Portfolio 2018 – Tahun Semua Orang Rugi

2018 telah melabuhkan tirainya. Tahun 2018 menyaksikan kesemua portfolio / stock pick (kira-kira 100+) di forum i3investor (pautan) memberikan pulangan yang negatif. Ini menunjukkan betapa teruknya pasaran ekuiti Malaysia pada tahun 2018 dan betapa keadaan ekonomi berada dalam ketidaktentuan.

Dalam menentukan pilihan saham untuk stock pick ini, peserta perlu memastikan harga saham syarikat yang dipilih akan meningkat menjelang 31 Disember atau memberikan dividen yang setimpal. Cabaran ini bertujuan untuk mencari stock of the year dan seterusnya membolehkan kita belajar mengenalpasti saham yang bakal meningkat dalam setahun.

Keputusan portfolio saya seperti berikut:

Secara ringkasnya:

  • Rugi 34% untuk keseluruhan portfolio
  • Top performing Elsoft dengan -3.35%, paling teruk Huaan -61.63%
  • Portfolio saya dalam ranking 30 – 35 daripada 100+ portfolio di forum i3. Tahun lepas tangga ke 20+

Untuk 2019, portfolio saya seperti berikut:

BPPLAS

Industrial products, packaging. Untuk syarikat yang menghasilkan produk, saya cari syarikat yang ada pendapatan dari luar negara, terutamanya Asia. Ekonomi dunia perlahan atau tidak, pasaran Asia akan tetap berkembang. 62% pendapatan syarikat ini datang dari Asia manakala 25% daripada Malaysia.

Gamuda-WE

Selepas pilihanraya, saham Gamuda kena bantai teruk sebab kerajaan nak negotiate balik amaun kontrak MRT2. Walaupun begitu, anda kena tahu bahawa pendapatan MRT2 ni hanyalah sebahagian kecil daripada pendapatan Gamuda dan pengurangan pendapatan daripada kontrak ini tidak memberikan kesan yang terlalu besar kepada keseluruhan pendapatan syarikat ini.

GKENT

GKENT pun sama kena bantai teruk lepas pilihanraya. Problem is, mereka dah ada kontrak LRT3 dan kerja-kerja akan bersambung dalam 2019.

WASEONG

Saya jangkakan pendapatan daripada projek NS2 akan mula memberikan impak yang besar pada harga saham ini.

WCEHB

West Coast Expressway akan dibuka secara berperingkat dan kutipan tol akan bermula


Mari kita lihat apa keputusannya nanti. Apa pula saham pilihan anda tahun 2019 ni?

Leave a Reply