Tahun 2023, pelaburan bertemakan artificial intelligence (AI) telah memberikan pulangan yang sangat lumayan.
Boleh rujuk pulangan dana dan ETF berkait dengan sektor ini dalam jadual di bawah.
Nama Dana | Shariah | Saiz Dana | Pulangan 2023 | Pulangan Tertinggi 2023 |
BOTZ ETF | No | US$1.8B | 28% | 45% |
ROBO ETF | No | US$1.1B | 14% | 28% |
IRBO ETF | No | US$448m | 30% | 38% |
Unit Trust X | Yes | RM508m | 40% | 40% |
Unit Trust Y | No | RM1B | 54% | 54% |
Pulangan macam ni tak pelik untuk sektor yang baru naik. Dalam mana-mana pelaburan pun, siapa masuk awal biasanya akan dapat untung paling lumayan.
Blackrock (pengurus pelaburan terbesar di dunia) juga menjadikan sektor AI sebagai salah satu tema pelaburan utama untuk tahun 2024 dengan memberikan rating overweight. Tema pelaburan AI dipanggil “mega force”.
Blackrock jangkakan akan berlaku kitaran baru pelaburan bertemakan AI dalam pelbagai sektor & negara dan ini akan menyokong pertumbuhan pendapatan syarikat dan kenaikan margin keuntungan.
Keyword dia pertumbuhan pendapatan dan kenaikan margin. Dua benda inilah yang akan naikkan harga saham, sekaligus harga dana unit trust dan etf.
Kelebihan tema pelaburan dalam sektor AI:
- Tidak terhad kepada negara atau kawasan geografi. Ini mengurangkan risiko seperti yang dihadapi oleh pelabur dalam dana China sekarang.
- Wujud penggunaan dalam dunia sebenar yang mengurangkan kos (serta menaikkan pendapatan syarikat).
Kelemahan tema pelaburan AI:
- Teknologi baru mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diaplikasikan.
- Gangguan geopolitik terhadap rantaian belakan, persaingan antara blok US/barat dengan China/Asia/Russia.
Strategi untuk pelaburan dalam sektor AI:
- Pelaburan berkala sentiasa merupakan strategi terbaik.
- Jangkamasa pelaburan adalah 3-5 tahun di mana 3 tahun pertama digunakan untuk membeli dan tunggu sehingga mendapat pulangan yang setimpal. Jangan pelik pula ada yang sarankan pegang sehingga 10 tahun.
Apa pendapat anda? Saya suka tema pelaburan ini sebab tak perlu dah fikir invest dana dalam negara mana.
Boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.