masih tiada peluang untuk menguji 2 kereta ini. Tetapi untuk spesifikasinya, Iriz masih mengekalkan harga yang berpatutan berbanding Axia.

  36. Cikali Avatar

    Proton masih dibayangi juga after sales service yg kurng memuaskan.. huhu~

    1. iman Avatar
      iman

      so tell me Volkswagen after sales services is better than Proton? hahahahaha

      1. khalis Avatar
        khalis

        I totally agree with you.

  37. asha Avatar

    Selalunya kereta yang saiz macam tu akan jatuh jadi 2nd car, tapi harganya mahal bagi orang yang berpendapatan seperti saya. Better cari yang lagi murah.

  38. Que Achmad Avatar

    Abe dh test drive Iris. Walaupun best jgk la handlingnya, tp bab RM belum cukup boleh tarik pembeli utk berminat dgnnya. Hurmmmm

  39. hanisaleeya Avatar

    Axia jadi pilihan sebab kereta tu akan jadi kereta kedua. Kalau kereta pertama mungkin akan pilih Iriz. Tengok ayah pakai Exora sedap. Cuma masalah ruang seatbelt agak sempit menyebabkan seatbelt tersekat bila sejuk. Pagi2 kalau nak keluar memang jenuh nak tarik seatbelt.

  40. azstory311 Avatar

    harga kalau rendah mungkin ramai beli kot sebab iriz kereta 4 pintu kalau nk banding dengan satria neo dua pintu..

  41. puteraohtrabulan Avatar

    Yup.Proton Iriz memang sebuah kereta yang serba lengkap.Cuma kuasa RM untuk membeli kereta Iriz itu.
    Dengar khabar sekarang ni yang sedang menempah Perodua Axia perlu tunggu dekat setahun.Betul ke ?

  42. Hisyam Avatar
    Hisyam

    Proton bersama tin milo dan power window memang tidak dapat dipisahkan.

    1. Ariff Avatar

      hehe. Kalau proton fanboy baca, mengamuk diorang

      1. faiz Avatar
        faiz

        Dengki. Keta lain pun ade masalah jgk… bkn proton je…

      2. iman Avatar
        iman

        bro ko punya entri pun tak betul. Axia and Iriz is different car segment. Buat la comparison with Myvi. Oh btw berapa Perodua bayar ko … kekekeke

        1. Ariff Avatar

          Kat Malaysia ni kalau kereta kurang daripada RM50k, tak payah cerita pasal segment bro. Market at this range price sensitive, orang tak kisah segment apa pun. Tu sebab Axia punya sales mencanak. At this price range, people don’t care much about safety. Asalkan boleh jalan, ada gaya sikit, setel.

    2. Khairul Avatar
      Khairul

      Yup.. kesian.. even walaupun skrg masalah power windows dah xde dan certified ancap safety 5 stars, x ramai amik peduli…

      1. iman Avatar
        iman

        org Malaysia tak pentingkan safety.

    3. kevin Avatar
      kevin

      Memang betul la susah untuk ubah persepsi. Zaman proton dengan tin milo dah berlalu. Proton sekarang dapat penarafan 5 bintang. Kalau nak ikut tin milo bagi tahun 2014 ni rasanya lebih kepada Toyota vios memandangkan terdapat aduan tentang bumbung vios 2014 yang bising seperti duduk dibawah atap zink semasa hari hujan. Tapi itula kereta luar semua nampak yang baik je, kereta tempatan semua terarah keburukan ja

    4. Yopi Avatar
      Yopi

      I da pakai perodua alza & myvi & viva..for me proton n perodua is same..cuma masing2 ada ability masing2..perodua bagius becoz engine nya toyota..proton bagus kerna kereta lagi solid n better handling…keburukan perodua ialah handling quality n quality build sangat2 mendukacitakan..memang akan terasa low quality build interm of handling n plastic material..proton pula engine technology still menghampakan..rata2 mengeluh kerana engine proton yg masih belum tahap optimum n international award..but for me, i still choose proton becoz of quality build..

      1. iman Avatar
        iman

        apa ko mengarut ni bro. belum tahap optimum. pls elaborate. TQ

    5. faiz Avatar
      faiz

      Sedap nya ckp tin milo… ancap ok! Paham ke x paham ni…

      1. jd Avatar
        jd

        ASEAN ANCAP OK..faham ke x faham ni..

        1. Anwar Avatar
          Anwar

          A stand for Asean Ok..
          Tak perlu tulis ASEAN ANCAP.. cukup tulis ASEAN NCAP..

          actually, ANCAP tu pun dah betul short form for ASEAN New Car Accessment Program..

    6. iman Avatar
      iman

      tahun bila punya proton ko cerita ni bro. mana ada org complaint pasal power window lagi.

  43. eyriqazz Avatar

    Personally, saya prefer beli Perodua Axia juga..Track record menggunakan myvi memang puas hati..bandingkan dengan abg ipar yang pakai kereta proton, memang byk masalah…

    Kata orang, better safe than sorry….Time untuk kereta pun ikut harga pasaran..takkan minyak je kan?

    1. iman Avatar
      iman

      Myvi takde problem? hahahaha. jgn menipu. pi jenguk forum myvi or FB page myvi club.

      1. senkek Avatar
        senkek

        atas kehendak masing-masing la..kalau rasa bagus mesti bersebab. kalau rasa teruk mesti juga bersebab. service centre perodua pon menarik setakat yang saya pergi.

  44. Lemonping Avatar

    4000 je? lingkup la proton…

  45. akubiomed Avatar

    Tanggapan negatif yang masih ada. Walaupun menang beberapa anugerah antarabangsa dan ciri-ciri keselamatan belum mampu menarik pembeli. Faktor harga dan ekonomi semasa antara faktor mempengaruhi kuasa membeli.

  46. laromeapple Avatar

    menarik benda ni utk dikongsikan, huhu

  47. unclezuan Avatar

    hmm susah betul proton nak dapat kepercayaan semula rakyat. Den blum mampu nak beli kereta even kancil

    1. Anwar Avatar
      Anwar

      Kereta sorong takkan tak boleh der!