Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023

Reading Time: < 1 minute

Kalau lihat pada prestasi FBMKLCI, indeks utama pasaran saham negara kita jatuh sebanyak 2% pada tahun 2023 dengan paras tertinggi sebanyak 1501 mata dan terendah sebanyak 1369 mata.

Untuk pengetahuan, prestasi indeks utama pasaran saham biasanya menggambarkan keadaan pasaran saham sesebuah negara. Kalau indeks naik, maka banyaklah kaunter saham yang naik.

Sebagai pelabur, melabur dalam pasaran yang berada dalam indeks yang sedang menaik boleh memberikan potensi keuntungan yang lebih baik berbanding pasaran yang indeks sedang menurun.

Pada tahun 2023, prestasi dana unit trust bagi pasaran ekuiti Malaysia adalah di antara 1% – 30%. Ini adalah berdasarkan survey saya pada hampir 100 dana unit trust daripada pelabagai fund house.

Secara keseluruhan, prestasi dana adalah positif walaupun indeks utama jatuh. Kenapa boleh positif? Salah satu sebabnya adalah indeks utama hanya menunjukkan prestasi 30 syarikat terbesar di Malaysia secara amnya.

Walaupun indeks utama jatuh, boleh lihat prestasi sektor-sektor yang terdapat dalam pasaran.

Ini sebenarnya berita yang sangat baik kepada pelabur yang melabur dalam dana ekuiti tempatan.

Senang cerita, ada potensi untuk prestasi yang lebih baik pada tahun-tahun mendatang. It is the matter of time!

Dana yang saya recommend kepada client saya pada tahun lepas naik 10% pada tahun 2023. Not bad.


Posted

in

by