Pelaburan Ketika Recession 2023

Reading Time: < 1 minute

Tahun 2023 banyak yang bercakap tentang recession atau kegawatan ekonomi yang akan melanda dunia.

For the record, risiko untuk Malaysia jatuh ke kancah kegawatan ekonomi masih lagi jauh. Yang berisiko sekarang adalah USA dan Eropah.

Apa yang menarik bila berlaku kegawatan ekonomi ni adalah peluang untuk melabur dalam pasaran tersebut.

Berdasarkan pengalaman recession sebelum ini, pelaburan yang dilakukan ketika tempoh recession akan memberikan pulangan baik seawal 12 bulan pelaburan berjalan.

Ini adalah kerana tempoh recession biasanya memberikan peluang untuk pelabur membeli ekuiti (saham) pada harga yang rendah, ketika majoriti pelabur lain takut untuk melabur.

Bila berlaku recovery, permintaan untuk saham syarikat yang bagus akan meningkat, sekaligus menaikkan harga saham-saham ini. Mereka yang melabur awal akan untung.

Unit trust adalah instrumen yang bagus kerana pelaburan dijaga oleh fund manager yang memilih syarikat berdasarkan prestasi dan potensi masa hadapan.


Posted

in

by