Penangan Domain Authority

Reading Time: 2 minutes

Apa itu domain authority?

Domain authority ni adalah semacam reputasi sesebuah domain. Reputasi domain ni search engine dapat baca melalui data seperti berapa lama domain tu hidup, berapa banyak kali domain tu bertukar server, kat mana domain tu dihostkan, PageRank, trafik keluar masuk kat domain tu dan beratus lagi petunjuk aras yang wujud. Jadi takde orang tahu formula sebenar, semuanya komputer yang kira.

Formula mudah, lagi lama domain tu hidup, takde malware warning semua lagi tinggi authority dia. PR banyak mempengaruhi domain authority.

Macam mana nak check?

Paling mudah aku check guna Open Site Explorer. Nilai yang diberikan hanyalah anggaran (sama macam nilai PageRank yang korang semua tau) tapi masih boleh dipercayai. Selain daripada tu, dengan menggunakan Open Site Exporer kita boleh spy domain yang ada PR tinggi untuk tahu dari mana diorang dapat backlink. Yeah. Agak licik ;)

Kesannya?

Sekadar contoh, tiada unsur politik dalam entri ni.

Kesannya dapat dilihat pada SEO. Sangat mudah sebenarnya nak dapatkan result untuk front page SERP kalau domain authority tinggi. Dalam gambar atas ni, perkataan ‘beruk’ tu ada 2 atau 3 je dalam page Wikipedia tu, tapi disebabkan domain authority domain wikipedia.org tu tinggi, dengan mudah dapat keluar kat first page.

Kelebihan kepada pemilik domain

Memiliki sesebuah domain adalah satu kelebihan. Suka sangat untuk aku cadangkan kat orang, kalau memang dah rancang nak menulis blog sampai bila-bila, dapatkan terus domain. Seeloknya selepas 6 bulan pertama berblogging sebab masa tu kita dah tahu hala tuju kita macam mana, samada nak teruskan berblogging atau tidak.

Bayangkan dah setahun dua berblogging, PR pun dah cantik sekali terasa nak tukar domain baru. Habis kena start segala-galanya dari bawah sebab kalau beli domain baru memang takde reputasi langsung. Reputasi harus dibina, melainkan kalau korang beli domain yang dah pernah dimiliki oleh orang lain.

Komen tak berkaitan

Kalau nak jadi ahli politik tu, janganlah main isu yang boleh malukan diri kat dunia sebenar dan dunia internet. Yeah. Sekarang kena ambil tahu pasal dunia internet gak, silap cakap macam atas ni kan dah buruk padahnya. Agaknya sampai dia mati kot perkataan beruk tu melekat kat dia. Nasib baik tak kena perkataan khinzir tu sekali (tapi aku tau macam mana nak buat supaya boleh dikaitkan gak.. SEO rules).

Bacaan lain: Bila SEO Disalah Guna

P/s: Komen berbau politik kepartian akan dipadamkan serta merta. Entri ini dikategorikan sebagai entri tutorial dan informasi. Terima kasih.

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Penangan Domain Authority”

  1. hazwan Avatar

    thanks for sharing bro
    skrg ni internet dah jadi tempat nk luah macam2…
    yang baek ok lagi..yg buruk lak..ish3 xtau la nk ckp ape

  2. yanmie Avatar

    Terima kasih atas perkongsihan ini, dulu pernah jugak jumpa tools sebegini tapi dh lupa, sib baik baca kat sini lagi…nak gi cek blk :P

  3. Qaiyim.com Avatar
    Qaiyim.com

    Jom teka gamber dan menangi hadiah menarik! di blog Qaiyim.com

  4. zulkbo Avatar

    Salam..
    ermmm
    nice entri dan info..
    TQVM

  5. mijie Avatar

    oh terima bro, dapat result lebih kurang macam yang bro punya, rendah skit..huhu

    pasni kena explore lagi ni

  6. Anwar Osman Avatar

    Total links aku lebih kurang 10% sahaja berbanding ariffshah. Ngeeeee.. jauhnya nak sampai tahap blog.ariff

  7. hanz Avatar
    hanz

    terbaik lah…ariff anda kene ajar hanz mcm mane nak dapat mcm gyahhahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      nanti lepak2 aku ajar. hahaha~

  8. suffer8zine Avatar

    setuju! x semestinya under gogle je

  9. Lord Zara Avatar

    Aku nampak kau post gambar ni kat FB.
    :)

    apapu , aku setuju part SEO tu~
    ada beberapa keyword ‘pelik’ yang kalau search, terus menjunam masuk blog aku. malu nak tulis, tapi itu antara keyword yg selalu muncul kat blog aku~

    >__<

  10. Mohd Isa Avatar

    thanks for the info bro, its very nice to me. kena up lagi domain authority aku ni. best2. :)

  11. ProfHariz Avatar

    Aku try search No Data Available for this URL..
    Mungkin masih baru kot?

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau baru memang takde data. relax je.. 2-3 bulan nanti adalah

  12. Kreuger Avatar

    thanks for info bro. tapi untuk tak register user.. cume bleh check sebanyak 3x jer kan.. dan kalau register sebanyak 8x. kalau nak check lebih.. kene upgrade ke ProVersion.

    1. ariff Avatar
      ariff

      sehari 3x je tak silap. Biasalah tools macam ni diorang tau berguna jadi kena charge kalau nak guna lebih.

  13. DaHLia Avatar

    thanks di atas perkongsian ilmu ni..
    bahaya tul, hanya penangan satu perkataan saja, dah jadi macam ni…
    hr tu pernah gak terserempak mende gini, orang tu google “anjing”
    yg kuar top sekali “najib bukak puasa”..ni baru cek, dah drop bawah sekali tapi still kat 1st page…Google “anjing” kuar bawah ni:

    Google keywords: ‘Najib Buka Puasa’ to ‘Anjing Buka Puasa’ ‘Taib …
    26 Aug 2010 … Google algorithm, despite being edited by human seems to equate keyword ‘Najib’ with ‘Anjing’. Anjing in Malay means dog. …
    http://www.bintulu.org/…/google-search-equate-keywords-najib-buka-puasa-to-anjing-buka-puasa.php – Cached

    anyway, thanks sbb berkongsi ye ariff

  14. Affan Avatar

    off page tu, beruk

  15. kyuubi Avatar

    haha.. wiki punya domain kan dah kuat. sikit je words yg kuar terus leh kuar kat 1st page. hihi hebat2

  16. ikram Avatar
    ikram

    infomasi yang menarik :)

  17. syafiq.net Avatar

    wow tinggi gila autority dia. sampai ayat sikit je pun. T_T

  18. denaihati Avatar

    aku pernah jumpa tools dolu-dolu tapi dah lupa. Tqvm 4 ingatkan semula.

  19. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    hehe…boleh gelak besar ni…konklusinya jgn main ikut sedap mulut je…ehh ariff..aku check nape xleh..sebab blog aku masih baru ke

  20. syahrilhafiz Avatar

    mengambil kesempatan..yeah!!
    hahaha

  21. joegrimjow Avatar

    beruk??

    lol
    aku dah check dan memang keluar dia
    aku rasa isu beruk tu ada gak kat page org lain di wiki, nape khairy je keluar dulu?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mungkin sebab orang ramai link page wiki tu guna anchor text beruk, mungkin orang buat entri dan dalam entri tu ada link wiki, nama khairy dan perkataan beruk.

  22. Bro Framestone Avatar

    bro dah wat entry ade kaitan dengan perkara ini dan link kan ke entry ini

  23. […] tehu selanjutnya pasal SEO anda boleh terjah ke blog ariff shah [entry tengah dikarang oleh beliau] Tweet […]

  24. Azah Avatar

    hebat betul beruk utk KJ ni..
    btw, domain authority tu kira lebih kurang PR la?
    PR under google, DA? (huhu..pndai2 plak bg short form)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak semestinya under google. Search engine lain pun ada petunjuk2 aras untuk value setiap domain yang wujud. Tapi kita biasa guna Google je.

      1. Azah Avatar

        tapi ramai pengguna kat malaysia ni masih guna yahoo. keyword yg salu dtg blog aku pun kbykan daripada yahoo. mcm mana plak beza tu?

        1. ariff Avatar
          ariff

          I see. Tak tau pulak camtu. Okeh.. nanti aku try tengok untuk yahoo gak. Basically benda sama, cuma search engine ni dia kasi pemberat kat jenis data yang berbeza la. Macam Google, of course dia guna PR sebagai pemberat. Domain authority ni rasanya lebih menyeluruh.

          1. Azah Avatar

            ok.. now i get it..
            hmm.. selama ni aku tak paham sgt, kenapa ramai sgt yg salu duk “puja” nk dapatkan keutamaan dari google, tapi tak de try plak search engine lain mcm yahoo tu. klau seo pun mesti kait ngan google je kan?
            sila2 kaji yahoo, blh gak belajar sket2 nnt. :D