Michael Scumacher – driver Mercedes GP F1 Team
Baru sahaja dapat berita dari Twitter tadi yang Michael Schumacher akan kembali ke dunia F1 bersama pasukan F1 Mercedes GP. Wow, ini dah bagus. Memang tepatlah langkah yang diambil oleh Petronas untuk menaja pasukan Mercedes ni. Kepada pasukan Lotus, harap jangan kecil hati. It’s nothing personal, it’s just business.
Plus betullah apa yang AmirFikrie ulas pasal ni, Lotus tak boleh letak harapan pada Petronas untuk sponsor mereka. Walaupun Lotus tu team Malaysia, tapi Petronas pun ada bos dia sendiri dan business perlu diutamakan. Dengan Petronas menaja Mercedes (yang sememangnya dah terbukti kehebatan pasukan itu dalam F1), reputasi Petronas meningkat. Tambah pula dapat high profile driver macam Michael Schumacher, memang berbaloilah duit tajaan tu.
Apa-apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada kedua-dua team, lebih-lebih lagi kepada team Lotus la. Harapannya semoga mereka berjaya mencapai target mereka tahun depan.
Mercedes GP sponsored by Petronas
Nota kaki: Lepas nih kalau ada event Petronas kat KL, confirmlah Michael Schumacher dipanggil turun. Kan best macam tu..
