Penerbangan Pertama Boeing787

Syarikat Boeing baru je launch pernerbangan pertama untuk kapal terbang terbaru mereka, Boeing787-Dreamliner. Boeing787 ni pada pendapat aku lebih kurang macam Airbus A350 XWB yang AirAsia beli tu kot. Apa-apa pun setakat ni Malaysia Airlines dan AirAsia masih belum buat apa-apa tempahan untuk kapal terbang Boeing787 ni. Kalau ade kan best. Xdapat naik tapi kalau dapat tengok dalam negara sendiri pun jadilah kan?

Macam biasa, agenda atau selling point nak jual kapal terbang ni senang je. Buat kapal terbang yang eco-friendly, boleh terbang jauh-jauh (long range) dan tahan lama. Untuk pengetahuan korang, purata jangka hayat sesebuah kapal terbang supaya ia mendatangkan keuntungan adalah 20 tahun. Jadi kalau beli kapal terbang, syarikat pernerbangan tu mesti guna kapal terbang tu sampai 20 tahun baru balik modal. Biasanya, kalau dah 10 tahun mereka akan jual la. Buat apa nak simpan kapal terbang lama-lama kan?

Ni gambar cabin dia. Cabin guna lampu LED je. Jimat elektrik sebab LED tak guna banyak tenaga dan lampu LED nih boleh ubah color. So, akan ada persekitaran yang berbeza dalam kapal terbang ni pada masa tertentu (makan, landing, take off).

Boeing787 ni terbang dengan lebih stabil walaupun jika ada angin kencang (turbulence) , jadi penumpang yang ada masalah mabuk masa flight akan kurang rasa efek dia la. Hm. Ni aku xtau sangat sebab aku xde mabuk-mabuk nih. Kabin Boeing787 ni pun lebih senyap, so boleh la tidur nyenyak.

Aku tak tau kalau korang pernah alami benda ni, tapi kalau aku naik sesetengah kapal terbang (especially kapal terbang lama) kulit mesti kering. Kalau flight lama jadi lagi teruk. Disebabkan kapal terbang Boeing787 ni dibuat daripada komposit (bukan logam seperti aluminium) maka takda masalah la nak tingkatkan kelembapan dalam kabin. Kalau tak, kelembapan tinggi boleh menyebabkan kapal terbang berkarat.

Harap-harap dapat la aku merasa naik Boeing787 bila-bila aku pergi balik dari Moscow ke Malaysia nanti. Hehe..

No Comments