Perancangan Persaraan Untuk Usahawan / Bekerja Sendiri

Reading Time: < 1 minute

Golongan bekerja sendiri / usahawan ni ada dua, ada caruman KWSP dengan takde caruman.

Macam saya, memang carum sendiri, bayar PCB walaupun tak wajib supaya senang buat loan rumah. Juga ada pelepasan cukai sebanyak RM6000 untuk caruman KWSP.

Bergantung kepada kadar cukai, banyak juga penjimatan cukai kat sini berbanding kalau tak buat caruman.

Bagi usahawan yang tak buat caruman, kenalah buat persiapan untuk persaraan. Kita bukannya selama-lamanya larat kerja kan. Nak buat bisnes kena ada plan. Nak bersara pun kenalah ada plan.

Macam mana nak plan caruman persaraan sendiri? Senang je.

Contoh umur 35, nak bersara dengan RM500,000 tunai. Kerja sampai umur 60 tahun, ada 25 tahun lagi nak pergi. Tekan investment calculator.

Kira pulangan setahun 8% je. Kalau lebih tu (unit trust boleh dapat lebih), kira bonus.

Jadi kita dapat:

  • Modal RM1000
  • Caruman RM600 sebulan
  • Pulangan 8% setahun
  • Tempoh 25 tahun
  • Baki akhir RM552,000

Mungkin dalam perjalanan tu ada rezeki lebih, boleh top up lagi untuk besarkan simpanan. Consultant akan advise ikut keadaan pasaran semasa. Contoh kiraan je, boleh adjust mana yang patut ikut kemampuan masing-masing.

Jadi nampak kan? Mudah je sebenarnya nak plan dana persaraan ni. Tentang pemilihan dana dalam unit trust, consultant yang bertanggungjawab boleh advise. Insya-allah saya boleh bantu.

Of course konsep yang sama kita boleh guna untuk perkara lain, contohnya dana pendidikan anak, atau nak pergi lifetime travel naik cruise pusing keliling dunia.

Ok kan?

Gambar kat Switzerland 2019. Bila dah bersara nanti, tiap-tiap tahun nak duduk luar negara sebulan dua.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.