Persatuan Penggemar Karipap Nasional

Hari ni ada satu perkara buat aku tergelak besar.

Kat Facebook ni banyak betul group-group yang ntah hape-hape wujud. Manusia ni kreatif, orang Malaysia yang ade Facebook pun ramai yang kreatif tapi aku tak tahulah macam mana boleh wujud group Persatuan Penggemar Karipap Nasional nih.

Asalnya kawan-kawan Moscow Aviation Institute aku join, sebab yelah kan, kat Moscow mana ada karipap. So semua masing-masing macam sangap nak makan karipap. Nak buat bukannye senang, kena uli tepung tu betul-betul, masak inti dia, lepas tu goreng karipap tu pulak. Susah woo.. Cuti summer hari tu aku tiap-tiap hari aku tengok mak aku uli tepung untuk karipap tu. Tapi jangan suruh aku buat la. Still tak reti lagi. hehe..

Front page group Persatuan Penggemar Karipap Nasional

Yang lagi kelakar bila mereka ni siap ada perancangan nak buat gathering bulan Februari nih. Hahaha. Serius betul diorang nih. Agaknya nilah contoh having too much free time (banyak sangat masa terluang).

Apa-apa pun aku harap gathering tu berjaya la kan. Kurang-kurang mereka nih dapat buat kawan baru. Tapi seriously, mereka ni memang buat aku tergelak, memang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. haha. Penggemar karipap kalau nak join klik sini.

Nota kaki: Hai la contest entry HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sengit sangat. Macam-macam dah aku buat dalam diam, tapi macam susah je nak menang. Desperate-desperate nanti aku beli je text link kat site yang Google PR dia tinggi je. Adeh~ tapi modal pulak.

No Comments